CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, December 28, 2011

Abd Jalil Ali yang cool....

Korang..korang...korang kenal tak Abd Jalil Ali???? Ala yg menulis kat Majalah Keluarga dan Seri Dewi tu...byk lg sebenarnya majalah yg dia tulis..buku pun bykkkkkkk...

Actually beliau adalah IDOLA mama...mama sebenarnya terlalu ingin memiliki kolum menulis mcm diakat majalah..tentu indah...tapi macam tak dpt je..sbb tu la mama buat blog..dgn tu mama boleh la menulis...hehehe...

Ini dia Abd Jalil Ali...


Amacam hensem tak??? 
Baru2 ni mama macam biasa bacalah tulisan dia kat Majalah Keluarga...pas tu mcm ada kesalahan sedikit...satu perkataan sahaja...


Perkataan arab Iqra' telah diberi maksud demi masa..walhal Wal-asr ialah perkataan sebenar utk demi masa..Iqra' bermaksud bacalah

Sikit je salah...tapi sebab mama bimbang nnt orang akan blame beliau..mama saje je e-mail kat dia...mama tak mengharapkan balasan pun sbb mama tau dia seorg yg sibuk...tp adalah jugak kebimbangan di hati mama..takut disalahertikan...

E-mail mama kpd beliau..

Assalamualaikum, Tuan Hj..

Saya merupakan peminat tuan...saya sentiasa mengikuti penulisan tuan melalui buku tuan yg dekat dgn jiwa dan penulisan tuan di Majalah Keluarga dan Seri Dewi..

Baru-baru ini saya telah membaca artikel tuan dalam majalah Keluarga keluaran Disember 2011..yang berkaitan dgn masa...indah sungguh pendekatan tuan dalam menyampaikan perihal kepentingan menghargai masa..tuan buat pembaca tidak bosan membaca. Terima kasih..tuan sememangnya idola saya..Indahnya seandainya saya berpeluang mempunyai kolum seperti tuan..saya selalu berangan supaya dapat menjadi seperti tuan.

Maaf kiranya apa yang saya tulis membosankan tuan..tapi sesungguhnya saya teruja tatkala menuliskepada tuan..

Sebenarnya tujuan saya menulis e-mail ini adalah ingin memaklumkan kepada tuan yg ada kesalahan dlm penulisan tuan dalam artikel 'masa sudah tidak emas tetapi sampah' (Majalah Keluarga keluaran Disember)...tidak byk cuma satu..iaitu pada perenggan ketiga..tuan ada menyatakan ayat pertama yg turun dari langit Iqra' memberi maksud 'demi masa'...
Walaubagaimanapun, mengikut pengetahuan saya yang masih cetek ini, Iqra' bermaksud 'Bacalah'...manakala 'Wal Asr' yg bermaksud 'Demi masa'.

Sejuta kemaafan saya pohon, tiada niat untuk memandai atau mengkritik. Sekiranya komen ini mengundang kemarahan pada pihak tuan.Mungkin ada penjelasan yang munasabah.Saya cuma bimbang akan ada kekeliruan dan pertikaian di pihak lain.

Ucapan jutaan terima kasih kerana tuan sudi membaca e-mail ini. Ini merupakan suatu penghargaan buat saya..Teruskan berkarya kerana buah fikiran tuan adalah sesuatu yg tiada tandingannya..

Assalamualaikum...

Balasan e-mail dari beliau..

Salam,
Terima kasih atas perhatian. Sebenarnya ramai pembaca menegur saya mengenai Iqra’. Ini memang kesilapan saya, dan saya akan membuat pembetulan dan permohonan maaf pada keluaran akan datang.

Sekali lagi terima kasih atas keikhlasan dan keprihatinan anda. Mudah-mudahan kita semua mendapat pengajaran dan kebarkatan. Mudah-mudahan juga kita dapat saling berkomunikasi, insya-Allah.

ABD. JALIL ALI


Mama tak sangka beliau akan membalasnya..

Terima kasih, Tuan Haji..

Terharu mama.......

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan