CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, December 28, 2010

Fruit Tartlet....alkisahnya dan resipinya..



Hai....
Amacam nampak beshhhhh tak?
Hehehe...actually last weekend mama try buat FRUIT TARTLET....
Kenapa mama boleh teruja nak membuatnya???
Alkisahnya..mama and officemates pergi la tengok one of member we all, Kak Dini yang baru melahirkan cahaya mata yang keempat..sejujurnya tak lah baru ...dah sebulan lebih..cuma mama yang baru gi melawat...tak sempatlah katakan....
Then...time gi rumah Kak Dini tu...kakak kepada Kak Dini telah menghidangkan kami juadah FRUIT TARTLET ini...mama pun jatuh hati....
Hati ni membuak2 nak membuatnya...
Balik je dari rumah Kak Dini..terus mama and kawan mama, Fizah gi ke kedai yang menjual barang2 buat kek dan kuih yang alahai dekat jer dari opis kami...SWEET BERRY nama kedainya....
By Saturday baru mama leh memulakan misi..itupun asyik dapat gangguan ajer dari 2 HERO kecik mama...tapi sebab dah semangat..mama teruskan jua...dan itulah hasilnya..walaupun tak secantik mana...mama kira puas hati la...Thanks pada kakak mama, Cik Nie coz byk tlg dan bagi sokongan moral (cheeewah..macam terima award la plak)..

Kepada yang ingin mencuba...sila2 lah ye...senang jer...kalau tak cuba tak tau....Resipi ni mama ambik dari officemate mama Maiyah..thanks yer dik...u memang baik, coz ajak akak dengan penuh 'determination'nya

Bahan A (Untuk tart pastry - kalau yang ni kita panggil dia teknik 'short crust')
248 gm butter / marjerin (kalau guna butter lagi beshhhh)
100 gm gula castor
500 gm soft flour (red roses flour atau tepung gandum biasa pun boleh..tapi kena yak dulu biar kasi ringan)
4-6 sudu besar fresh milk (masukkan dua ketul ais bagi merangupkan tart kita)
Sedikit garam

Bahan B (Untuk buat milk custard)
1/2 Liter fresh milk / 1 1/2 tin susu cair
1 biji telur
2 biji kuning telur
30 gm tepung custard (dalam 3-4 sudu makan)
20 gm tepung jagung
100 gm gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter (lebih yg buat kulit tart)

Buah-buahan untuk hiasan - ambil yang warna warni..macam kiwi, dragon fruit, peach, ceri, strawberry
(mama nak cepat, senang, jimat so mama guna koktel fruit + ceri je..hehehe..nyesal tak beli ceri yg hijau juga..kalu tak lagi naik seri..tapi kalau budget lebih..beli je kiwi or strawberry or berry..lagi yummy..mama ingat nak buat lain kali)

CARA2 MEMBUATNYA
KULIT TART
1. Mula2 campurkan butter dan gula castor. Kacau sampai sebati.
2. Masukkan susu segar dan sedikit garam. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli adunan sampai sebati dan mesra....
5. Setelah adunan itu menjadi doh...rehatkan doh tersebut seketika.
6. Simpan dalam freezer. Jgn lupa wrap dengan plastic wrapper..kalau mama, mama bubuh je dalam tupperware. Kalau mama hari tu mama buat malam so esoknya mama dah boleh bentukkan dlm acuan
7. Bila dah dikeluarkan dari freezer..biarkan seketika agar doh menjadi lembut semula.
8. Sekarang korang leh uli balik..lepas tu canaikan ia...Lepas tu korang tekaplah ke dalam acuan tart korang...
9. Bila dah siap, korang cucuk sikit bahagian dalam tart dgn garfu..(utk elak dr bahagian dlm tart naik kembang) bakarkan ke dalam oven dalam suhu 150-180 darjah celcius selama 5 minit. Bila dah masak tart tu akan jadi keperangan.

MILK CUSTARD
1. Campurkan semua bahan B kemudian kacau di atas api kecil....sampai likat..

MENGHIAS
1. Masukkan milk custard ke dalam lekukan tart. Korang leh guna piping untuk memastikan milk custard tu masuk dalam lekukan tart dengan cantekkkk.
2. Lepas tu gunakan buah-buahan untuk dijadikan hiasan di atas milk custard...

Lepas tu boleh dihidangkan....kalau nak simpan dalam peti, pastikan bekas kedap supaya lambat lemau..Ada tips dari member mama, sapu coklat masakan pada bahagian dalam tart iaitu sebelum korang letak milk custard..ini untuk mengurangkan potensi lemau...

SELAMAT MENCUBA!!!!!

1 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan