Dok sajer2..mama baca majalah lagi baik...kali ni mama baca majalah i
Semakin byk membaca..makin kita sedar kita byk yg tak tau...
Kali ni mama nak kongsi pasal fadhilat berwuduk dari sudut saintifik..iyalah sekarang kalau tak disertakan dgn dalil akal yang berunsur sains memang susah orang nak percaya...mama pun tak faham...mungkin kita sekarang terlalu memandang dan menjunjung sains..bukan mama anti sains tp bagi ada sesetengah perkara tu tak memerlukan penjelasan panjang lebar untuk kita percaya...terutama bab ISLAM...
Namun ISLAM itu indah....setiap yang dianjurkan oleh ALLAH pasti ada kebaikannya...setiap yang ditegah pasti ada keburukannya...jadi usah gusar kerana ISLAM ada ubat segala kerunsingan dan ketidakfahaman kita..cuma tugas kita mencari, mengkaji dan menyebarkan....
Beberapa penemuan saintifik melalui berwuduk
- apabila air dingin melalui tubuh yang letih, ia mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lebih segar
- air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus
- berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan
- boleh memperbaiki kulit dan membuatkan kuku lebih sihat dan kuat
- air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri..
0 comments :
Post a Comment