CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, December 14, 2010

Anakku SAZALI meninggal dunia...

Korang kenal tak Tony Castello.....jarang kita dengar nama tu kan...Kalau mama cakap beliau seorang pelakon..mesti korang tergaru2 kepala...dok pikir..siapakah gerangannya..
Inilah gerangannya...


Tapi kalau mama kata Tony Castello tu ialah orang yang pernah melakonkan watak Sazali time kanak2 dalam Filem ngetop sampai sekarang ANAKKU SAZALI..mesti korang akan terbayang kepetahan dan kehebatan lakonannya...


Ialah kalau tak berkesan..tak kan lah beliau berjaya memenangi award Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 (Tokyo). Manakala P Ramlee mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. Hebatkan...

Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir semalam selepas waktu Zohor di Hospital Changi, Singapura..beliau telah menderita sakit barah paru2...Beliau pergi pada usia 60-an...

Menurut sahabat karib Allahyarham, Salleh Sam, 45, dia menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong, pagi esok. Jenazah tidak dapat dikebumikan awal kerana menunggu ketibaan anak2 dan isteri beliau dari Filipina.

Tony atau nama Islamnya, Mohd Nor Abdullah berasal dari Filipina. Bagaimanapun dia, ibu bapa, adik-beradik serta isterinya memeluk Islam.

Mama tadi godek2 dlm internet..pengkhabarannya belum meluas..tapi mama ada jumpa dalam wordpress PENA KUSISIP BLOG milik ABU SHAHID..Kalau korang nak dapat detail lagi..korang leh klik di SINI....atau korang leh godek2 kat SINI juga...

AL-FATIHAH untuk roh beliau....

1 comments :

Anonymous said...

inalillahiwainailahirajiun

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan