CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, December 27, 2012

Sejak aku ditinggalkan...

Sudah lebih seminggu mama tidak menulis sebarang komen atau menghidangkan sebarang berita dalam blog kesayangan mama ni... mama bercuti ke??? ermmm...boleh la...sebenarnya, mama balik ke kg..dan sudah semestinya tiada kesempatan utk bercoretan di sini....

Namun mama sentiasa mencoretkan segala apa yg terbuku di hati mama pada minda mama..dgn harapan mama akan ada kesempatan mencurahkan segalanya di sini...
Mengikut perancangan, mama ingin menulis semalam...tp nmpknya tidak kesampaian..kerana mama yakin mama tidak kan sempat menghabiskannya jua krn emosi mama sedikit berkecamuk..
Sebenarnya 4 tahun yg lalu...pada malam semalam mama ditinggalkan oleh insan yg mama paling sayang di dunia ini...orang itu ialah ibu mama yg mama panggil Mek... pada 26 hb Disember 2008 lebih kurang jam 9.30 mlm...Mek telah pulang ke dampingan ILAHI....

Mama redha, ayah redha..semua redha..tp hati ini tak bisa menahan rasa sebak setiap kali terkenang detik itu... masih terbayang2 wajah Mek sebelum kepergiannya... Mek tidak sakit kuat..cuma biasalah penyakit lelahnya datang dgn lebih teruk pada musim sejuk2 begini...
Mama rasa sedih krn hari tersebut mama tak dpt menghabiskan masa yg lama dgn Mek... mama dan papa ke kenduri rumah kawan... hampir Maghrib baru pulang... tapi Mek tidak menunjukkan sebarang kesakitan..Mek cuma sejuk..itu biasa bg pesakit lelah... Mek mampu sembahyang Maghrib dan Isyak dgn sempurna... masih terbayang Mek tersenyum di sejadah selepas solat Isyak ketika melihat keletah cucu2nya bermain anak patung askar yg boleh berjalan dan bercakap..anak patung yg papa beli di KL utk Uyeeh...

Malah papa juga sempat berborak dgn Mek sebelum ke program Qiamullail anjuran ofisnya..mama dan Mek yg menghantar papa di muka pintu...
cuma dlm pukul 9 mlm, Mek kelihatan sesak nafas.... dan walaupun diurut Mek tidak menunjukkan sebarang tanda kelegaan... Mama dan kakak2 segera meminta kebenaran Mek utk bawanya ke Klinik atau hospital..Mek hanya bersetuju... namun mata Mek sudah memandang anak2nya dgn sayu... di saat itu mama tak dapat nak berfikir apa2..kosong.. hanya ucapan maaf dan pelukan utk Mek...Ya Allah aku sedang diuji...
Mek memandang kami satu persatu...Mek cakap, Mek dah maafkan kami semua....Mek dah halalkan semua...Mek memandang sepi ke dinding belakang mama...dan Mek cakap..."dah datang dah...." Mama tak pasti apa yg Mek nmpk...Mungkinkah Allah sudah menayangkan segala amalan Mek..Mungkinkah Mek sudah nmpk Melaikat Izrail yg datang menyapanya??? Di saat itu kami begitu mengharapkan segala yg terbaik utk Mek..
Mek tetap dibawa ke Klinik..Kak Ya dan Abg Fadhil membawa Mek ke sana.. mama begitu berdesak utk mengikut tapi memandangkan Uyeeh masih kecil, anak Kak Ya masih kecil..memerlukan jagaan..hanya Kak Ya yg ke sana..ayah tidak ikut sama kerana ayah juga tidak sihat... Malah sebenarnya kesihatan ayah lebih membimbangkan dari keadaan Mek.
Kami yg di rumah menunggu dgn sabar... hanya doa yg mengiringi..kami masih tak bersedia utk kehilangan wirawati kami...

Namun Allah Maha Mengetahui.... Allah lebih menyayangi Mek...kami menerima panggilan telefon Mek sudah pulang ke sisi Allah...
Dunia mama kelam...mama, Kak Nie dan Kak La menangis dan seumpama ingin meraung...ayah hanya menyembunyikan tangisannya dalam selimut...lama ayah di situ...
namun kami cuba gagahi ..kami bersihkan dan sediakan tempat utk meletakkan jenazah Mek nanti...
Ya Allah..inikah ertinya sebuah kehilangan yg berharga..sebelum ni mama sentiasa terfikir..bagaimanakah perasaan mama sekiranya Mek pergi meninggalkan mama...jawapannya mama telah ada...mama rasa kosong...mama rasa sunyi...mama rasa sepi... sepi yg tiada indah...
Lebih menyedihkan papa gagal dihubungi... kerana papa meninggalkan telefonnya di dalam kereta semasa nak dgr ceramah...mama meminta bantuan abah dan ma utk menjemputnya di tempat kerja....
Ambulan membawa sekujur badan org yg paling berharga buat kami... pejuang kehidupan kami... harta kami...

Ya Allah..Mek telah kaku di situ...Mek sudah tiada di alam ini...Namun memori dan setiap perlakuan Mek masih segar di ingatan kami semua...setiap doa, setiap ajaran, setiap teguran, setiap leteran Mek sentiasa menjadi pedoman buat kami..malah hanya itu yg mampu kami bicara dan imbas kemabli setiap kali berkumpul dan bercakap tentang Mek...Malah kami sentiasa mengaitkan setiap situasi yg berlaku dan menggambarkan cara Mek utk mengatasi masalah...mungkin kami terlalu mabuk dgn kasih sayang Mek..sehingga setiap perkara kami cuba adaptasi dg cara Mek....Ya Allah sesungguhnya mama sungguh merinduinya...
Wajah Mek yg cekung..lirikan matanya agak dalam bersemadi di dalam setiap jiwa kami....
Setiap waktu mama merindui Mek..cuma pada malam kepergiannya..hati ini lebih tersentuh ....
Mek damailah di sana...semoga roh Mek dilimpahi rahmat Allah SWT dan diberikan syafaat oleh Nabi Muhammad s.aw di hari pembalasan kelak..
Semoga Mek tidak akan dibebani oleh dosa2 yg kami lakukan..kerana Mek sudah mengajarkan yg terbaik cuma kami terutamanya mama yg sentiasa lalai dan melakukan dosa....

Al-fatihah buat Mek....kepada yg masih mempunyai ibu dan ayah yg tersayang....berkhidmat utk mereka...  kerana sebanyak mana jasa atau pemberian kita utk mereka..tak kan pernah dapat membalas jasa mereka buat kita.... Sedekahkanlah segala bacaan, amalan utk mereka..semoga doa dan amalan anak2 dpt membantu mereka di akhirat kelak...

Mama tak sempat berjasa buat Mek...sampai ke akhir hayatnya...Mek yg sentiasa berkorban...kerana itu mama tak pernah merasa puas... Maafkan anakmu ini Mek...yg byk berdosa...


2 comments :

Anonymous said...

It's appropriate time to make some plans for the future and it's time to be happy.

I've learn this publish and if I may I want to suggest you few fascinating issues or advice. Perhaps you could write subsequent articles regarding this article. I want to read even more issues approximately it!
Feel free to surf my homepage Cheap Tropical Fish Food

Anonymous said...

I visited several web sites except the audio quality for audio songs present at this web site is in fact marvelous.
Also see my web page - android tablet pc

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan