CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, December 16, 2012

Solat Subuh di musim TENGKUJUH...

Hari ni bgn agak lewat ...dah 6.15 pagi.itu dah lewat bagi mama yg belum gosok baju, belum kemas beg Iqy, belum kemas brg2 nak ke pejabat..mungkin kerana hujan yg mencurah2 menggalakkan utk mama lelapkan mata..(salahkan hujan...astaghfirullah) .huissyyy kalau la boleh cuti..kalau la kerja tak byk...mama gagahkan juga bangun...macam mana malas pun still kena bangun solat Subuh jugak kan.... di kala tu mama dapat merasakan di antara fadhilat solat Subuh ialah utk membantu hamba Allah ni bgn pagi2, mencari rezeki..

Iyalah kan..kalau dah malas mcm mama tp sbb kewajipan solat, mama bangun..bila dah masuk bilik air, wudhuk..mesti fresh la kan... rasa malas tu terbuang begitu sahaja..Alhamdulillah...
Mama bukan apa...semua tu la yg menjadikan mama rasa lebih ingin bekerja.....Mama sentiasa tetapkan keutamaan mama bangun pagi adalah kerana Allah..kerja mama letak no.2... sebab bila kita buat kerana cintakan Allah secara automatik..kita akan lebih cepat bangkit.... bersyukur kerana Allah masih menghidupkan kita... bila aje bangun mama mesti tgk papa dan anak2...Alhamdulillah, mereka masih dikurniakan kesempatan umur utk bersama mama... mereka org yg mama sayang ....mereka kurniaan Allah buat mama..
Melihat wajah segar mereka..mama semakin bersemangat...
Satu tip yg mama dgr dr cikgu mama dulu ialah... kalau  dah terjaga dr tidur lebih2 lagi azan Subuh sudah berlalu...segera lah bangkit kerana kita sudah wajib bangun...kalau kita tidur semula...mungkin kita akan ketinggalan Subuh dan pagi kita kurang keberkatannya...
Jadi bangkit cepat2...lawan syaitan.....bila aje kita buka mata, bangkit dgn niat nak beribadat, syaitan sudah tewas...tewaskan mereka...
Sekiranya kita totally tak sedar..tgk2 dah meninggi matahari, itupun kalau musim cuaca baik..kalau musim tengkujuh gini..lebih baik refer jam...sebab pukul 7 pagi pun macam pukul 6 pagi...
oklah, sekiranya kita bangkit dah lewat, Subuh umpama dah tiada, bersegeralah kita solat kerana itulah waktu Subuh kita..jgn lah..memang sah2 dah lewat tp masih lagi nak duduk atas katil, terkebil2...lepasa bangun dr katil, duk kat sofa,,, lebih teruk tu ada yg buka TV..ermmm mmg tak patut.. tp dgn syarat mmg tak terjaga langsung.. berdoalah agar Allah menerima Subuh kita...
Subuh ni terlalu penting kerana ia permulaan hari... baik subuh kita, Insya-Allah keberkatannya sepanjang hari...

Rasulullah bersabda, maksudnya : Barangsiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Alllah SWT..Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dgn sesutu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih2 lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka".- Hadis riwayat Muslim.

Rasulullah SAW mengetahui kesulitan untuk mengerjakan solat Subuh krn ramai yg memilih utk terus berehat sehingga mengabaikan solat atau melewatkan solat. Jesteru itu terdapat beberapa keistimewaan solat Subuh yg tidak ada pada solat2 lain. Terutamanya bagi mereka yg mengerjakannya secara berjemaah. Antaranya:

  • Rasulullah mendoakan umatnya yang mengerjakan solat Subuh sebagaimana yg disebut dalam hadis Tirmizi,Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah, yg bermaksud "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun Subuh (iaitu mengerjakannya)".
  • Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)
  • Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Tirmizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?
  • Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).
  • Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi dan Ibn Majah)
So,peringatan buat mama dan kepada semua kekawan mama, bangunlah mengerjakan solat subuh dgn ikhlas dalam waktunya kerana Allah SWT telah menjanjikan bermacam kenikmatan buat kita... sejuk, letih dan sebagainya adalah ujian Allah SWT...godaan syaitan....tewaskanlah..bangkitlah....
Bersama2lah kita....ayuhhhh.....

P/S: mama ada jugaklah terdengar cerita yg org kafir berasa gerun sekiranya melihat ramai umat Islam berjemaah dan memenuhi masjid untuk mengerjakan solat Subuh kerana bagi mereka sekiranya umat Islam mampu bgn dan berjemaah di Subuh hari, umat Islam itu mempunyai tahap keimanan yg tinggi..wallahi....


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan