Tapi semenjak sekarang ni perkara ni sentiasa berlegar2 di fikiran mama... mama semakin dipengaruhi untuk mencurahkan rasa cinta yg ulung kepada Allah..
Sebagai umat Islam kita wajib mendahulukan meletakkan Allah di tempat teratas.. kerana Allah yg memberikan kita kehidupan, Allah yg menjadikan kita dan seluruh alam semesta, Allah adalah segala-galanya.
Sesungguhnya Ya Allah sukar untuk menetapkan hati untuk mencintai-Mu..Mungkin kita telah terbiasa mencintai sesuatu yg kita nmpk..Mama percaya Allah itu wujud namun meredhakan hati untuk meletakkan Allah di tempat tertinggi begitu menguji mama...
Berdoa menjadikan diri kita lebih dekat dgn Allah kerana itu mama sentiasa berdoa agar Allah membuka pintu hati mama untuk tulus mencintai-Nya melebihi segalanya. Bila memikirkan tentang memberikan rasa cinta mama terasa sungguh malu kerana mama selama ini mama mencintai dikalangan manusia melebihi Allah..kenapa mama cakap begitu??? Salah satu yg masih segar di fikiran, semasa mama masih dlm proses mengenali papa, adalah sedikit masalah yg melanda kami..biasalah org sedang hangat bercinta..mama masih ingat mama meraung dan menangis sepanjang malam... mama tak lalu makan..hidup mama tak tentu arah...ketika itu hati mama begitu tertekan..mama tak mahu kehilangan org yang mama syg. Bila dikenangkan.. mama rupanya sudah hanyut..mama tidak seharusnya jadi begitu ..seharusnya mama kena bertenang dan redha dgn pergolakan yg berlaku...kerana mama hanya mempunyai konflik dgn manusia yg juga diciptakan oleh Allah.. mama telah menepikan kedudukan Allah...Ya Allah...ampunilah mama....
Mama seharusnya sedar Allah sentiasa ada untuk mama dan cinta mama hanyalah untuk Allah....
Sebagai makhluk Allah, mama berdoa semoga Allah menjadikan hati mama sentiasa mencintai-Nya melebihi segalanya..semoga Allah akan sentiasa mencintai mama..semoga Allah mencintai papa..kerana mama akan mencintai papa kerana Allah.
Mama mencintai ibu bapa mama kerana Allah telah melahirkan mama melalui mereka...mereka manusia yg dipilih utk menjadi ibu bapa mama.. Ya Allah mama bermohon agar mereka berdua diberkati-Mu di dunia dan akhirat. Semoga mereka tidak dibebani dgn segala dosa yg telah mama lakukan....kerana mereka byk mengajar mama erti Islam dan kehidupan... semoga segala dosa mama adalah tanggungjawab mama...jadikanlah kedua mereka sentiasa diberkati rahmat-Mu... semoga roh mek ditempatkan dikalangan mereka yg Engkau cintai..semoga ayah akan bahagia sampai ke akhir hayat beliau..Husnul khatimah utk ayah..sekarang mek sudah dijemput kembali kepada-Mu..ayah masih ada bersama mama..semoga mama masih sempat berbakti buat ayah..
Bila merenung anak2, mama bersyukur krn Allah meminjamkan mereka kepada mama dan papa.. Insya-Allah mama akan menjaga dan mendidik mereka kerana mereka amanah yg tidak terhingga..jadikanlah mereka hamba yg mencintai-Mu juga..
Mencintai Allah melebihi segalanya adalah matlamat hidup mama sekarang...kerana itu mama akan sentiasa berdoa agar mama sentiasa akan dikelilingi mereka yg mencintai Allah.. Amin....
0 comments :
Post a Comment