CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, December 16, 2012

Adakah kebanyakan HACKERS ni lucah??




Mama dah banyak kali terbaca komen yg tak sepatutnya ada di wall rakan2 FB mama... mmg ada yg suka bergurau..tp selalunya mereka hanya buat double-meaning dan hanya org2 tertentu yg faham..tak de direct sampai kita pun nak termuntah bila baca....
Pagi tadi one of my FB member kena hack jugak...kisahnya mama terbaca post status dia yg berbaur lucah...seolah2 dia ni penggemar sex.. oh know....mama takde la kenal dia..tp dr status dan penulisan dia selama ini, mama tau dia seorg yg direct to the point, selamba, suka buat kita berfikir, lucu dan suka bergurau..tp mama yakin takde la sampai ke arah yg salah... Alhamdulillah dia masih ada teman yg rapat dan memahaminya yg tolong perjelaskan situasi sebenarnya...
Sepanjang kena hack, dia tak leh login dia punya FB....
Nauzubillah....mama takut la...
Tapi dari pengalaman mama selama ni ..antara pengalaman kwn2, kalau kena hack mesti yg keluar sesuatu yg boleh memalukan pemilik laman itu... dan kebanyakannya berunsur lucah...apakah hackers ni seroang yg lucah????
Pernah terjadi seorng gadis TWITTERnya di'hack'...hackers tu menjadikannya begitu murah..seolah2 dia memperdagangkan tubuhnya....sungguh memalukan..walaupun dia tau siapa dirinya...tp semua itu telah tersebar....
Mama harap semua ni akan dijauhkan..kepada yg hebat dlm bidang IT, jgnlah jadikan diri kita terlalu taksub nak terjah akaun peribadi org dan menyusahkan org..gunakanlah kebijaksanaan itu di jalan yg benar.......
Mama pernah tengok cerita KOREA yg best pasal hackers ni...Tajuk dia "GHOST".. dalam citer tu ditunjukkan hackers yg baik dan hackers yg buruk..tapi baik dan buruk tu dari segi niat aje la... sebab bagi mama bila aje digelar hackers, byk yg tak baik...kenapa perlu dicerobohi privacy org? kenapa perlu mematikan sistem jabata tertentu? kenapa perlu disebarkan virus yg boleh mengancam gadget atau peralatan org?
Cuba letakkan kesusahan org ke dalam diri kita....cuba rasakan betapa malunya jika kita diaibkan....sekiranya kita masih waras..hindarilah kesalahan itu..tp jika kita merasakan kita tak kisah dgn nasib org...cubalah periksa diri,hati dan jiwa kita, mesti sudah ada sesuatu yg mati di situ....
Wallahi....

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan