CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tips buat SURPRISE!!!

Wednesday, September 21, 2011

Kerabu Maggi



Nampak sedap tak?????? ini hidangan yg sedap..tp may be gambar yg diambil oleh mama yg membuatkannya nmpk biasa je...hehehe sorrryyy....

Inilah KERABU MAGGI..dalam bahasa Thailand..ia dipanggil YAM MAMA..yam tu kerabu..mama tu mee atau maggi...

Actually ini pertama kali mama makan kerabu Maggi...time gi Pengkalan Kubor kelmarin..mama tertengok ada orang jual kerabu ni..so mama pun cuba la...
Mama memang suka makan kerabu2 gini..so no heart feeling..mama pun terus nak cuba...1 bungkus RM3..

Rasanya macam kerabu Suhun atau kerabu sotong..rasa masam dan pedas..tapi tahap kemasaman dan kepedasan tu kiranya boleh di'kawtim'kan dgn penjual..bagi mama yg minat masam dan pedas..mama tersangat la suka....tp kalau kat umah takleh pedas sgt..tak baik utk kesihatan anak2....

Time dok membeli tu mama pun tanya la cara membuatnya...tp biasalah penjual tak akan bgtau detail...tp selapas mama makan...mama boleh la agak sikit2 resepinya...

Bhn2..


1 bungkus Maggi perisa tomyam - maggi direbus mcm biasa dan ditoskan..
1 biji bawang merah - didadukan
2 biji cili padi...dipotong halus
Perahan air limau nipis/kasturi - secukup rasa
Tomato-  didadukan
Sosej, chicken ball, atau apa2 lauk direbus, ditoskan dan dipotong kecil2..kalau nak guna sotong...sebelum rebus..potong ala2 cincin sotong terlebih dahulu....
Cendawan - sebarang cendawan..direbus, ditoskan dan dipotong kecil
2 sudu mkn sos ikan
Air gula perang atau gula melaka - secukup rasa..jgn guna gula biasa nnt tak 'KICK'(tak berapa sedap)
Daun ketumbar -dipotong halus
Serbuk lada (kalau nak suruh pedas lagi)

Cara membuatnya..

  1. Mula2 ambil pes tom yam yg ada kat dlm bungkusan maggi tu...bancuhkan dgn air..tambahkan sos ikan..kacau sampai sebati..
  2. Gaulkan maggi, bwg merah, air gula perang, air perahan limau, tomato, cendawan, lauk-pauk, cilipadi, pes tomyam, daun ketumbar bersama...tambah serbuk lada kalu nak pedas lagi..
  3. Hidangkan....
Senangkan..dan very sedappppp....hehehe..pada yg suka la kan....mama memnag suka..tgk la pinggan mama..licin......papa tak merasa lagi sebab pergi kursus...hehehe..nnt mama buat utk papa....



Selamat mencuba.....

3 comments :

♥MAMASYAZA♥ said...

kena cuba ni, mesti sedap

wida said...

senang jer ni..leh cuba nnti

Simplemama said...

cuba2...kalau yg minat mkn kerabu..memang suke..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan