Mama dah tgk episod pertama drama 'SOFFIYA' yg menghiasi slot Akasia TV3...lakonan Tiz Zaqyah dan Fizo Omar...Nampak dr jalan cerita best jugak...cuma time je la..dia main pukul 7 mlm hingga 8 mlm...taksesuai sgt coz time tu kan nak solat Maghrib...nmpknya kena tgk kat tonton.com.my la..hehe...
Sinopsis : Soffiya (Slot Akasia – TV3)
Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
Cerita sedih ni....nmpknya kena sedia banyak tisu la ni.....tak suka citer sedih tp nak tgk.....minat Tiz...
0 comments :
Post a Comment