Hai semua...
Hari ni mama nak citer pasal kuih yang dimakan pada waktu tengkujuh...Maksudnya, kebiasaannya kuih ni akan mula dijual time musim tengkujuh.
Nama kuih tu ialah PUTU HALBA..
Kalau korang datang ke Kelantan musim hujan macam sekarang ni korang akan jumpa gerai2 kecik yg dibuka untuk menjual putu halba ini di sepanjang jalan..terutama di kawasan Wakaf Bharu dan Tumpat...
Kuih ni sedap dimakan semasa masih panas..fuhhh..apa lagi kalau pekena ngan kopi 'o' atau teh 'o' panas..Terangkat beb...
Kuih ni dibuat menggunakan ubi kayu yang diparut2....kasi halus..
Cara memasaknya pula menggunakan haba panas...(Untuk dptkan haba dan wap panas, seperiuk besar air akan dimasak..acuan akan diletakkan atas penutup periuk tu)
Ubi kayu yang telah halus diparut akan dimasukkan dan dibungkus ke dalam kain ala2 tuala Good Morning sebelum dimasukkan ke dalam acuan (acuan yang ditempah khas..bentuk ala2 sebiji bahulu))..gula melaka atau di Kelantan ia dipanggil manisan akan diletakkan sebagai inti.
Bila dan masak , kuih tu akan dikeluarkan dari kain tuala tu...
Putu halba akan dihidangkan dan dimakan dengan kelapa parut...
Ini dia serba sedikit gambar yang mama sempat ambil sementara menunggu putu halba mama siap dimasak...
Ermmm...so best......cubalah...
Balik kampung
4 hours ago
0 comments :
Post a Comment