CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Monday, November 8, 2010

Hello again and again.....

Ya Allah..sungguh lama mama tidak menulis di sini..bukan mama sudah melupai blog sulung mama ini..cuma mama sudah menjadi alpa dek kerana terlalu mengejar pelbagai benda..mama kdg2 rasa mama ni nak cuba semua..tp hasilnya agak kurang memuaskan..idea tu ada tp rancangan susulan mama tu yang kurang memuaskan..

Tp tiba2 sahaja malam ini mama tergerak utk menulis kembali di dalam blog mama ini..menunaikan kembali amanah kepada diri mama..Kenapa mama panggil ini amanah? Ini adalah kerana sewaktu mama mula2 terfikir utk memiliki blog, mama sudah berjanji pada diri mama yang mama akan sentiasa mencurahkan perasaan mama di sini..mama terlalu cintakan penulisan..mama selalu berangan utk menjadi penulis..tp seperti mama katakan tadi, mama sentiasa ada idea namun pelaksanaan itulah kelemahan mama..mungkin boleh dikategorikan sebagai cakap tak serupa bikin..

oh, mama kenapa jadi begini? sampai bila kamu mahu berubah...

Terlalu banyak yang boleh mama kongsikan bersama..Muyeeh anak sulung mama sudah berusia 2 tahun 9 bulan..adiknya Reefqy pula berumur 8 bulan..mungkin kesibukan menguruskan 2 hero membuatkan mama terkejar2 utk mencari masa utk diri sendiri..

Namun bak kata pepatah..masa tidak menunggu kita..yup..itu mama akui..dan mama selalu kalah dengan masa..malah mama selalu menyalahkan masa..bila mama gembira, mama selalu mengharapkan agar masa itu kekal selamanya..bila mama sengsara mama selalu mengharapkan masa itu tak pernah muncul..bila mama melakukan kesilapan mama sentiasa mengharapkan mama bisa mengundurkan masa..bila mama meraikan kejayaan mama mengharapkan mama mampu merperlahankan waktu..oooo..begitu tamaknya mama..sehingga mama alpa..

Mama lupa kenapa Allah menjadi masa itu terus berjalan tanpa henti dan tanpa boleh diundur kembali..mama lupa hikmat-Nya..sedangkan Allah sentiasa mengingatkan manusia sepertimana dalam firmannya di dalam surah Al-Asr..yg bermaksud...

" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran "

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan