CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Monday, February 24, 2014

Pesan Saidina Umar Al-Khattab

Assalamualaikum...
Alhamdulillah mama berpeluang tgk ceramah Ustaz Abdullah Khairi..walaupun hanya di youtube tp intipati ceramah sama saja... mama masih mampu mendengarnya...
Banyak nasihat dan peringatan yg dikongsi oleh ustaz..
Antara yg melekat di hati mama ialah cerita tentang kehebatan Saidina Umar yg memerintah suku dunia...tetapi masih mengekalkan kezuhudan...bersederhana..
Saidina hanya memiliki rumah yg kecil..kadang2 hanya tidur di bawah pokok tamar..hanya memiliki 2 helai baju..dan menunggang keldai...
Apabila diberitakan kpd beliau yg salah seorang gabenornya di Damsyik hidup bermewah dan diangkat menggunakan tandu utk bergerak.. Saidina Umar segera ke sana.. Apabila gabenornya iaitu Muawiyyah ternmpk kedatangan beliau.. Muawiyyah segera menukar pakaiannya dan meluru ke arahnya.. tanpa ditanya, Muawiyyah segera menceritakan perihal dirinya..menurutnya dia berpakaian mewah dan bergerak diusung krn ada wakil dari luar dtg ke Damsyik lalu dia menunjukkan kehebatan Islam..
Saidina Umar tidak berkata apa2 kecuali "berbuatlah apa saja yg kamu mahu di dunia ini, tp ingatlah setiap apa yg kamu lakukan akan ditanya oleh Allah di akhirat".
Muawiyyah terpana..lalu segera meletakkan pipinya ke pasir..dan berkata "sesungguhnya pasir ini lebih mulia drpdku".

Ya Allah kerdilnya diri ini.. besarnya tanggungjawab seorang pemimpin. Besarnya amanah Allah kpd setiap hamba-Nya..manfaatkanlah.. sesungguhnya setiap apa yg kita lakukan di muka bumi tidak akan terlepas satu pun daripada pertimbangan Allah...

Kita akan sentiasa diuji..Bentuk ujian ada banyak...tempuhilah kerana Allah Maha Mengetahui kadar bebanan yg mampu ditanggung oleh setiap hamba-Nya. Saidina Umar berjaya mengatasi ujian kuasa, harta dan pangkat.. Semoga kita akan dapat mewarisi sifat beliau..

Ada sedikit perkongsian tafsir Al-Quran.. Surah al-'Ankabut (ayat 2-7)

[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[4]
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
[5]
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[6]
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
[7]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan – dengan sebaik-baik balasan.


Semoga kita dilindungi rahmat Allah... Yakinilah bahawa syurga Allah itu benar, neraka Allah itu benar..
Wallahu'alam..




0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan