Assalamualaikum..
Pagi ni sambil baca Quran, imbasan kekesalan yang banyaknya kerugian yang mama lakukan hadir lagi. Iyalah memang mama sudah mempraktikkan untuk membaca Quran setiap hari..harap tiada riak dihati mama.. mama sekadar ingin berkongsi kisah hidup sahaja.
Kenapa mama rasa mama rugi? Mama rasa rugi kerana dah banyak mama bazirkan masa mama dengan perkara yang merugikan.. hidup mama tak ada banyak kisah atau aktiviti.. mama hanya menjalani kehidupan biasa dan tiada cabaran.. mungkin mama ni jenis risk adverse.. masa mama banyak dihabiskan dgn belajar, menonton tv, mendengar muzik, membaca novel, bekerja dan paling banyak dihabiskan untuk tidur. Iya... adalah buat juga benda lain..tp itulah majoriti aktiviti mama... Kehidupan mula berubah bila berumahtangga.. tanggungjawab mula hadir dalam diri.. tidur pun sudah dikurangkan.. tapi membaca al-Quran boleh dikira dgn jari dalam setahun...
Ya Allah kosongnya hidup mama...
Sepanjang remaja mama tak ada ujian sangat. Kesulitan memang ada tapi kebanyakannya masih boleh diselesaikan. Ramai yang datang membantu. Sepanjang persekolahan semuanya bagai diatur. Alhamdulillah menjadi antara pelajar terbaik semasa di sekolah rendah dan menengah rendah..cuma agak merosot ketika di menengah atas..mungkin setelah dikelilingi pelajar terbaik dari merata negeri, kehebatan sudah tercalar. Namun bila dikenangkan kembali, kemerosotan mama adalah kerana diri mama sendiri yang mengambil semuanya mudah.. kurang berusaha dan MALASSSSSSSSS. Ternyata mama terlepas peluang untuk menyerap aura hebat dari kawan2 yg hebat. Mama juga tidak memanfaatkan kehidupan yang mementingkan keislaman di sekolah tersebut. Mama memang melakukan semua suruhan Islam.. mama sembahyang..tak pernah tinggal.. mengaji al-Quran..berpuasa.. tapi mama tahu yg mama melakukan itu kerana itu yang dilakukan oleh orang Islam.sebagai rutin.Mama bukan melakukan semua itu dengan sepenuh jiwa.. dan keran itulah mama dalam kerugian. Ya Allah..ampunilah dosaku...
Dek kerana itu keputusan SPM tidak memberangsangkan bagi seorang pelajar sekolah berasrama penuh. Hampa??? memang hampa.. di saat itu menatap wajah mek yang sudah tua meruntunkan jiwa.. Mengapa mama tak mampu memberi senyum ke bibir mek..
Namun masih belum ada benar2 kekurangan dlm hidup kerana mama berjaya juga memasuki universiti.
Mama meneruskan kehidupan sebagai pelajar universiti dgn tekad untuk membalas segala kekecewaan.. Namun graf kemajuan mama tidak sekata. mungkin kerana kelalaian dan keinginan untuk bersantai menguasai diri mama. Ya Allah.. mama mengulangi lagi kesilapan lalu.. mama mmg tidak gagal tapi mama tidak cemerlang.
Mama bersyukur mama berpeluang bekerja..walaupun tidak mempunyai gaji yang tinggi.. namun mama terasa sangat sedih kerana mama tidak mampu memberikan bantuan kepada mek yang sudah tua.. Mama memilih utk bekerja di negeri kelahiran kerana mengenangkan mek dan ayah yang sudah tua.. Namun mek dan ayah masih tersenyum dan memberikan semangat untuk mama.
Sekarang mama sedar yang ketika itu mama masih menjalani kehidupan sebagai seorang Islam yg tipikal. Di saat itu mama terlalu ingin bekerja sejajar dengan kelayakan mama. Mama teringin menjadi seperti kawan2 yg berjaya memperoleh kerja yang bergaji besar. Malah ada kawan2 mama yg jauh lebih rendah keputusannya drpd mama berjaya. Malu??? Iya mmg malu. Mama tiada kemajuan. Rezeki belum ada..
Pembantu utama ialah arwah mek sendiri. Ayah pun banyak menbantu..
Mama mengenali papa..dan kami tak mengambil masa yang lama untuk berkahwin. Kami berjanji untuk menjalani hidup sederhana. Ma dan abah mentua menyuruh kami tinggal bersama mereka. Jadi kami tiada masalah mencari tempat tinggal. Malah ketika di alam rumahtangga pun masih mengharapkan bantuan keluarga.
Sememangnya mama mencuba banyak cara untuk mengubah kehidupan. Fokus mama untuk kejayaan duniawi sahaja. Mama masih tidak menjiwai hidup untuk menjadi Islam sebenarnya. Walaupun mama tidak bergaji besar.. tidak berharta ..namun masih mampu bertahan..pada waktu itu mama merasa hidup mama ni tiada dugaan besar dan tiada nikmat besar..hanya biasa2.
Hidup mengikut mengikut arus sahaja.
Nikmat yang besar muncul apabila Musyreef dilahirkan.. Alhamdulillah...
Namun ujian besar melanda apabila mek kembali ke Rahmatullah. Separuh jiwa terbang bersama. Mama meratapi kepergian mek.. Namun al-Quran semakin hampir dgn mama kerana mama rasa itu antara yg mama boleh lakukan untuk arwah mek..mama tak dapat memberiken kesenangan dlm hidupnya.. jadi mama berharap mama masih mampu melakukan amalan mulia utk dihadiahkan kepada mek. Semoga sekecil mana pun kebaikan yang mama lakukan.. Allah akan menerimanya untuk diberikan kepada mek.. semoga dosa dan keaiban yang mama lakukan tidak akan sekalipun membebankan mek.
Namun jiwa mama masih belum kental untuk benar2 mengenali diri mama...
Sehinggalah mama diberi ujian baru2 ini.. maafkan mama kerana tidak dapat menyatakan di sini. tapi cukuplah mama menyatakan yang ujian itu bukan saja membuka mata malah membuka sedikit hati mama untuk berubah. Ujian yang mengubah persepsi mama terhadap cinta kepada Allah.
Syukur Ya Allah...Sesungguhnya Engkau masih menyayangi aku. Terima kasih kerana mengejutkan aku. Aku bersyukur kerana aku menjadi salah seorang insan yg terpilih untuk menerima ujianmu...Andainya ujian itu semakin mendekatkan akau dengan-Mu, aku redha dan aku bermohon terimalah taubatku.. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui kadar kemampuan diri aku..
Selepas diduga dgn sesuatu yg menyedihkan.. mama bagai meredhakan apa yg telah berlaku sepnajang hidup mama..jika dulu sentiasa risau dan keluh kesah kerana masih tidak memperolehi kejayaan dlm kerjaya..tapi sekarang mama lebih tenang.. mama akan terus berdoa dan yakin dengan nikmat Allah.. Nikmat Allah bukan hanya dari segi kebendaan. Nikmat Allah itu luas.
Merenung kembali kehidupan dulu.. bukannya mama tidak diuji langsung cuma mama tidak begitu terasa kerana Allah segera menghadirkan insan untuk membantu mama. Dan pastinya sebenarnya Allah telah memberikan nikmat yang besar buat mama.. Allah telah memberikan ibubapa yang baik dan soleh.. kakak2 yg penyayang.. anak2 dan suami yg penyayang. cuma mungkin kerana nafsu yg tak pernah puas..mama tak nampak semua itu.. Mama tidak menganggap itu rahmat tp menganggap itu sebagai proses biasa. Nauzubillah..semoga mama tidak lagi berfikir begitu.
Mama telah tersilap perhitungan dalam mensyukuri nikamat Allah.. Sebenarnya untuk mengajar erti bersyukur dalam hidup, kita perlu melihat mereka yg kurang bernasib baik dari kita.. barulah kita tahu erti nikmat.. Andainya kita terlalu ingin mengejar yg lebih hebat pada kita.. kita akan menjadi manusia yg bertuankan nafsu.
Sesungguhnya mama masih di permulaan..doakan semoga mama istiqomah...laluan di hadapan penuh ranjau.. pastinya ada lagi ujian yg bakal menyusur..Tabahkanlah hati mama....
Semoga ada sesuatu di dalam kisah hidup mama yg boleh membantu kalian... yg buruk jadikan sempadan..masih banyak lagi utk dikongsikan.. mungkin di lain kali...
#teringat kat arwah mek saya... Al-fatihah.....
0 comments :
Post a Comment