Pagi ni...macam biasa rutin masuk opis buka mukabuku (FB).. ermmm apalah mama ni...jgn tiru ye...hihihi..
Tengok home..adalah member share link pasal seorang bapa buat report polis kesnya anak dia tak dipukul oleh cikgu...ermmmm... kenapa dipukul???? sebabnya tak buat kerja sekolah...
Ermmmm...ish..ish...ish... terus malas nak baca lagi....
Bagi mama buang karan aje la baca laporan gitu... menaikkan darah dipagi hari...
Buat laporan pasal anak kena pukul sebab tak buat kerja sekolah sama la juga dengan buat public conference cerita keaiban anak kita kat orang....
Iya...semua ibu bapa akan sentiasa menjunjung nama anaknya...akan membela anaknya... tapi plisssss la... pilih la kategori yg sewajarnya utk bela anak... Tolonglah wahai ibu bapa yg budiman.. sayangkan anak bukan bermakna kita perlu bela dan angkat mereka setiap masa... Bagi mama sayangkan anak maksudnya kita kena bentuk, didik, tarbiah, pantau, kasihi, doakan dan sentiasa menyokong segala yg mendatang kebaikan dunia dan akhirat kpd mereka...
Tugas ibu bapa ni luas, universal dan ia mengikut keadaan dan situasi... ibu bapa perlu tahu bila, di mana, bagaimana untuk mereka menjalankan tugas... kalau nak ikutkan 24 jam kita bertugas utk Allah.. KENAPA mama cakap begitu??? sebab anak2 AMANAH dr ALLAH untuk kita...jika kita salah menjaganya...kita sebenarnya lalai dgn tanggungjawanb yg diamanahkan oleh ALLAH.
Kenapa kita sentiasa mengambil benda yang remeh dan dibesarkan?? benda yang besar kita tak perasan pulak... Sebagai contoh pasangan Malaysia yg ditahan di Sweden kerana dikatakan mengasari anak lelakinya lambat solat. Undang2 dunia di Sweden tetap mengatakan itu satu kesalahan yg besar..walaupun apa yg dilakukan oleh pasangan itu bertujuan utk mengajar syariat Islam kepada anaknya... Undang2 dunia ciptaan Barat telah menepis hak ibu bapa untuk mendidik... Apa yg boleh kita lakukan sebagai umat Islam..hanyalah berdoa agar Allah meletakkan pasangan itu dalam keadaan yg baik kerana berjihad dlm menegakkan hukum Allah...sengsara di dunia...bahagia di akhirat...
Jadi mama harap ibu bapa di Malaysia jadikan mereka contoh... janganlah terlalu mendewakan anak2.. tengok dulu..kaji dulu... kalau setakat dipukul guru dalam konteks utk menolong kita mendidik anak2 kita menjadi semakin baik... usahlah cepat melenting... usahlah cepat nak buat report...usahlah sibuk nak buat press conference... usahlah tunjukkan aib sendiri... sesungguhnya Allah telah banyak sembunyikan aib kita..jadi kita kenalah pandai2 menjaga aib dan maruah kita...
Ekoran daripada membela anak membabi buta.. orang ramai pulak mencerca dan mengata bapa tersebut... aduh..kesian.. iyalah kan bila benda tersebar kat akhbar..kat FB...macam2 la komen yg keluar... kesian pulak kat ibu bapa dan pelajar tersebut.. itulah sebelum buat apa2 tindakan..fikirkan dengan jernih...
Salah seorang yg bagi komen tu cakap, dia merasa kesian kpd pelajar yang tak buat kerja sekolah tu sebab sudah semestinya nama dia akan sentiasa bermain di bibir guru2 dan kawan2 dekat sekolah... of coz la ada yg akan sindir nanti... Lihatlah daripada tindakan yg tak begitu praktikal daripada seorang bapa, kesannya akan semakin merebak..of coz la negatif lebih byk dr positif..
Bagi mama jika kita berdepan dengan kes begini:
- Siasat dan tanya kejadian yang sebenar dengan anak
- Jumpa guru yg berkenaan dan bincang secara berhemah tanpa melibatkan emosi yg tak baik
- Nasihat anak dengan baik.. elakkan menyalahkan guru atau mencerca guru di hadapan anak..ini kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan anak kita kita tidak akan hormat guru
- Fikirkan satu cerita atau situasi yg ringkas utk menggambarkan perbuatan anak kita.. selitkan kisah2 yang mempunyai teladan
- Bawa anak kita minta maaf dengan guru tersebut. Guru yang garang pun akan cair jika setiap pelajar berlembut dan mengakui kesilapan.
- Jangan sesekali abaikan anak...pantau aktiviti dan kerja sekolah anak
- Sentiasa berhubung dengan guru utk mengetahui aktiviti dan tahap pembelajaran anak kita di sekolah
- Sentiasa positif dan berfikiran terbuka
- Sentiasa mendoakan anak
- Jadilah pendengar yg setia kepada anak2
- Luangkan masa dengan mereka
Mama bukanlah mempunyai banyak pengalaman..itu hanya cetusan rasa.. sebagai ibu bapa di zaman yg mencabar ini..banyakkan ilmu keibubapaan.. bykkan solat dan berdoa.. buatlah dan jalankan amanah ALLAH dengan sebaik mungkin...selebihnya berserahlah kepada Allah..Jangan mudah putus asa... love you all....
0 comments :
Post a Comment