CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Monday, February 25, 2013

Root Canal Treatment Episod 1

Root Canal Treatment (RCT) iaitu rawatan akar gigi... RCT ni dilakukan ke atas gigi yg telah rosak agar gigi boleh berfungsi semula...RCT dilakukan utk mengelakkan gigi drpd dicabut...
Tak pernah mama sangka mama pun akan mengalami RCT dlm hidup mama...mama terpaksa melakukannya kerana nak mengelakkan gigi drpd dicabut..al-maklumlah gigi yg sakit itu gigi depan... tak sanggup mama nak cabutdan pakai gigi palsu...of coz la sebab utamanya kerana malu...tolonnnggggg...

Semua ni bermula pertengahan Januari lalu..mama tetiba je sakit gigi..sakit dekat gigi depan belah kanan..tempat tu mmg mama dah buat tampalan sebab karies..sejak dr sekolah lagi..
Iya ni la akibat jika lalai menjaga gigi... sebenarnya gigi mama tu tak de la teruk sgt..tp bila aje tampalan dah lama dan tercabut..mama sepatutnya segera pergi baikpulih..tp kerana sikap suka menangguh .. kerosakan gigi menjadi semakin teruk..dr luar nmpk OK jer..tp rupanya memburuk kat dlm akar..

Gusi mama membengkak.. mama rasa sakit teramat sgt..semua perkara jadi tak kena..anak2 nak mendekat pun mama rasa serabut je...of coz la bila sakit gigi, kepala pun berdenyut2..
Tiada pilihan..ke klinik gigi juga la jawabnya..mama ke klinik yg biasa mama pergi KLINIK GIGI DR AZMAN di Kubang Kerian... mama suka dgn cara rawatan doktor sebab baik je dan tak menyakitkan hati...
Doktor cadangkan mama buat RCT sebab akar gigi mama dah rosak..bengkak yg mama alami itu sebenarnya darah bercampur nanah yg berkumpul di gusi...memandangkan gigi yg terlibat ialah gigi bahagian hadapan mama redha walaupun mama tak tau mcm mn cara rawatannya... mama pernah dgr tp tak pernah ambil tahu...
Kesakitan yg teramat sgt menyebabkan mama menyerahkan segala keputusan kepada doktor..mama cuma berharap lepas ni NO MORE SAKIT2 dan PENING2... seksa oiiii..
Doktor cakap mama kena mengalami 3 kali proses..so mama kena dtg la la utk prosedure yg seterusnya.. OK la doktor..apa saja asal OK....

Utk yg pertama no doktor buat lubang di belakang gigi mama yg sakit.. lubang tu bersambung hingga ke gusi... doktor kata di nak pastikan darah dan nanah yg berkumpul dan membengkak di gusi keluar... doktor tarik akar gigi mama..ermm mmg dah rosak bersalut nanah...huhu...malunya...
doktor tekan dekat bengkak..hanya Allah yg tahu sakitnya.. tp Alhamdulillah..lps tu terasa Ok ..mungkin sebab nanah dan darah mulai keluar...
Doktor tak bagi suntikan dan antibiotik kpd mama memandangkan mama mengandung....jadi mama terpaksa bersabar menghadapi kesakitan... Doktor suruh mama dtg kembali dlm masa 3 hari lagi..

Tiga hari lepas tu mama ke klinik lagi... kali ni doktor hanya membersihkan lubang yg ditebuk...Alhamdulillah tiada lagi bengkak pada gusi mama...temujanji seterusnya dalam masa 5 hari...

Lima hari kemudian mama ke klinik lagi, sememangnya mam sudah tidak merasai sebarang kesakitan lagi..lagipun mama nak sangat lubang ni ditutup sbb kadangkala menyusahkan mama tiap kali makan sbb ada saja makanan yg nak terlekat kat lubang..

Hari pertama selepas lubang ditutup mama terasa tetiba ada sedikit benjolan..tp mama tak rasa sakit pun.. mama ingat itu mungkin kesan drpd rawatan..memandangkan tak sakit..mama abaikan..
Mama tunggu hingga seminggu, bengkak pada gusi iaitu pada tempat yg sama sebelum mama buat rawatan semakin ketara..dan gigi yg diberi rawatan RCT sakit kembali...aikkk macam pelik...sepatutnya mama dah tak perlu menanggung kesakitan berikiutan gigi tu dah dibuang akarnya..

Dan semalam mama dah tak tahan lagi... mama harus ke klinik...kerana kesakitannya menjadi seperti sebelum mama buat rawatan dulu...kepala mam berdenyut2 dan pipi membengkak..sakit jika disentuh..dan air muka mama pun dah berubah..kesan daripada bengkak kat gusi..macam cucuk BOTOX kat bawah hidung...

Malam tadi papa bawa mama ke klinik...dan hasilnya doktor cakap RCT mama mungkin tak berjaya... jadi doktor akan buka balik tampalan hari tu...
Ya Allah ..tampalan utk RCT adalah tampalan kekal dan ia begitu sukar utk dibuang....mama yg tak boleh dicucuk sebarang ubat penahan sakit menanggung kesakitan yg lebih kuat drpd rawatan terdahulu... tapi kalau tak buat begitu mama dah tak terfikir lagi caranya..pembaikpulihan harus dilakukan..mama tak sanggup nak berpantang dlm keadaan gigi yg sakit..

Walaupun doktor cakap dia ada keluarkan nanah dr gusi mama tp mama belum dpt keluarkannya sendiri macam dalam proses rawatan terdahulu..jesteru sehingga ke saat mama menulis entry ini mama masih berjuang dlm kesakitan...dan kesakitan itu hanya ALLAH yang tahu...mungkin kesakitan berganda ini disebabkan kesan daripada doktor buka tampalan kekal itu..mama cuma berharap semuanya akan reda,,,sebab mama dah tak tau nak buat mcm mn..nak tekan benjolan..mama tak sanggup sebab kesakitan teramat sangat..sekiranya nanah dpt dikeluarkan..mama fikir mama akan semakin ok..

Ini adalah antara dugaan mama semasa mengandung kali ni.. mama berdoa agar Allah mengurangkan kesakitan mama kerana dalam keadaan mengandung 9 bulan ni...mama terasa amat tersiksa... dgn kerenah Uyeeh dan Reefqy..mama rasa nak nangis... tapi sekiranya dgn kesakitan ini..membuatkan mama menginsafi diri dan tanda ujian Allah..mama redha..kerana Allah Maha Mengetahui...

Doakan mama ye....





3 comments :

lala yusof said...

memang sakit kalu sakit gigi...kekdg sampai naik kepala

Simplemama said...

tu ar..sakit kepala yg teramat sgt

Unknown said...

Ala...sy pon alami mnde yg sama gk..bile tbc entry ni,mak aihhh takut plak..brape ek kos rawatan utk RCT kt klink dr azman ni?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan