CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, March 11, 2014

Elakkan mandul yang abadi..

Assalamualaikum...
Selamat pagi..semoga pagi ini ceria dan memberi keberkatan.. pohon banyak doa sbb Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah..
Pagi ni mmg hebat tapi penuh cabaran buat mama dan papa.. princess kami, Qysya kurang sihat..jadi semalaman meragam.. jd kami agak kelewatan pagi ni.  Abg2 yg soleh tu pun nak tumpang meragam.. ermmmmm cabaran..
Marah? Ermm mmg la..mama kan garang.. tp kena berpada sbb kalau marah melampau lagi teruk jadinya...

Anak2 amanah yg besar drpd Allah.. ujian yg akan dipertanggungjawabkan. Ibubapa yg terpilih utk memikul amanah ini kenalah byk bersabar krn kalau berjaya..insha Allah penuh rahmat Allah lah kita...andai gagal..azab lah kita..

Firman Allah dlm surah At-Taghabun (64:15)
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar."

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda; "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?"
Berkata para sahabat, "Orang yang mandul ialah orang yg tidak punyai anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata: "Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Masya-Allah.. sesungguhnya itu lebih berat daripada tidak mempunyai anak..
Sebenarnya mama ingin berkongsi kisah bagaimana hadis di atas cukup memberi kesan kepada seseorang yg rapat dgn mama..

Andainya mama mengatakan yg mama memahami perasaan org yg tidak mempunyai anak pastinya ada yg berkata..mama hanya berkata2 manis utk menjaga hati.. ye.. Alhamdulillah mama dan papa dianugerahkan Allah, 3 zuriat yg sempurna.. bersyukur pada-Mu Ya Allah..kami juga tidak perlu menunggu lama utk memperolehi cahaya mata pertama kami, Amal Musyreef.
Sesungguhnya mama faham kerana mama dikelilingi oleh ramai kesayangan mama yg tidak mempunyai anak.. mama mendengar ada di antara mereka digelar mandul.. diumpat dan disindir. Mama juga pernah melihat mata yg sayu seorang ibu yg menahan sebak tatkala anaknya digelar mandul.. mama juga merasa bagaimana hati ini disiat kerana terdgr kata2 tajam hinaan .. mama juga pernah memendam dendam krn mendengar org yg kita syg disindir hanya kerana tidak punyai anak..
Ya Allah.. sakitnya hati ini..pastinya luka insan yg mengalaminya itu lebih pedih..

Hadis di atas pertama kali mama mendengarnya dr insan yg cukup rapat dgn mama iaitu kakak mama sendiri.. 7 tahun mendirikan rumahtangga.. pelbagai ayat2 'keramat' yg telah didgr.. semua itu ditelan sahaja..
Namun pada suatu hari, ketika mama berjumpa dgnnya, dia kelihatan ceria.. apabila ditanya kpdnya dia menjawab, "Dik, kakni belum mandul"
Terkejut mama bila tiba2 aje isu itu keluar..
"Kenapa ni kakni? Ada sesiapa ckp yg tak elok ke?"
"Tak, tadi ada ustaz cakap yg orang mandul ialah orang yg punya anak tapi anak dia tidak mendoakan dia bila dia mati.. kakni tak mandul..sbb kakni tak de anak".
Mama terkelu.. jujur itulah pertama kali mama mendengar hadis itu.. maaf kerana mama mmg tak ingat ustaz mana dan dr rancangan mana.. namun mama berdoa semoga Allah beri rahmat pd beliau krn dari ceramahnya ada jiwa yg pulih semangatnya. Mama lihat tiada air mata yg mengalir seperti biasa apabila topik tiada anak diutarakan..Subhanallah..
Peristiwa itu berlaku dah lama..Alhamdulillah kakni telah dikurniakan seorang cahaya mata yg comel bernama Anis Naurah..

Kakni dan Anis
Namun itulah yg kami pegang.. andainya kami terdengar di mana2 ada yg menghina seseorang yg tidak mempunyai anak..kami hanya tersenyum..hanya Allah yg boleh membalas cercaan mereka.. hanya Allah yg layak tentukan siapa mandul siapa tidak.
Kami sekeluarga mmg cukup menentang penghinaan terhadap wanita yg tidak mempunyai anak..Alhamdulillah kami bukan sebahagian dari mereka kerana Allah telah menguji ramai dari adik beradik dan ahli keluarga kami yg tidak punya anak atau lambat punya anak..jadi kami lebih memahami situasi ini.. sesungguhnya ujian dr Allah itu boleh membentuk pemikiran dan peribadi kita agar lebih positif dan sensitif dgn masalah org lain..

Jadi kepada yg tidak punya anak, masih belum punya anak, tak ada potensi punya anak lagi..sesungguhnya Allah sayaaaanggg pada kalian..kalian diuji dgn ujian melibatkan perasaan.. kalian mmg kuat.. percayalah...
Kepada yg kuat berusaha teruskanlah..bertabahlah.. dan redhalah dgn segala dugaan.. para suami genggamlah tangan isterimu itu..peluklah..ringankan beban..percayalah yg kesedihan isterimu kerana tidak dapat memberikan kamu zuriat lebih besar daripada kesedihan mereka tidak punya zuriat..kerana bagi seorang isteri, menghadiahkan zuriat buat suami adalah segalanya.. jangan pernah lari dr isterimu...jgn pernah perlekeh usahanya.. jgn pernah beri tekanan pdnya. Ingatlah setiap sesuatu datang dari Allah.. beristighfarlah.. mohon darinya..Allah tidak pernah berjanji setiap yg berkahwin akan dikurniakan zuriat.. pasti ada hikmahnya..

Kepada mama dan papa sendiri dan juga seluruh ibubapa yg dikurniakan anak..jagalah anak2 dgn baik. Jadikan mereka khalifah Allah yg berbakti pada Islam.. usah harapkan anak2 utk jaga kita..bagi duit kat kita.. cukuplah mereka ikut al-Quran dan as-Sunnah.. biarlah keinginan utk mereka berbakti itu hadir kerana Allah..bukan krn adat atau paksaan kita..

Ingatlah hanya 3 perkara yg jadi bekalan di akhirat iaitu amal jariah, ilmu yg dimanfaatkan dan doa anak2 yg soleh..
Semoga kita bahagia di dunia, kaya di akhirat dan tidak mandul di akhirat..

Amin...



0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan