CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Monday, March 17, 2014

Cinta Lima Lupa Lima

Assalamualaikum wbt

Selamat malam.. sudah tidurkah korang semua.. mama nak sangat tidur.. badan dalam keadaan tak pasti.. iya mama pun tak pasti.. mata belum mahu menutup tapi minda sudah separa sedar..
Melihat 2 anak syurga sudah melelapkan mata...ermmm tinggal seorang lagi iaitu Iqy yg masih bermain dlm dunia imaginasinya.. mungkin keadaan Iqy yg belum tidur turut sama membantutkan keinginan tidur mama...
Dalam keadaan begini fikiran mama sedikit sebanyak masih mengingat kembali perbincangan ilmuwan Islam dalam Semanis Kurma tadi. Tentang harta dan cinta.. mana yg penting?
Bagi mama cinta yg berpaksi ajaran Islam akan menjadi indah.. ia akan merangsang individu utk menjadi lebih baik, bertanggungjawab dan soleh.. harta juga penting krn ia akan menyuburkan cinta.. kerana ada harta seorang ayah boleh memberi nafkah pada isteri dan anak2.. krn ada harta seorg muslim bisa menginfakkannya ke jln Allah..
Cinta dan Harta nyata ada simbiosisnya.. kita mencari harta krn cinta.. cinta boleh tersebar krn ada harta.. cuma sebagai muslim jangan pernah lari dr jalan Allah..insha Allah cinta dan harta akan saling melengkapi..
Dalam perbincangan tersebut terus dipanjangkan dgn satu pesan Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W. berkisar tentang akan dtg kpd nanti kpd umat baginda yg akan mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara iaitu:
  1. Mencintai dunia dan melupakan akhirat
  2. Mencintai kehidupan dan melupakan kematian
  3. Mencintai rumah2 besar dan melupakan kubur
  4. Mencintai harta benda dan melupakan hisab (ada pembalasan atas setiap amalan)
  5. Mencintai manusia dan melupakan Penciptanya (Allah SWT)

Mama rasa kita sudah mencapai zaman yg dimaksudkan Rasulullah itu.. kita sudah melampaui batas..sudah sampai zaman di mana kita lebih mencintai dunia drpd akhirat..

Terlalu byk contoh yg berlaku dlm kehidupan kita sekarang. Sebagai contoh,

  1. Kenapa kita bangun pada waktu pagi? Adakah kerana ingin bersegera dalam menunaikan solat Subuh atau bergegas ke tempat kerja?
  2. Pernahkah terjadi di mana kita merancang untuk ke sesuatu tempat selepas waktu Maghrib. Sebelum waktu Maghrib sudah bersedia dgn wudhu'. Iya mmg terpuji menyegerakan solat..tapi kenapa kita hanya menyegerakan solat hanya ketika kita ingin berpergian.. kenapa di waktu santai kita hanya membiarkan sahaja waktu solat berlalu dan solat di hujung waktu? 
  3. Di saat sakit, nazak, kematian atau acara tertentu..bacaan Yasin berkumandang .. Alhamdulillah.. tapi kenapa hanya mengaji al-Quran pada waktu2 tertentu sedangkan setiap hari kita perlu membacanya tanpa mengharapkan waktu2 tertentu dan surah2 tertentu..
  4. Kita hanya bersolat hajat dan memohon doa apabila kita perlu dan merasa terdesak.. sebagai contoh..di minggu peperiksaan, sewaktu sedih, waktu mendambakan sesuatu.. tanpa kita sedar yg sepanjang masa dan ketika kita wajib berdoa dan memohon drpd Allah kerana kita hambaNya..kita tak punya apa.. kita hidup pun atas belas ihsannya. Tadahlah tangan..mohon daripadaNya apa saja.. usah fikirkan apa yg kita mahu tapi fikirkanlah KEKAYAAN ALLAH yang mampu memberikan apa yg kita mahu dan apa yg tak pernah terjangkau oleh kita.
Iya terlalu banyak yg kita lakukan hari ini menunjukkan kita mementingkan dunia daripada akhirat.. sedangkan hidup di dunia hanya sementara,,akhirat jua kekal abadi...mama bukan membicarakan sesiapa..itulah juga mama.. mama hanya manusia biasa ..yang lemah..jiwa berkobar segalanya demi ALLAH..namun tindakan dan pemikiran masih ampuh... 
Kerana itu..luangkan masa mendengar bicara ulama.. semoga ada jua yg bisa terlekat di hati.. supaya dapat membetulkan perjalanan kita menuju jalan Allah..

Semoga kita sentiasa ISTIQOMAH dalam hidup.. terus kuat dan yakin... berjuanglah demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. Hulurkan tangan andai kita di atas..bimbinglah yang tersayang agar seiring menuju jalan Allah..hingga ke JANNAH.. Andainya kita masih di bawah sambutlah tangan yg dihulurkan pada kita.. usah berpaling lagi..jangan ditepis lagi kerana kita perlukan sokongan utk bangkit..bangkit menegakkan yg HAQ dan melenyapkan yg BATHIL..

Sesungguhnya Allah sayaaaanggg kita.. kerana itu kita diuji... hidup ini ANTARA GARISAN.. usah takbur..usah riak.. syurga ALLAH itu LUAS.. untuk semua yg beriman.. semoga kita bisa menjadi salah seorang PENGHUNINYA.. Amin ya rabbal alamin.



0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan