CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, March 18, 2014

Apa yang suami patut tahu tentang isteri

Assalamualaikum..

Semoga sihat walafiat ye semua.. negara kita pun masih dalam berduka krn MH370 masih dalam misteri kehilangan.
Doakan yg terbaik buat semua..

Pagi ni mama tetiba bersemangat di awal pagi utk tulis kat sini..
Dan isu hari ni pasal perkara yg patut suami tahu tentang apa sebenarnya yg difikirkan seorang isteri yg normal... kenapa normal... sbb mama nak ambil ruang lingkup pemikiran seorang isteri yg biasa, tidak mempunyai pendapatan sendiri atau pendapatan yg sederhana...dan yg penting suami juga org biasa2 dan berpendapatan sederhana..
Senang cerita average mama je la..hihi

Perselisihan berlaku selalunya kerana salah faham..
Kebiasaannya.. seorang isteri akan memahami keadaan kewangan keluarga.. keinginan hati sentiasa dipendam krn tak mahu membebankan suami.. apatah lagi jika si isteri ialah seorang suri rumah tanpa pendapatan.. menyedari diri tak menyumbang dr segi kewangan..isteri sentiasa menahan kehendak diri..selalunya anak2 lebih diutamakan.. kalau nk minta duit dr suami pun kerana nk dptkan sesuatu bg pihak anak2..
Salah satu sebab perselisihan berlaku apabila melihat suami berbelanja utk diri sendiri... mungkin jika suami hanya membeli dalam kadar yg biasa utk keperluan, isteri tidak akan berkira..
Tapi jika sudah terlebih sedikit.. perkara yg terlintas di fikiran seorg isteri ialah pembaziran.. "ermmm ..lebih baik simpan utk anak atau utk beli brg kat rumah"... itulah yg berada di minda seorang isteri..
Tapi selalunya si isteri sentiasa memendam apa yg difikirkan tanpa menyedari riak wajahnya sudah menjadi keruh dan tak ceria.. si suami yg melihat akan membuat andaian dan terus bertanya..
"Kenapa ni"
Bila aje suami bertanya..isteri ambil peluang utk cakap apa terpendam tp masih berunsur kiasan..
"Perlu ke beli byk tu bang"
Suami yg dgr si isteri dah mula komen..
"Kenapa pulak?"

Bila isteri lihat suami mcm selamba nak berbelanja...isteri yg mmg mempunyai keinginan akan terasa hati..dlm hatinya akan berbalam dgn pertanyaan ..kenapa suaminya hanya beli utk diri sendiri? Kenapa tidak dipelawa utk dirinya juga? Perlukah beli benda yg punya kegunaan yg sama sampai dua tiga..? Apa salahnya sekadar bermanis mulut mempelawa utk menghadiahkn utk isteri?
Lalu bila suami tak offer..isteri cuba pancing..
"Yg ni pun cantikkan utk saya"
Bila aje dgr ayat mcm tu suami segera buat andaian..
"Patutlah masam... tak puas hati la tu abg tak beli.. ni yg malas nk beli brg sama2 ni."
Tahukah kamu wahai suami di kala itu hati isteri sudah tergores..
"Abg ni kalau saya tak ckp... abg senyap je.. selalu aje nk brg kena minta..tak pe"

Suami mula bermasam muka dan mula menyindir..

"Iya la..nk buat mcm mn..abg ni tak pernah beli apa2 pd awak tanpa diminta dulu"..

Tahukah wahai suami..di saat ini hati isterimu sudah hancur.. hancur bukan krn kepingin brg..tp hancur krn suaminya tak mengerti niat sebenar..

Di sini mama perincikan niat sebenar isteri;

  1. Isteri sbnrnya nk halang suami dr belanja benda yg tak perlu
  2. Isteri nk suruh suami berjimat dikala ada duit lebih..bkn tak kasi beli brg kesukaan suami cuma berpada2 la..
  3. Isteri bkn nk pun brg yg sama mcm suami tu... dia cuma nak suami ingat dia...apasalahnya pelawa..percayalah isteri akan tolaknya jika suami pelawa dr awal..krn isteri tahu ekonomi suami
  4. Isteri ni selalu berkias.. jd bkn niat dia nk jeles ke apa dgn suami


Mama tahu para suami akan ckp yg isteri mmg ada niat nk brg tu..
Jawapan mama... iyaaa mmg nak ..siapa yg tak nak brg baru..cantik..tambah pula dah lama tak dpt apa2.. TAPI..isteri tak akan merengek kalau tak dpt sebab isteri masih tahu keutamaan.. isteri hanya akan terus pendam keinginan...
Yang suami pula kalau betul ada duit lebih..beli2kan lah utk isteri..gembirakanlah hati mereka.. walaupun brg tu hanya murah..
Jika mmg tak cukup duit. Beli apa yg perlu..
Kenapa mama ckp macam tu? Sebab dr pemerhatian, para suami gemar membeli brg kegunaan utk diri sendiri sahaja..tetapi isteri suka beli barang yg boleh digunakan utk semua ahli keluarga..
Apa2 pun yg penting jika berpeluang perjelaskan isi hati masing2.. kena berlapang dada terima kritikan...
Semoga perhubungan suami isteri dan anak2 akan diberkati Allah...
Berdoalah pada Allah agar kita saling memahami .. krn manusia sentiasa menyalahtafsir sesuatu.....tetapi Allah Yang Maha Mengetahui...




0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan