Hai... mama ada resepi lain plak. Sesuai dengan tagline mama...SIMPLE MAMA DO EVERYTHING, mama nak bagi resepi yang senang2 aje....supaya semua orang boleh minat masak....iya la kena mula dengan yang mudah dulu..... Untuk masak ni pun tak memerlukan kos yang besar....Sempoi habis...ni kira untuk hidangan 2 hingga 4 orang makan (untuk zaman ekoNOMONEY)
BAHAN2
Ayam (make sure potong kecil2 sikit baru best. Bila dah siap potong kira2 sepinggan lauk tu)
6 ulas bawang merah (bwg kecil) ditumbuk
10 biji lada hitam ditumbuk
4 sudu sos tiram
Kicap secukup rasa
1 biji cili besar merah
Garam secukup rasa
Air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
Goreng ayam ala2 garing
Bila dah masak, ketepikan dulu
Simpan minyak goreng ayam, tinggalkan cukup2 untuk menumis sahaja.
Tumis bawang merah yang telah ditumbuk
Bila dah kekuningan, masukkan lada hitam.
Bila dah nampak mesra, masukkan sos tiram dan kicap
Kacau..
Masukkan air (kalau suka berkuah, masukkan banyak sikit)
Kacau dan biarkan mendidih
Masukkan sedikit garam
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Amacam, senang kan....
Balik kampung
2 days ago
0 comments :
Post a Comment