CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, June 4, 2009

KEHILANGAN YANG MENGEJUTKAN....

Suasana pada petang 3 Jun 2009 sungguh merimaskan kepada semua penunggang motosikal..Dalam ramai2 penunggang itu, papa adalah salah seorang yang terlibat. Selalunya kami kongsi kereta untuk ke pejabat tapi hari dah lewat dan papa bimbang dia akan miss tumbprint pagi tu...so dia ambil keputusan untuk ride his beloved bike.....

Alkisahnya pada jam 10 pagi, papa hantar sms kat mama yang dia lupa nak ambil roadtax baru motor dia kat dalam kereta...Alamak..mama risau sangat sebab papa bawa motor roadtax expired.Kalau mama risau, papa lagi la...So mama pun suruh dia mai ambil kat opis mama masa lunch hour. Mama suruh dia pinjam motor opis dulu...Tapi lunch tu papa tak datang dia kata penat...Dia kata nak ambil time balik.Dia suruh mama tunggu.Dia kata petang nanti dia nak gi lepak kat stesen geng2 motor dia..Mama ok je..

Bila dah sampai time balik,papa tak datang lagi...Mama risau gak sebab awan dah macam berat sangat dah mengandung air.Tiba2 papa hantar sms yang dia terkandas dalam hujan.Kesian papa...Mama tunggu papa..Dalam setengah jam kemudian papa sampai..Dia pun ambil la roadtax dia...Tiba2 hujan ala-ala rintik turun.Mama suruh papa cepat2 pergi.tak payah la tunggu mama..Papa pun ala2 pecut la juga....

Mama lambat sikit sebab bila hari hujan, jalan pun sesak. Sampai kat traffic light mama dengar sms masuk..Mama pun cepat2 tengok.Rupanya papa...Dia kena berhenti sebab hujan lebat sangat....lepas tua ada berita yang menyedihkan sebab papa ada kehilangan sesuatu....Kesian papa...Mama tau papa sedih. Papa hilang single sit motor dia. Bila dah lampu hijau mama bergerak dan dalam kekaburan dek air hujan, mama nampak seorang jejaka hensem yang sedang berteduh kat kaki lima kedai. Hemmm...hensem gak..Baik mama berhenti...hee..hee..jejaka tu papa la...Papa masuk kat dalam kereta...Risau je muka dia...Nak pergi cari teru pun,jalan memang jammed giler...Hujan pun lebat lagi.Papa kata mungkin jatuh masa dia pecut tadi....Papa surh mama balik dulu sebab dia nak redah je hujan tu..malas nak tunggu katanya..Mama pun drive la lagi...

Tiba2 masa tengah berhenti kat traffic ada orang ketuk cermin kereta..La terkejut mama..Papa rupanya..Dia bagi signal suruh mama buka lampu..Ayoyoooo...mama tak buka lampu kereta..Dah la hujan lebat..Prihatin sungguh...

Selepas mengharungi jalan yang sesak,mama sampai gak kat rumah...Papa dah sampai dah..Muyih tak ada kat rumah.Dia ikut Tok Su dia gi umah Tok Ayah Sir dia.Jalan sokmo Muyih...

Papa pun ajak mama gi cari single sit dia...Ok aja...

Hujan masih turun dengan lebat..Kami menyusuri jalan yang sama papa lalu tadi....

Mata mama ligat dok cari...Papa bimbang benda akan hancur berderai kalau kena pijak dek kenderaan..

Mama kata kalau rosak ke hancur ke tak pe asalkan leh tengok hasil pencarian..Dah tak de rezeki nak buat macam mana kan....

Tiba2....mama ternampak sesuatu...Yessssssssssssssss......jumpa.Baik punya terlangkup kat tepi jalan depan sekolah.....

Baru la senyum terukir kat muka papa..Senang hati la tu....

Mama yang turun gi ambil....Jadi sempat mama rakamkan gambarnya....


Bila masuk aje kereta...Kami pun high five la...Iyalah misi dah berjaya...Satu lagi misi dapat kami selesaikan.....

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan