Dicurangi adalah sama maksudnya dgn suami ada pompuan lain...OH NOOOOOO..
So sad... sedihnya tak dapat digambarkan dgn kata2
Kenapa wanita sedih bila dicurangi???
- hati suami dah terbahagi pada wanita lain
- akan ada persaingan
- ada orang nak cantas segala yg selama ini adalah haknya seorang
- suami akan berfikir pasal perempuan lain
- suami akan spend masa dgn org lain dan mungkin akan berlaku pengabaian
- semua mula menipu
- bimbang suami akan buat maksiat
Errrrmmm mmg banyak la...kalau nak senarai..mmg lenguh jemari kontot mama ni nak menaip..
CURANG maksudnya TIDAK JUJUR..TIDAK LURUS HATI.. ayat kampungnya..buat sesuatu yg tak baik kpd pasangan secara senyap..
Ramai lelaki curang kerana:
- ingin cari cinta baru
- terasa diri masih hebat
- takut bini nak berterus terang
- nak main2 je.. bukan serius pun
Kebanyakan lelaki menuduh wanita khususnya seorang isteri membenci kecurangan kerana wanita terlalu takut dimadukan... tapi sebenarnya anggapan itu ada sedikit salah...
Iya benar..tiada isteri yg sepantas kilat setuju utk dimadukan... tapi isteri membenci kecurangan adalah kerana kecewa dgn suami yg tiada tanggungjawab... Bagi muslimah.. apabila suami mereka curang.. maksud suami itu bukan curang dgn mereka sahaja tp suami itu juga curang dgn ALLAH..
Sekiranya benar suami itu mahu berkahwin bukankah ada landasan mengikut Islam.. kenapa perlu bercinta...keluar2.. itu semua mengundang gangguan syaitan...
Sekarang sejajar dgn teknologi maklumat.. ramai isteri dicurangi oleh suami melalui media sosial..ramai suami yg bermukadimah zina di dalam FB.. kdg2 apabila sudah melarat.. kecuranga melakar ke realiti...
Di sini marilah kita berdoa agar kita dan suami kita dijauhi perkara maksiat itu.. Teknologi utk memudahkan kerja.. utk berdakwah bukannya mendekatkan dgn NERAKA...minta dijauhkan...
Para isteri juga hendaklah menjaga keluarga..sentiasa berdoa.. dan jangan cuba mencurangi suami.. bina asas yg kukuh demi anak2.. jgn biarkan anak2 mewarisi kejahilan dan dosa yg kita lakukan...
0 comments :
Post a Comment