Mengikut temperature jiwa mama sekarang, mama dengan ini menyeru semua wanita dan lelaki yg telah berumahtangga untuk periksa telefon atau apa2 yg berkaitan dgn pasangan masing2 sekarang juga....titik.
Kenapa????
Mama GERAMMMMMMMMMM...
Sejak dari semalam hati dan jiwa mama diselubungi resah... iya..mama mmg pakar dlm memikirkan masalah..masalah yg kadang2 mengundang kekalutan dlm otak mama ni...
Alkisahnya..mama ternampak SECARA TIDAK SENGAJA nmpk sesuatu yg mama tak nak tgk.. jangan salahkan mama tp salahkan teknologi yg mencipta telefon sekarang besar gedabak... one guy ni buka what'sapp dan mama nmpk macam ada org pompuan hntr gmbar kat dia.. gambar pompuan yg agak seksi..sleeveless lg.. dan itu mmg bukan isterinya kerana mama kenal isteri dia...oh nooooo...mama tak suka benda ni sbb mama akan jd berprasangka pelik pada dia... dan ia akan ambil masa yg lama utk mama pulihkan minda...(itu kelemahan mama yg tak patut ditiru)
Perasaan mama masa tu FRUST sbb terjebak.. TENSION sbb kenapa dia buat begitu pada wifey dia yg baik (setakat yg mama kenal).. RESENTFUL sbb mama tau mama mmg takkan boleh bgtau kat wifey dia..
So..mama pun bertekad utk tulis dlm blog ini..semoga isteri dia terbaca atau kalau tidak pun mama boleh bantu orang lain agar berwaspada dgn aktiviti pasangan masing2 (termasuk mama la - watch out papa..hihihi)
Sepanjang drive ke tempat kerja.. perasaan mama berbaur.. betulkah perjuangan mama ni...perlukah kita memeriksa sesuatu yg peribadi milik pasangan kita?
Kalau mengikut logik dan sekular... ITU PERLU..
Kenapa?
- Nak check pasangan kita tipu kita ke tak
- sebagai protection kita..contohnya kita boleh bendung dr awal anasir jahat tu
- utk senangkan hati dan yakinkan diri
- atur strategi demi masa depan
- Ego diri nak tunjuk kita aje yg betul
Kalau mengikut Islam??? I have to check... why??? sebab kita hidup perlu ikut landasan al-Quran dan as.Sunnah walaupun masa ni kita rasa apa yg kita perlu ikut itu MEMEDIHKAN kita..tp percaya itu semua ada rahsia ILAHI...
Mama pun google la dan terjumpa link SOAL JAWAB : Hak Kerahsiaan Suami Isteri blog UstazLove...
Dalam jawapan yg diberikan UstazLove tu...beliau telah bagi maksud sepotong ayat:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (al-Hujuraat : 12)
Perbuatan tersebut satu dosa..kita dilarang menceroboh privasi orang.. walaupun kita telah menjadi suami isteri..itu bukan TIKET untuk kita memiliki hak pasangan secara total. Itulah fungsinya meminta izin..meminta izin tanda saling menghormati.. Kita kadang2 lupa utk minta izin dari pasangan kita.. seorang anak lupa utk meminta izin dari ibu bapa mereka...ibu bapa pun lupa utk minta izin dari anak atas sesuatu..kenapa???? kerana kita terlalu yakin yg kita ada HAK terhadap mereka.. kita suka membuat andaian sendiri...kita kurang sensitif perasaan orang... Jika ada benda yg tak puas hati berbincang dan minta izin utk tahu dgn lebih lanjut. seorang yg jujur tak akan pernah takut..
Kemudian adalah pulak yg tanya.."kalau minta izin dulu, of coz la diorang akan delete semua yg tak patut tu"
Bagi mama.. kita redha la... diorang mungkin boleh delete semua benda dari kita tp ALLAH Maha Mengetahui.. Allah Maha Adil.. semua yg tersembunyi pasti akan terungkai juga bila sampai waktunya..
Sedih??? mmg sedih.. tp itulah ujian..sabarlah sayang... andai keraguan sentiasa bersarang kita takkan mampu buat apa yg baik di atas bumi ini... kita sendiri akan binasa...
Untuk tau lebih lanjut..bacalah link UstazLove itu...
Jadi matlamat mama sudah berubah... mama tak akan menyeru korang check privacy pasangan korang lagi...tapi mama nak menyeru diri mama sendiri dan korang semua...
- Jujurlah pada pasangan kita
- Jangan jadikan kecanggihan teknologi sebagai medium memudahkan kita melampiaskan NAFSU
- Jangan mainkan perasaan org lain (kebanyakan yg curang hanya anggap itu sebagai SKANDAL dan tak de niat nak jadikan pasangan abadi)
- Ingat anak2.. jgn salahkan anak jika mereka jadi teruk, bermasalah, suka maksiat..krn sedikit sebyk tabiat kita mungkin akan diwarisi.
- Ingatlah perbuatan curang itu bukan bermakna kita curang pada pasangan semata tp yang lebih besar ialah kita curang dgn ALLAH..
- Ingat bahawa kematian PASTI akan datang bila2 masa. kita hamba ALLAH..kita hanya layak menunggu dipanggil tapi takkan pernah layak utk menentukan..
- Beristighfarlah
- Para suami yg mmg cukup layak utk berpoligami...silakan..tp ikutlah syariat Allah..bersayang2..bertukar2 gambar... bercakap benda lucah2 ..itu bukan caranya..itu AJAKAN SYAITAN.. pertahankan agama sebelum sibuk nak jaga anak orang ramai2..
HORMATI HAK ORANG LAIN SUPAYA ORANG JUGA AKAN MENGHORMATI HAK KITA.
P/s: Mengadu segalanya hanya pada ALLAH...semoga istiqomah...
0 comments :
Post a Comment