CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, April 17, 2014

Marriage is a learning process...

Assalamualaikum..

Hari ni hari yg agak ceria..coz semua ahli dalam Republik CintaAmal bersatu-padu...so mama pun boleh sampai office just on time..yeayyyyy... ♡♥♡♥


Lebih ok bila pakai shawl yg diberi mak mentua..kikiki..thanks ma.. (mcm comelll je)
Sampai office..belek2 phone tgk gambar selfie ngan papa semalam..hihi..sekali sekali tak memudaratkan..


He's the man... dah 7 tahun kami memperjuangkan cinta kami..  kenapa mama ckp perjuang? bukan menyemai? aihhh mcm nk berperang? Are you ok mama? Positive.. i'm fine.. hihi 100%..

Bagi mama perkataan berjuang lebih ideal...lebih tunjukkan kesungguhan.. why????
Kerana dlm 7 tahun ni byk benda yg kami lalui bersama.. byk benda yg kami korbankan. byk benda yg kami tangiskan.. byk benda yg pertahankan..byk benda yg kami impikan.. Sememangnya kami hidup dalam perjuangan..perjuangan menuju Jannah ...Insha Allah.. (matlamat kita semua kannn...)

Seperti yg mama selalu ckp MARRIAGE IS A LEARNING PROCESS.. Modul yg tak berkesudahan... Jam kredit yg yg tak terkira...Contact hours 24 hours.. melibatkan pelbagai aspek teknik pembelajaran.. Belajar tentang cara hidup... belajar hidup berkumpulan..belajar bertolak-ansur..dan byk lagi..

Kadang2 kita tak sedar yg kita sedang dlm proses pembelajaran.. kerana kita lebih menganggap apa yg kita buat lebih kpd rutin.

Mungkin kerana itu kita jadi mudah jemu dan mula mempersoalkan apa yg kita lakukan. Kenapa aku?? Kenapa aku yg selalu buat itu..ini??? Bila ini sentiasa menghantui kita akan mula bermonolog dlm diri..kita akan jadi lebih bersifat penting diri.. kita akan cari jalan utk bolos dr tanggungjawab. Apa yg kita cari hanyalah nak mencipta waktu senggang..waktu yg berhibur..waktu santai...

Secara tak langsung cinta kian pudar... jiwa akan berbelah bagi.

Bukan bermakna tiada santai ..tiada hiburan dalam perkahwinan..tp seperti dalam sebuah jadual di waktu persekolahan..waktu santai, waktu pendidikan jasmani dan waktu riadah hanya dalam pecahan yg kecil kannn.. itu pun pastinya waktu2 itu pun disulami dgn aktiviti yg menjurus kpd pendidikan.. jd dlm berhibur atau berlibur, unsur pendidikan dan pembelajaran takkan terpisah... pada waktu sebegini pembelajaran tentang kemanusiaan lebih diterapkan. Bagaimana nak berkawan, bagaimana nak bekerjasama, bagaimana nak bercakap dgn betul.. ohhh banyak sgt inputnya.... Jadi, kembangkan pula keceriaan itu di dalam rumahtangga.. andai ada waktu terluang bersantailah bersama anak2 dan pasangan.. jadikan mereka faktor utk mencipta bahagia bukan faktor yg harus dipencilkan dlm mencari ketenangan..
Kerana percaya atau tidak kita sentiasa ingin lari jauh dari anak2 dan pasangan andai kita dlm stress atau ingat cari ketenangan..bagi kita mereka hanya akan menambahkan stress dan meletihkan.. Tapi pernahkah kita terfikir kenapa kita berfikir begitu??? Bagi mama, itu semua terjadi kerana masih ada EGO yg tinggi dlm diri kita.. kita masih pandang remeh kemampuan ahli dalam institusi kita.. Iya benar, sometimes..we need to be alone..tp pastikan org yg kita sayangi tidak rasa tersisih dgn kita.. jadikan mereka penyembuh duka, penghilang tekanan.. bagaimana caranya??? Istighfar banyak2... mohon keampunan.. kerana percayalah SYAITAN sentiasa mencari ruang utk memutuskan silaturrahim.. so let's fight for our LOVE.. mohon dari Allah perkuatkan hati..tambahkan rasa kasih kita pada anak2 dan pasangan..

Bagaimana kita nak elakkan dari rasa tekanan kerana merasakan tugas yg kita lakukan seharian lebih banyak dari yg dilakukan oleh pasangan kita?
Cuba kita praktiskan dan terapkan dalam diri yg itu semua satu proses pembelajaran.. tetapkan dlm minda yg semakin banyak kita belajar kita akan makin pandai... Ingat tak time sekolah dulu.. kalau kita ni suka tidur, kerja sekolah tak buat.. selalu ponteng.. kemungkinan besar kita akan terkandas.. tp jika kita rajin, sentiasa belajar, buat latihan lebih..selalu dtg kelas, Insha Allah kita akan lebih cemerlang.. Begitulah analogi yg tepat.. jadi usah risau jika dlm perkahwinan ini kita terpaksa buat lebih, kita terpaksa berkorban lebih...kerana pasti ada ganjarannya.. tak dapat di dunia.. di Akhirat pasti...asalkan segala yg kita lakukan demi Allah..

Oleh kerana itu di saat senang atau sukar..sentiasa berdoa dan beribadat pada Allah..
Bagi mama sekuat mana pun kita berusaha.. andai kita lupa pada Allah.. semua usaha kita sia2.. kita mungkin nmpk kita beroleh kesenangan tp sebenarnya kesenangan yg kita dpt itu tanpa keberkatan..Nauzubillahiminzalik..

Mama masih merangkak utk lebih memahami konsep pembelajaran dalam perkahwinan.. masih cuba utk mengikis rasa cemburu pada papa yg dilihat pd mata kasar kurang membuat kerja rumah (hihihi sorry papa..i love you)..
Mama masih mencari puncak kesabaran dlm menangani putra putri tercinta.. Namun nak atau tidak..mama kena positifkan minda.. mama tak akan mengalah kerana bg mama andai mama lemah, seluruh institusi mama akan turut lemah.. mama tak akan pertaruhkan sebuah institusi yg dibina dgn penuh kasih sayang ini runtuh dan dan tenggelam begitu saja...
Mama gagahkan juga berkongsi pendapat walaupun mama tahu mama tak layak.. mama tiada PHD dlm bidang kekeluargaan..mama tak pernah buat research..mama tak pernah tulis buku..mama pacukan juga semangat ini kerana mama nak mengurai kekusutan mama dan dlm masa sama menarik korang supaya bersama2 mama merubah cara pemikiran kita.. entahlah mama pun tak pasti adakah idea mama ni betul atau salah..namun ini adalah azam mama sekarang..mama tak boleh janjikan kesempurnaan dan mama pun tak tahu nasib mama dalam perjuangan mengukuhkan perkahwinan dan rumahtangga mama dan papa ini... namun mama akan buat yg terbaik..Insha Allah.. semoga Allah memberkati usaha mama.. semoga Redha ALLAH sentiasa memayungi REPUBLIK CINTAAMAL dan seluruh umat Islam...

Mama akan terus belajar..dan belajar... biarlah tiada penganugerahan darjah kebesaran di dunia.. tak apa..namun mama berdoa agar ada ruang utk mama bersama org2 yg soleh di dalam syurga Allah.. Insha Allah.. pastinya di syurga Allah bersama semua yg disayangi...Amin...

Wassalam..




2 comments :

sue zainun said...

cintai pasangan kita kerana Allah..
haha bab cemburu sb kurang membuat kerja rumah itu biasa..saya pon camtu..tapi lelaki ni kalau time diorg tgh rajin perghhh kalah kita..hehe

sue zainun said...

cintai pasangan kita kerana Allah..
haha bab cemburu sb kurang membuat kerja rumah itu biasa..saya pon camtu..tapi lelaki ni kalau time diorg tgh rajin perghhh kalah kita..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan