CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Monday, April 21, 2014

Faktor yg mempengaruhi pertumbuhan anak-anak

Salam semua....

Bila dok perhati anak2 syurga mama ni..


 Alahai... pernah jugak la terfikir..
  1. dah betul ke cara didikan mama ni?
  2. adakah anak mama je yang most of the time ala2 ultraman gaduh ngan raksasa?
  3. apa yg sebenarnya yg difikirkan oleh anak2 mama ni?
  4. apa org lain rasa bila tgk anak2 mama?
  5. adakah mama ni terlalu garang?
  6. adakah mama ni layak jd mama diorang?

Aihhhh..kalau nk disenaraikan mmg tak akan habis entry ni.. sbb terlalu byk soalan dlm diri mama ni.. 
Bila difikirkan balik kenapa byk soalan yg timbul...ermmm.. mama boleh buat kesimpulan iaitu =====> manusia ni mmg tak pernah puas.. terlalu kejar kesempurnaan..terlalu fikir apa org ckp pada dia..selalu nak bandingkan diri dgn orang lain..manusia yg bernama mama ni pun sama saja... namun semua tu krn terlalu sayang.. terlalu nervous nk didik anak...
Mama akui yg dlm diri mama ni mmg sentiasa ada nervous dlm memikul amanah Allah ini.. mama bimbang mama mengabaikan amanah Allah.. mama tahu anak2 yg lahir asalnya dari syurga.. meninggalkan syurga atas perintah Allah utk menghiasi kehidupan hamba Allah (ibubapa) yg lain di muka bumi... adalah menjadi tanggungjawab ibubapa utk memastikan kembalinya anak itu nanti juga ke dalam syurga... ibubapa besar tanggungjawabnya.. anak2 adalah hadiah...anak2 jua adalah ujian..
Bagaimana ibubapa mampu mendidik anak2 ke arah jln yg benar jika ibubapa itu masih bengkang bengkuk... oleh itu jom kita cuba luruskan jln kita.. jadikan anak2 kita motivasi utk pastikan kita berubah...
Mengenangkan kekurangan diri...mahu menangis mama rasanya.. tp percayalah air mata saja tak cukup...usaha dan melaksanakannya adalah yg penting..

Kat sini mama nak kongsi dr pembacaan mama..tentang faktor-faktor yg mempengaruhi pertumbuhan.. menurut kajian itu..kanak2 membesar pd peringkat yg sama tetapi pada kadar berlainan adalah disebabkan oleh:
  1. Baka : baka adalah potensi yg diwarisi spt jenis darah, warna mata, warna rambut, struktur badan dan penyakit
  2. Kesihatan ibu ketika hamil : ibu yg hamil perlu menjaga kesihatan serta pengambilan makanan yg seimbang. kesihatan rohani juga pentung..kerana itu membaca al-Quran mestilah diperbanyakkan..bacaan zikir mestilah sentiasa dibibir
  3. Trauma lahir : kesulitan ketika bersalin yg mengakibatkan kecederaan dan kecacatan fizikal boleh menjejaskan pertunbuhan bayi serta mengakibatkan gangguan mental dan emosi
  4. Pertumbuhan juga dipengaruhi oleh taraf sosio-ekonomi keluarga, kemudahan perubatan dan kesihatan
  5. Iklim : kanak2 yg hidup dlm iklim sejuk akan lebih cenderung untyk mempunyai saiz badan yg besar..
Jadi.. mulai sekarang fokus pada perkembangan anak2.. dlm masa yg sama jgn dok banding dgn anak org lain..kerana kita lebih faham anak kita.. kita lebih tahu keadaan persekitaran mereka.. 
jika kita tgk anak kita mcm ada yg tak kena..cuba cari teknik yg sewajarnya utk tackle situasi itu... jgn anggap kelainan yg wujud dlm diri anak kita itu satu masalah semata-mata..jadikan itu sebagai potensi utk lebih menjadikan anak2 kita cemerlang.. 
yg penting jgn putus asa dan sibuk nak jadikan anak kita klon kpd mana2 kanak2 yg kita rasa hebat.. biarkan anak kita cipta identiti mereka sendiri...NAMUN HARUS DIINGAT...AL-QURAN DAN SUNNAH SENTIASA JADIKAN PANDUAN.. Yg baik terus gilapkan..yg tak elok terus singkirkan..
Ya....kita ibubapa ni kena sentiasa berusaha utk kasi yg terbaik..berusahalah..berdoalah... selebihnya bertawakal kpd Allah..moga jalan yg kita pilih diberkati..moga anak2 kita jd anak yg soleh dan solehah..

Anak2 mama...mama sayaaaaaaaaaaaaangggg kamu semua.... 





0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan