CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, September 4, 2014

Bila Izrail datang memanggil..

Assalamualaikum

Semoga semua sihat dan dilimpahi rahmat Allah.

Hari ni hari yang menyedihkan.. kerana isteri kpd kawan sekampung papa telah dijemput Ilahi.. baru je lepas Isyak tadi.
Arwah memang seorang yang baik.. mama hormat dia bagai seorang kakak.

Alhamdulillah..ptg tadi mama sempat menjenguk dia di hospital. Mmg sudah kritikal.. dia ada masalah hati..
Semua berlaku dalam kadar yang cepat. Dia mula berasa tak selesa bernafas dlm 3-4 hari yg lalu.. bila dibawa ke hospital..doktor kata ada luka dan bengkak pada hatinya.. dan telah sampai tahap empat (tahap paling kritikal)

Bila mama pergi tadi..mama tengok suaminya sedang membisikkan kalimah Allah di telinga. Dia sudah lemah dan menurut seorang kawan..badannya dah tak dpt terima bekalan darah..

Dan .... selepas Isyak tadi.. papa bagitau dia dah tiada...

Al-fatihah utk arwah Kak Ni..
Semoga husnul khatimah..

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui masa dan ketika kita akan kembali pada-Nya..

Melihat situasi tersebut.. mama menjadi tersentuh..
Ya Allah.. seandainya masa aku sudah tiba..aku bermohon pada agar suamiku dan anak-anakku ada di sisiku dan membisikkan kalimahmu di telingaku..aku berharap dia akan menyembahyangkan jenazahku..membaca al-quran buatku dan mendoakanku..
Namun kutahu ya Allah ..aku hanya mampu berdoa.. kerana setiap sesuatu itu adalah atas kehendak-Mu..
Semoga husnul khatimah menjadi milikku jua..







0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan