CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tips buat SURPRISE!!!

Sunday, May 8, 2011

Spageti Kari Udang...



Bahan-bahan ( 8-10 orang )

• udang 1/2 kg

•spageti 1 peket ( basuh dan rebuskan..dalam air rebusan tambah sedikit minyak)

• rempah kari 2 senduk kecil

• cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)

• bawang merah 6 ulas*

• bawang putih 3 ulas*

• halia 1/2 inci*

• kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)

• daun kari 1 tangkai

• tauhu..(mama goreng tauhu kemudian hiris dadukan)

• udang kering sikit*

• asam keping dlm 2,3 keping

• pati santan RM3 (beli kat pasar je) @ mama beli yg dlm kotak yg sederhana besar dlm RM5 lebih)

• Bahan hiasan/ulam: telur rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api

Cara-cara

1. Tumbuk bahan *

2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.

3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih

5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari

6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.

7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu, kacau-kacau dan tutup api. Tauhu ni kalau nak dicampurkan sebagai bahan hiasan ketika menghidang pun ok..

8. Masukkan spageti dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

 
Selamat mencuba....
 
p/s: kalau nak sedap banyakkan bawang merah dan udang kering....boleh tambah fishball dan fishcake...

1 comments :

mama tims said...

wah sedapnya...nnti nak tyr lah..

saya folo simple mama..jom terjah blog saya lak..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan