Assalamualaikum...Morning peepssss... Hari ni pagi lagi mama buka wilayah mama ni... rindu sebenarnya...
Harap kawan2 semua sihat ye... mama sihat....sihat sgt..gebu2 lagi...hohoho...
Anak2 sihat tak??? Alhamdulillah anak2 mama semua sihat...
Hari ni mama nak share satu resepi yg mudah dan sedap la jugak (tak nak riak..tp papa suka)...anak2 pun suka...
AYAM BAKAR SIMPLEMAMA
Bahan-bahan
Setengah ekor ayam..
*1 batang serai
*1 inci halia
*1 1/2 sudu lada hitam (guna sos black pepper pun boleh)
*3 ulas bawang putih
*1/2 labu bwg besar
*sedikit garam
*sedikit gula
semua bahan yg bertanda * hendaklah ditumbuk or blender
Selepas ditumbuk, lumurkan pada ayam bersama sedikit kicap manis, dua sudu sos tiram dan kiub ayam..
Perapkan ayam tersebut dalam 15- 30 minit...
Selepas tu dibakar... mama guna pemanggang ajaib IKAN... yg mana2 pun sama je...dalam oven pun boleh.. sebelum dibakar mama sapu sikit minyak jagung pada pemanggang...kalau sapu butter lg best..tp jgn la letak minyak dan butter byk sgt tau. just oles2 gitu je....
Selamat mencuba.....
Mood gembira bila dapat award
18 hours ago
0 comments :
Post a Comment