Hari ni mama nak kongsi resepi yg mudah dan simple...sesuai la dgn title mama.. haha.. mama tak akan bagi resepi yg complicated ok.. sebab matlamat mama kongsi ni nak mengajak biar semua suka memasak.. if nak masak pro tu mama bukanlah sifu yg sesuai.. hehe...
Alkisahnya papa balik dari futsal semalam.. ermm belum makan..so mama pun nak memasak la..hihi.. berdasarkan komen papa dua hari lepas yg mama sudah lama tak masak... actually papa.. bkn tak memasak langsung ye.. tp jarang2.. bkn apa.. tak sempat...(alasan global..hahaha)
So mama pun ke dapur.. mencari bahan utk dimasak.. berlegar2 dlm kepala... apa yg nak dimasak..
Mak mentua cakap ada tulang.. so mama rebus... nnt buat air asam je.. goreng ayam.. bakar ikan cencaru.. dan resepi of the day SOSEJ MASAK SAMBAL...
Ini kerana papa suka mkn benda yg bersambal atau masak merah... nak buat telur masak merah mcm dah biasa... lagipun dah lama mama beli sosej ni.. tak terbuat pun lagi... cubalah..
Bhn2:
Sosej di potong dua.. (tak nak panjang sgt..mcm tak cantik) mama guna dlm 6 batang
* 1/2 labu bawang besar
* 1 inci halia
* 2 ulas bwg putih
* 2 tangkai cili kering
1 tangkai cili merah besar - dipotong serong
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
garam secukup rasa
sedikit mixed herbs
1/2 cwn air
Minyak utk menumis
bahan yg bertanda * hendaklah dikisar atau ditumbuk
Cara membuatnya:
Panaskan sedikit minyak..Tumis bahan yg dikisar sampai naik baunya dan minyaknya.. kemudian masukkan kicap..sedikit sos cili... kacau lagi..
Masukkan sedikit air.. kacau sehingga mendidih
Perasakan dgn garam
Masukkan sosej.. kacau hingga sebati
Masukkan cili merah yg dipotong serong... kacau lagi..
Masukkan mixed herb.. kecilkan api ...kacau biar sebati..
Siap...
Senangkan.. Boleh sesiapa yg sudi mencuba.. satu kelainan..tidaklah begitu menghampakan.. anak2 mesti suka. boleh juga diletakkan sayur campur....
Selamat mencuba.....
Mood gembira bila dapat award
14 hours ago
0 comments :
Post a Comment