CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, February 7, 2013

Ibuku perangsang JIWA

OOOhhh..letihnya...itulah rungutan mama sekarang ni.... dengan kandungan 8 bulan lebih...mama rasa nak pandu kereta satu kerja yg dah memenatkan... setiap hari bekerja mama akan hantar Iqy ke rumah pengasuh...kemudian ke tempat kerja dahulu..Uyeeh pun mama bawa bersama ke tempat kerja sebab tadika dia buka 8.30 pagi..mama tak leh drop je dia mcm tu..takkan nak tinggalkan dia sorang2...so mama ke ofis dulu, punch card dan baru ke luar semula sebab nak hantar dia..semua tu kena rushing sbb tak leh la keluar lama2 sgtkan...dlm 8.30 mama dah mulakan tugas...kalau ada kelas pagi..alahai semput la jugak...

itu pun Alhamdulillah, mak mentua mama tolong ambil Uyeeh pukul 12.00 nanti.. sekarang ni petang2 pun papa yg ambilkan Iqy sebab mama dah tak larat... balik kerja Iqy kdg2 ok..kdg2 tak... kalau time tak ok...dgn papa pun tak nak... mama la jugak.. paling teruk kalau dia yg seberat 14 kg minta di dukung..ayoyoooo..terasa nak jatuh kandungan mama... letih tak ussah ckp..tak dukung nnt malas la nak dgr dia menangis...lagi letih rasanya....

Dalam keadaan letih begitu mama gunakan pengalaman arwah ibu mama sebagai pedoman dan perangsang...
Dulu hidup ibu mama serba kekurangan... kiranya time tu mama belum ada la..... bekalan air pun belum dibekalkan di kampung..air telaga punca utama...ibu mama cakap dlm keadaan mengandung pun dia kena angkut air utk kegunaan rumah...ayah time tu tak de kat rumah sebab mengerjakan tanah hutan utk tanaman getah... kdg2 terpaksa memunggah air di sungai.. bukan sekali aje..berkali2...

Malah ibu mama juga buat kerja kampung...tiada kipas..air-cond jauh sekali...yg ada cuma terik mentari...letih mmg letih tp terpaksa diteruskan demi sesuap nasi...

Ermm banyak lagi kisah kekentalan ibu mama yg menjadi bekaln buat mama...dek kerana itu mama harus bersyukur...walaupun mama letih..tp mama masih punya kenderaan utk dipandu..tak perlu berjalan kaki macam arwah... mama juga punya bykorg yg membantu mama, tempat kerja juga selesa dan yg pasti mama ada jaminan gaji setiap bulan.. kalau arwah dan ayah dulu...semuanya memerlukan keringat..kalau tak keluar bekerja..tiadalah hasilnya....mama jauh beruntung...

Ya Allah cekalkanlah hati mama...kerana masih ramai yg lebih letih drpd mama...lagipun Allah amat membenci org yg suka mengeluh......

Wednesday, February 6, 2013

Murah!!! Tudung ala Fareeda utk dijual

Adoiii mata mama rasa mengantuk la..tersengguk di depan lappy.... korang mengantuk ke???? jom segarkan mata anda dgn melihat tudung ALA Fareeda ni..kainnya lembut dan jahitan yg rapi... Hari ni mama nak jadi saudagar tudung... mama paksa kawan mama jadi model.....awal2 lagi dia pesan agar jgn tgk pada wajah tp tgk pada tudung..hehehe...rendah diri la konon......

Saiz S.. bwh dada tp sesuai utkyg bertubuh kecil


Saiz S

Saiz M

Saiz M
 Harganya cukup MURAH.... hanya RM70 termasuk postage

memang payah la nak jumpa harga macam ni..dah termasuk postage tu....jangan lepaskan peluang.....

Kepada yg berminat sila komen di ruangan komen dgn memberikan e-mail dan no tel anda...

Hormatilah Gurumu....

GURU...ialah org yg membantu kita dalam mendapatkan ILMU... tugas menjadi seorang guru adalah tugas yg murni....skop guru itu luas..tidak terbatas di alam persekolahan sahaja... sesiapa yg sahaja yg pernah membantu kita, menunjukkan jalan, memberi nasihat...itu pun dalam kategori GURU....
Walaupun ada juga insiden guru tidak menjalankan AMANAH.. namun bukan semua begitu..jangan kerana salah seorang..terpalit segala noda ke atas semua guru... ISLAM mengiktiraf kedudukan GURU... jadi jagalah adab dgn GURUMU...


Di sini mama nak berkongsi satu artikel yg mama mmg suka baca.. mama bacanya drpd lawan web ILUVISLAM.com ....


HORMATILAH GURUMU

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diriterhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan"awak".  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.

Tuesday, February 5, 2013

PRIMADONA Malaysia di HARMONI...

Ermmm..MENYELERAKAN......SEGAR.... hehehe..itulah perasaan mama bila tgk cover Majalah Harmoni   edisi 1-15 Februari 2013...the latest one la kan....
Empat Primadona Malaysia....Erra, Raja Azura, Ziela Jalil dan Che Ta (Rozita Che Wan) melaram habis...gojes aje...walaupun sudah sampai ke usia MIDI..namun kecantikan mereka mmg class....iyalah kan artis....
Bila aje tgk majalah tu mama terus sambar...bukan sambar beli..tapi sambar dr meja kawan mama..hehehe..tapi tak sempat la baca semalam....so mama peram untuk hari ni...kalau masih panjang umur.....

Photo: Hye semuaaa..maaf sebab lambat update psl Harmoni terbaru..admin rase mesti ramai yg dah dptkan Harmoni yg menampilkan 4 Diva Primadona sbg cover ni kan?semasa Jom Fiesta UKSB baru2 ini pun kami ada buat jualan majalah keluaran terbaru ni dengan diskaun 20%..bukan mudah nak menggabungkan keempat2 mereka ni..fuhhh..Alhamdulillah berjaya jugak..:-)

Merah menyala mak ngah oiiii....menggayakan baju2 drpd pereka terkenal gitu.... Che Ta dan Erra daripada Rizman Ruzaini...Kak Engku drpd Ezuwan Ismail dan Ziela Jalil daripada Galeri Muslimah by Nora....

So kepada peminat2 mereka sila ke kedai dan beli majalah ini..sbb ada banyak lagi cerita2 menarik yg ada di dalamnya...ok lah..mama nak sambung baca.....lalalalalala....


Tanggungjawab itu AMANAH....

Tadi mama ada terbaca dalam FB seorang student mama..dia meng'update' status FB nya dgn menulis kembali apa yg pernah diperkatakan oleh seorang rakannya..juga seorang student mama..

Begini bunyinya (lebih kurang); 'Saya nak buat bandar terancang, nanti di sekeliling kolej akan ada fast food restaurant. Dan yang paling penting saya akan buat kawasan rumah lecturer jauhhh dari kolej'....

Ermmm daripada statement tu mama tau yg penyumbang idea bandar terancang itu seorang yg selalu lambat datang ke kelas..jadi dia begitu mengharap lecturernya akan datang lambat juga ke kolej agar dia tidak akan ditegur kerana kelewatannya... dan pastinya dia seorang yg begitu menggemari fast food...

Kelakar ada...geram pun ada..tapi itu luahan tulus drpdnya... tapi bagi mama azam dan ideanya agak berbunyi negatif...kerana:
  1. dia terlalu menyukai fast food..sedangkan makanan itu tidak baik utk kesihatan
  2. kenapa dia imagine di kelilingi restoren fast food...bukankah lebih baik dia berangan agar kolej di kelilingi pusat2 ilmu, pusat maklumat dan bangunan2 kerajaan yg penting atau sekurang2nya kawasan yg boleh menyegarkan minda
  3. dia tidak mahu berubah..sebaliknya dia lebih suka merubah org lain...kenapa dia nak merancang menjauhkan rumah lecturer..kenapa tidak dia cuba mendekatkan rumahnya dgn kolej...
  4. dia suka meletakkan kesalahan dirinya terhadap org lain dan mengharapkan hanya kesenangan dan kegembiraan hatinya sahaja yg dpt dipenuhi..
  5. dia seolah-olah tidak menggemari ilmu kerana dia mengharapkan penyumbang ilmu (lecturer) jauh daripada persekitarannya
Mungkin itu hanya gurauan atau interpretasi idea secara spontan drpd seorang student yg bergelut dgn krisis merancang masa... namun harus diingat dgn idea sebegitu..ia mencerminkan ideologinya terhadap kehidupannya..

Mama cuma berharap dia takkan berpegang pada idea dan perancangan yg condong ke arah negatif.. mulakan dgn merubah diri kita jika kita ingin merubah dunia... 

Cermin diri dan perkasakan minda... kerana sekiranya ada rasa TANGGUNGJAWAB di dalam diri setiap kita... Insya-Allah segala rintangan dan halangan akan dpt diatasi kerana tanggungjawab itu AMANAH daripada ALLAH...

Ini hanya pandangan peribadi mama.... tidak marah..tidak tersentap..cuma sekadar bingkisan daripada hati...

Monday, February 4, 2013

Susu DUTCH LADY perisa STRAWBERRY

Petang2 macam ni coverage Internet kat opis mama mula la ada masalah..slow sikit..... ermmm... mama dan member2 pun dah mula la beransur2 nak berkemas..hehehe...sambil tunggu azan Asar..lebih mudah solat kat ofis terus..sebab bila balik..letih la...anak2 la...

Sambil tunggu..blogwalking jap.... sambil tu tekak ni terasa haus la... ermmm jom pekena Susu Dutch Lady perisa strawberry... ermmm segar terasa... mama mmg feveret sgt kat susu ni....semua perisa mama OK JER...



Jommmm..


KHASIAT HALBA buat ibu mengandung

Assalamualaikum....apa khabar kwn2 semua....mama akhirnya dapat bersiaran selepas lama tak dtg menjengah wilayah maya mama ni...mama sibuk sikit...sibuk siapkan kerja pemfailan....(sepatutnya dah lama kena buat, tp mama asyik tangguh..hehehe..shhhhh)
Akhirnya siap jugak..baru aje lepas jumpa boss..lega...pening dan stress terbang begitu sahaja....

Hari ni mama pergi ke klinik...regular antenatal checking.. Alhamdulillah semua ok....
ermm mengikut perkiraan SISTER kat klinik tu..mama dah 34 minggu..kiranya 8 bula 2 minggu....ohhhh tak lama dah..dup..dap..dup..dap..di dalam dada......(moga semuanya dilindungi Allah swt)

So, nmpknya mama dah kena mulakan rutin mama setiap kali kehamilan mencecah 8 bulan iaitu merebus HALBA... of coz korang tau kan..apa itu halba....

Halba

Mengikut Wikipedia..Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga FABACEAE. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang. Ia digunakan sebagai kedua-duanya herba (daunnya) dan rempah (bijinya)... Kalau tanya mama ...mama tak pernah tgk daun atau pokok halba..yg mama selalu tgk ialah bijinya aje... halba selalunya kita letak dlm nasi dagang dan kuih-muih...

Ini gambar pokok halba..ambil dr khazanahalamkita
Sebenarnya halba banyak khasiatnya....dan mama ada SATU petua nak dikongsi dgn semua ibu2...yg sedang hamil dan bakal hamil....

Petua ni kakak mama yg kasi tau... bagus utk diamalkan ketika kandungan dalam 8 bulan...sehinggalah melahirkan..
Senang aje...korang ambillah beberapa sudu kecil halba..rebuskan...kemudian air rebusan itu diminum..korang boleh simpan la air rebusan itu byk2 sikit..letak dlm peti ke....dipercayai dgn meminum air rebusan halba...potensi utk darah wiladah (darah ketika melahirkan) dan nifas (darah selepas melahirkan) kita akan kurang berbau...  iyalah kan..bila melahirkan byk berlaku tumpahan darah... jadi utk menjadikan kita lebih selesa dan org yg menjaga kita pun selesa...moleklah diamalkan petua ini...

Mula2 minum..memang rasa halba tu kuat sgt..biasalah kan bau rempah..tp bersabar ek....lepas dua tiga kali minum mesti kita akan jadi biasa.....

Mama pernah mencuba utk kelahiran dulu...Alhamdulillah..takde la berbau sgt...sebab kalau darah terlalu berbau..kita rasa malu, dan paling penting kita akan jd tak selesa...proses berpantang adalah utk release so...kenalah jaga betul2 dr sudut kebersihan...

Paling penting jaga pemakanan..lebih2 lagi bila dah nak deliver...sebab itu pun boleh mempengaruhi bau darah kita...(itu kata org tua2 la....kata doktor mama tak tau).....

Selamat mencuba....jom berusaha bersama....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan