CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, May 15, 2013

Jangan selalu meminta...

Pepatah ada mengatakan yang tangan yg memberi lebih baik drpd yang menerima.. itu sebenarnya suatu motivasi bagi kita semua utk selalu bersedekah dan mengeluarkan zakat.. zakat bermakna SUBUR.. jadi apabila kita berzakat, Insya-Allah akan semakin suburlah harta kita...

Mengapa mama mengeluarkan topik ini??? Ini semua kerana mama baru aje sembang2 dgn mak mentua mama (Ma).. Ma cakap esok dia dapat tempahan makaroni bakar sebanyak tujuh biji daripada org yg dah tempah dgn dia dua hari lepas... Org tu ialah cucu kpd seorg makcik yg selalu buat tempahan makaroni dgn Ma... Ma ckp makcik tu suruh buat 1 biji makaroni bakar percuma buat dia...
Mama pun mcm terkejut sbb seingat mama dua hari lepas dia dah minta... esok minta lagi...
Sekarang bukan isu Ma tak nak buat utk dia dan beri secara percuma..bukan juga Ma tak ikhlas.. tapi sepatutnya makcik tu agak2 la sebab tak kan setiap kali buat order nak yg percuma...  Untuk pengetahuan semua, setiap kali makcik tu buat order mesti dia tanya... ada lebih tak, ada yg free tak...rgSepatutnya makcik fahamlah Ma kan berniaga... Kalau ada lebih, tak perlu minta..Ma mesti baginya..

Bukankah lebih elok sekiranya org memberi secara ikhlas tanpa perlu kita meminta.. kerana sifat itu akan menjadi tabiat... mengaibkan diri sendiri... sekali dua takpe la..lama2 siapa yg tak tension.. rupa-rupanya makcik tu mmg selalu menjadi bualan.. ini kerana dia sentiasa aje cuba nak meminta kat mana sahaja dia pergi...

Niat mama bukan nak membuka aib org tapi sekadar utk sama2 mengingatkan diri sendiri dan kwn2 mama yg mama syg... jgn sesekali suka meminta walaupun dgn seseorg yg kita rapat... kerana ia akan menjadi tabiat yg boleh menjatuhkan maruah kita.. semaikanlah perasaan malu dlm diri..kerana Rasulullah s.a.w juga seorang yg pemalu.... Ukhuwah sesama kita juga akan tercemar sekiranya sikap itu menjadi amalan..

Kepada yg berkemampuan..teruskan memberi dgn ikhlas..krn ganjaran Allah itu cukup besar..

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan