Sudah 55 tahun usia kemerdekaan MALAYSIA...
nasib baik adik ipar mama segera bagi tahu yg malam ni ialah malam Merdeka..dan bunyi macam tu kan perkara biasa dan tak dpt dielakkan....
Ya Allah..mama lupa...
Menyorot kenangan kemerdekaan dulu..mama memang rasa mcm tak lengkap kalau malam merdeka tak dgr laungan keramat Merdeka!Merdeka!Merdeka!.... dan of coz mama nak sgt tgk bunga api..begitu indah bagi mama..tatkal laungan kemerdekaan kedengaran pasti aje darah mama akan menyirap dan semangat patriotisme bagaikan mengalir deras dlm setiap rongga tubuh mama....
Kenangan paling indah ialah bila dapat menyambut kemerdekaan bersama kwn2 di Dataran Ilmu di UiTM dulu....kami bersama2 melaungkan kemerdekaan..menyanyi lagu2 patriotik dan menonton persembahan kemerdekaan. Malah UiTM tempat mama belajar sentiasa menganjurkan Karnival Kemerdekaan...
Tapi kini semangat menyambut seakan pudar..bukan bermakna mama tak sayang Malaysia..tak berterima kasih..tak endah pada keamanan......bukan...mama sayang Malaysia....mama sentiasa bersyukur dan berterima kasih kerana dilahirkan di sini...
Malaysia..maafkan mama....
0 comments :
Post a Comment