CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, August 9, 2011

Resipi Ramadhan: Kerabu Sotong

Mama memang dari sebelum Ramadhan lagi mama dah berniat..mama akan memasak utk berbuka...tp mama tau memang sukar sb Reefqy akan sentiasa memastikan mamanya tak buat apa2 kerja selain bermain dan berbaring dgnnya...kalau dia bad mood..ngan papa pun tak nak...
Utk masak semua lauk..memang mustahil bg mama yg dok ngan family in-law...iyalah kan ramai...kalau kami dok umah sendiri...mama sanggup utk buat full hidangan everyday..(iye ke???)..

Tp kalau dapat memasak 1 perkara utk tambah2 apa yg mak mentua mama masak pun mama dah gembira...puas hati tgk papa dan anak2 makan apa yg mama masak...

Dek kerana mama dah lama tak menulis kat blog..mama dah tertinggal utk menulis resepi hari pertama mama...

Ini dia...

KERABU SOTONG

Bhn2
300 gram sotong - dipotong cincin
3 sudu besar sos ikan
1 sudu makan gula merah / gula melaka - dilarutkan dgn sedikit air
1 biji bwg besar merah -didadukan
Kacang panjang - dipotong kecil2
Tomato - didadukan
Daun ketumbar - dipotong halus2
Sebiji lada besar merah - dipotong serong nipis2
3 biji cilipadi - dipotong kecil2
Sebiji limau nipis

Cara membuatnya...
1. Rebus sotong yg telah dipotong cincin
2. Campurkan bwg besar, kacang panjang, tomato, lada besar merah, cilipadi dan daun ketumbar
3. Masukkan sotong rebus yg telah ditoskan ke dalam campuran sayuran td
4. Perisakan dgn gula merah yg telah dilarutkan
5. Masukkan sos ikan...gaulkan
6. Perah limau nipis ke atasnya..gaulkan
7. Siap utk dihidangkan


* nota kaki

  1. korang leh tukar je sayur2 tu atau tambah jenis sayur lain...cth sayur yg biasa orang gak ialah salad, kacang botol dan bunga kantan.
  2. Gula dan sos ikan boleh ditambah mengikut selera..tak perlu garam sb sos ikan dah masin
  3. asam limau nipis pun boleh ditambah sekiranya suka masam macam mama.....
  4. Secret resipi ialah gula perang tu..korang leh guna gula melaka atau manisan dari nira kelapa (kelantan)..jgn guna gula biasa...kurang kick.....hehehe






0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan