Assalamualaikum
Terkadang kita berada di persimpangan dilema utk membezakan sesuatu tindakan itu benar atau salah..
Kenapa??
Sebab terlalu banyak perkara yg berlaku mempunyai sebab dan jawapan yg subjektif.. jawapan yg memerlukan pertimbangan dari segala sudut.. mungkin benar di pihak kita.. tapi salah di pemikiran pihak lain dan begitulah sebaliknya...
Umpamakan permasalahan kita seperti bumi ... bumi itu bulat..tiada sudut tepat utk menentukan penjurunya...apa yg mampu kita lakukan hanyalah mencipta dan mengandaikan simetri di dalamnya.. maka wujudnya sudut yg kita agungkan kebenarannya..
Begitulah jua permasalahan kita.. kita mencipta pelbagai bentuk bayangan, andaian, pembuktian utk menyelesaikannya.. tanpa kita sedar itu adalah dari konteks dan perspektif kita semata..
Mungkin terdapat perbedaan dalam sorotan perspektif orang lain..
Jesteru..lapangkan dada..buang keegoan. Bagi ruang untuk orang lain berhujah... beri kesempatan untuk insan lain membentangkan idea mereka..
Semua orang bebas untuk bereksperimentasi..bebas mencipta perisai melindungi jiwa dan raga..
Gunakan akal.. pastinya akal yang sihat adalah hasil dari disuburi oleh iman kepada Allah S.W.T.
Ingatlah sebijak mana seseorang manusia tidak akan pernah mampu menandingi Allah Yang Maha Bijaksana..
Usah takbur wahai jiwa yang lemah.. semua yang kita ada hanyalah pinjaman dari Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah..
Himpunkanlah segala kekuatan akal dan keimanan yang kuat supaya kami mampu membuat segala pertimbangan dengan adil, benar dan semata-mata demi meraih keredhaan-Mu..
Bicara ini buat diriku..
Bicara ini buat kekasihku...
Bicara ini buat zuriatku..
Bicara ini buat yang menyayangi..
Beli apa kat Decathlon?
7 hours ago
0 comments :
Post a Comment