CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, May 19, 2011

Cabaran 1


Nampaknya mama dah bersiap untuk bertempur...(baru bersiap????orang lain dah nak habis dah..hahaha..) biasa la orang yang beranak dua ni..byk urat dah putus..so lambat la sikit..hehehe...
CABARAN PERTAMA: 10 THINGS ABOUT YOU...ermmmmm...

1. Seorang isteri yang solehah..hehehe (love you PAPA)


2. Seorang MAMA kepada DUA orang superhero




3. Seorang yang sangat menyayangi mek (arwah) dan ayah

4. Seorang yang sangat sayang BLOGnya...

5. Seorang yang rapat dan sayang 5 orang kakaknya (kami ALL girls)


6. Seorang yang suka berterus-terang

7. Seorang LECTURER yang tegas tapi baik hati..hehehe(angkat bakul sikit)



8. Seorang yang menyayangi BESTIESnya (5 sekawan)


9. Seorang yang suka tengok cerita KOREA dan JEPUN




10. Seorang yang merupakan 'ngefan' habis ngan FAIZAL TAHIR...


Nota kaki: banyak lagi tentang mama....itu kena kenal sendiri la ye...tak kenal maka tak cinta...dah kenal asyik nak bercinta jer......hehehe...

Monday, May 16, 2011

CABARAN 10!

Tadi mama jenjalan kat belog SHERAH...ermmmm rupa2nya adik comel kita ni buat satu game...ala2 cerita 10 things I hate abaout you...jeng..jeng..jeng....perkara tu dia dah tetapkan....hehehe...

Mama ingat nak join la...macam best je....hehehe...tapi ni macam game utk anak2 remaja..tapi hentam je la ye....


Actually benda cenggini bagus untuk buat kita yang takde idea utk terus menulis..iya la kekadang tak tau nak tulis apa.....lagipun leh berkenal2 dgn ramai orang...
Mama ingat nak start esok...jom sesamer kita memeriahkan game ni...

Selamat Hari Guru!!!!!

Mama nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat dua orang kakak mama Kak Ma dan Kak Ya...tak lupa untuk semua guru yang pernah membimbing mama...dan semestinya buat rakan blogger yang bergelar guru...termasuk sama seluruh guru di MALAYSIA ini dan dunia...

Dalam byk2 tu mama paling nak ucap...I"M SORRY pada guru2 mama...mama tau mama agak nakal ...hehehe...


Jasa cikgu2 tak terbalas...tapi mama akui ada juga guru yang mengguris hati mama..ini kes double standard...tak dinafikan ada cikgu yang terlampau mengagungkan pelajar yang pandai je dan of coz yang kaya...ermmmm...macam sedih la kalau macam tu....mama harap cikgu2 semua akan maintain profesionalisme...kadang2 murid2 ni memberontak sebab kes cenggini la...benda tu dok membengkak dalam hati...last2..jadi nakal..

Tadi mama ada dgr dalam radio HOT.fm.. cerita pasal seorang yang minta maaf dari guru disiplinnya kerana time sekolah dulu dia pernah sorok rotan cikgu tu sebanyak 3 kali.dan cikgu tu tak tau..cikgu tu sumpah..sesiapa yang sorok rotan dia..bila besar nanti akan BEDAH orang..berkat sumpahan cikgunya...dia dah berjaya jadi DOKTOR..mulia sungguh cikgu tu...sumpah pun benda2 baik...mungkin cikgu2 kena contohi cikgu cenggitu...

Mama masih ingat kat dinding pagar sekolah rendah mama...SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI PIAH..ada satu sajak yang cukup bermakna buat cikgu2...bila ingat time sek rendah..mama ingat sangat kat cikgu matematik mama..CIKGU ROSLAN...cikgu yang suka cubit orang..tak kira salah ke tidak..kita bertembung je ngan dia..dia dok kalut nak cubit orang..bergurau katanya..tapi itu antara cikgu yang mama sayang...rindu cikgu...


SELAMAT HARI GURU......

Sunday, May 8, 2011

Spageti Kari Udang...



Bahan-bahan ( 8-10 orang )

• udang 1/2 kg

•spageti 1 peket ( basuh dan rebuskan..dalam air rebusan tambah sedikit minyak)

• rempah kari 2 senduk kecil

• cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)

• bawang merah 6 ulas*

• bawang putih 3 ulas*

• halia 1/2 inci*

• kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)

• daun kari 1 tangkai

• tauhu..(mama goreng tauhu kemudian hiris dadukan)

• udang kering sikit*

• asam keping dlm 2,3 keping

• pati santan RM3 (beli kat pasar je) @ mama beli yg dlm kotak yg sederhana besar dlm RM5 lebih)

• Bahan hiasan/ulam: telur rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api

Cara-cara

1. Tumbuk bahan *

2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.

3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih

5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari

6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.

7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu, kacau-kacau dan tutup api. Tauhu ni kalau nak dicampurkan sebagai bahan hiasan ketika menghidang pun ok..

8. Masukkan spageti dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

 
Selamat mencuba....
 
p/s: kalau nak sedap banyakkan bawang merah dan udang kering....boleh tambah fishball dan fishcake...

LELAKI MASKULIN....

Eh ni ke juara lelaki maskulin yang terbaru???? hahaha....


Adoiiiii..ini sebenarnya LELAKI MASLUKIN di hati mama......Papa lengkap bersut sempena SANTAPAN Diraja bersama SULTAN MOHAMMAD ke-5 di KLCC semalam...

Sempat lagi tu MMS gambar untuk mama.....

Happy MOMMA's DAY!!!!!

Oh ...indahnya hari ni.....HARI IBU....
Mama gembira sebab mama salah seorang yang meraikannya..

Mama nak ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk..

MEK mama...SITI FATIMAH BT YAJID..

Sesungguhnya mama amat menyayanginya...walaupun mama harus terima hakikat...ALLAH lebih menyayanginya......semoga mek bahagia di sana....pastinya SYURGAlah tempatmu wahai ibuku......THANK YOU FOR EVERYTHING....Terima kasih sebab sanggup bersabar membesarkan dan membahagiakan kami puteri2mu..sanggup mendengar omelan dan kritikan kami...terutama aku yang sentiasa melukakan hatimu...maaf kerana selalu membuatkanmu bersedih dan mengalirkan jernih mutiara dari matamu yang bundar.......sesengguhnya kami amat merinduimu...walaupun ku tahu masa tak dapat diundurkan lagi..tapi aku sentiasa berharap ...aku REDHA dengan pemergianmu tapi hati ini tak dapat menolak terlalu merinduimu...Kau terlalu ISTIMEWA..

SELAMAT HARI IBU dan TERIMA KASIH YANG teramat juga untuk ibu mertuaku..MAZIAH BT MAMAT...sesungguhnya kau terlalu istimewa dan baik terhadapku....kaulah tempat ku melepas segala kerinduan buat mek...
Baktimu terlalu banyak walaupun aku baru sahaja menjadi anakmu selama 4 tahun....kau telah kuanggap sebagai ibu kandungku.....

Selamat hari ibu buat semua kakak2 mama yang tersayang...kamu semua terlalu bererti buat diri ini....selalu ada di kala susah dan senang.....terima kasih kerana bersabar dengan ku yang begini dan sentiasa menyokongku......tanpa kalian..tidak bermakna hidup ini..

Selamat hari ibu juga buat semua kengkawan dan bloggers semua..to all MY CLICKS yang telah bergelar ibu.....SELAMAT HARI IBU....

Thursday, May 5, 2011

SHAQ MENTOR kemalangan!!!

Korang masih ingat SHAQ tak..ala yang masuk MENTOR 4 tu...



Yang jadi PROTEGE Mas Idayu...hahhhhh..mesti ingat kan...


SHAQ baru je terlibat dalam kemalangan semasa menyertai jelajah 4x4...Pajero yang dinaikinya terjatuh ke dalma gaung setinggi 8 meter lebih kurang..itu menurut informer mama la...cheewah mama pun dah ada informer...
Sebenarnya SHAQ pergi ikut konvoi ke dalam hutan di JELI..dia pergi pun dgn ggeng2 jiran mama..sebenarnya SHAQ selalu je datang lepak2 dan berkaraoke kat kawasan mama tinggal ni...ermmm kesian SHAQ..baru je minggu lepas mama jumpa dia kat Pasar Tani Wakaf Che yeh...

Sekarang ni SHAQ dok kat hospital..kritikal jugak..sama2 la kita doakan ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan