CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, November 17, 2015

Some Things Are Better Left Unsaid

Assalamualaikum..

Siapa suka main sorok-sorok.. hide and seek.. hihi.. uihhhh kita kalau zaman dulu agenda wajib la tu petang-petang..awal-awal lagi janji ngan member.. biasanya lepas asar la kan.. kalau time cuti sekolah..pagi2 lagi pun ada yg dah start main..
Kali time jadi si pencari tu..fuhhhh stressnya tuhan je tau kalau susah nk jumpa yg menyorok..

Apa yg kita dpt dari main sorok-sorok tu?
Kita dpt peluang utk sorokkan diri kita..sembunyikan diri kita.. sedaya upaya cari tempat yg baik punyerrrr...
Dan si pencari tu dgn sedaya upayanya mencari..
Kebiasaannya dpt la jumpa..kalau si pencari tu surrender pun.. kita tetap akan keluar dr tempat kita sembunyi..dan org akan tahu juga..
Iyalah...boring juga atau paling tak boleh blah...lama2 nanti kena sorok dek hantu baru tauuuu..hihi

Begitulah dalam hidup kita... kita terkadang cuba menyorokkan sesuatu.. tanpa kita sedar.. bukan selamanya kita mampu sembunyikannya..suatu hr nanti pasti ada org yg tahu.. atau lebih teruk lagi..kita yg mendedahkannya sendiri tanpa tidak disengajakan atau disengajakan..
Tak mustahil kita akan terlepas cakap..jd secara tak sengaja kita mendedahkan..
Dan kita mungkin akan directly bagi tahu semuanya bila kita sendiri dah tak mampu menanggungnya lagi..

Sebagai manusia yang lemah kita sentiasa lupa..kita terlalu ingin menyembunyikan sesuatu kerana perasaan bimbang, takut, malu dan lain2 kepada manusia..
Jesteru itulah..org yg tak mahu berpuasa di bulan Ramadhan secara sengaja sanggup mkn bawah katil, dlm semak dan tempat yg tragis lg hanya krn tak mahu org tahu..takut org tangkap..takut kena usung dlm van jenazah..takut mak marah...malu dgn org...

Kita lupa ada Yang Maha Berkuasa yang sentiasa memantau kita.. tp kenapa kita hanya takut pada manusia? Kenapa kita tidak takut langsung pada Allah..temanya senang..ini adalah kerana mata kasar takkan pernah dapat melihat kewujudan Allah..Nafsu di dalam hati dan diri telah menutup segala mata hati..

Tapi pernah dengar tak satu quote "Some Things Are Better Left Unsaid" --------> biarkan terus terbuku di situ..usah diberitahu, usah dirungkai seandainya jika kita tahu pendedahannya hanya akan menambah derita..

Terkadang kita tak mampu nak luah apa yg tersirat kerana bimbang lebih memudaratkan.. jika itu ketentuan, satu pertimbangan yang jitu perlu dilakukan.. kerana banyak aspek perlu difikirkan.. adakah itu bersifat menutup pekung di dada atau bersifat pembelaan.

Mohonlah petunjuk dari Allah... sekiranya menyembunyikan itu adalah yang terbaik.. mohonlah agar Allah menjaga setiap sudut peluang rahsia itu akan terdedah. Mohon Allah pelihara setiap aib yang terbentang.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui....

Happy Birthday Papa Amriel Gonzales..

Assalamualaikum..

Walawehhhh lamanya tak menjenguk kat sini...

Hari ni pun dah 17 November 2015

Dah lepas 3 hari dah birthday sayang manjaku suami tercinta..

Birthdaynya pada 14 November...

Sayang, sorry tahun ni mama tak ada di samping papa untuk meraikan hari bahagia papa..dan mama masih bagi apa pun kat papa..

Tahun ni papa so busy dengan program sampaikan birthday sendiri pun tak ingat..

Semoga papa bahagia dunia akhirat..jadi lelaki yang soleh di dunia dan akhirat..
mama dan anak2 sayang papa forever...
Moga impian kita akan tercapai..

Nanti kita jumpa next week ye.. love you so much...

Sunday, September 6, 2015

Selamat Hari Lahir Mama

Assalamualaikum

Throwback entry...ngeh3x

This year.. mama dah 33 tahun..
hihi...
dah tua la sayang.

Alhamdulillah diberi kesempatan utk bersama dgn papa,anak3 dan family..

Birthday mama pada 30 Ogos
so dekat ngan hari merdeka..so senang la nak balik..cuti byk sikit..gini la hidup org di perantauan..dok mengira cuti je..hihi

So hari tu papa bawa mama g jln2.papa minta cuti..keh3x.. tq sayang...

Happy birthday to me.. tq pada arwah mek (al-Fatihah) dan ayah..sbb menjadi malaikat yg melahirkan mama ke dunia ini..

semoga tahun menjadi tahun yg penuh keberkatan kpd mama dan famili dan seluruh umat Islam semua..






Tq papa for the card and gift..mama betul2 tak sangka..love u so much..

Semoga kasih sayang dan cinta kita kekal buat selamanya...semiga hidup kita sentiasa diberkati Allah..



Saturday, August 22, 2015

Kepulangan yang dinanti

Assalamualaikum

Selepas kahwin, mama tinggal dgn famili mentua...Alhamdulillah famili mentua mmg baik... tapi setiap ptg Khamis smama mmg dah gelisah utk pulang ke kg mama..tak jd hal sbb dlm 20 minit dah sampai..
Ramai yg tanya "memang balik tiap minggu ke?"
Atau juga yg ckp "ooo..kalau hr cuti tak jumpa la dia sini (kat umah mentua)"
Tapi sebenarnya ada juga masa yg mama tak balik.. lebih2 lg kalau ada event atau ada sesuatu yg penting di rumah mentua..
Awal-awal kahwin pun papa ada jugak ckp "kenapa selalu tak sabar nk balik, bknnya jauh pun lgpun tiap2 minggu balik?"
Jawapan yg mama pun tak tau nk jawab. Tapi yg pasti waktu itu mama rindu mek (kini arwah Al-fatihah), ayah dan rumah. Mama rindu wajah mek yg pasti duduk di pintu rumah setiap petang Khamis walaupun mama tak call pun cakap nak pulang..
"Kenapa mek dok sini?" tanya mama..
"Dok eh..sajo ambik angin" atau mcm2 lagi alasannya..
Tapi mama tahu dia tunggu mama..dia mmg hrp mama balik.. ayah yg gemar membaca kat meja makan akan segera ke muka pintu dgn wajah yg ceria.. Ya..mama tahu mereka mengharap kami pulang..tapi mereka tak pernah telefon suruh balik sbb mereka tahu mama sudah jadi isteri orang..
Mama terlalu rindu seraut wajah mek..
Kini bila pulang..selepas mek telah 'pergi' seraut wajah ayah yg tersenyum riang sahaja yg tinggal.

Saat yg paling sedih ketika mek masih ada ialah ketika kami anak2nya ingin pulang...dia akan duduk di birai tangga dan tersenyum nipis.. seolah sengaja menenangkan diri walhal dia merasa sedih.. lambaian mek sentiasa meruntun hati mama..pastinya hati kakak2 mama yg lain..

Dan kini sampai sekarang...setiap kali nak tinggalkan rumah..mama sentiasa membayangkan mek melambai-lambaikan tangan..

Dan sekarang mama tak berpeluang lagi bertemu mek..insha Allah di syurga kita bersua..semoga kita insan terpilih..

Jadi bagi sesiapa saja..selagi berpeluang..telefon lah ibu. pulanglah ke kampung kerana kita tak tahu apa akan terjadi nanti.. adakah kepulangan dulu sama dgn kepulangan hari ini..

Semoga Allah memberkati dan mengampunkan dosa ibu bapaku ..ibu bapa mentuaku..suamiku..kaum keluarga..anak2 dan seluruh umat Islam...


Thursday, August 20, 2015

Hati yang tersakiti

Assalamualaikum ..

Berbicara soal hati ni memang tak pernah habis. Tak akan habis..

Daripada perkataan HATI.. terlalu banyak interpretasi yang dapat kita huraikan.

Soal hati memang rumit..

Bagi mama hati ni sesuatu yang cepat bagi reaksi.. apatah lagi jika dicuit oleh sesuatu yg bermakna..

Jadi hati ni memang mempunyai hubungan yang cukup kuat dengan fikiran dan iman kita.

Apa akan jadi jika hati disakiti... tahap kesakitan pada hati dikawal oleh oleh fikiran.. sebagai contoh jika orang yang menyakiti itu ialah orang yg kita sayang..sakit yang kita rasai bertambah.. jika terlalu kejam diperlaku...kesakitan hati akan kuat terasa.
Di saat itu keimanan dalam diri amat didambakan agar kita dapat membuat keputusan berdasarkan iman.

too much to tell.. suddenly i'm totally out...sorry...





Wednesday, August 19, 2015

Raya yang lalu...

Assalamualaikum...

Lamanyaaa ya Allah tidak menulis kat sini... lupa? jemu?
Oh tidakkkk..mana mungkin.
Inilah satu-satunya tempat mama berkongsi masalah..luahan.. dan ideal..kat sini je segala itu bersemadi dan terus terukir..kalau nak luah kat tempat lain..mungkin ada yang tak nak dengar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri..hahaha

Baru berkesempatan....sorriiiiii..

Untuk kenangan di hari tua..mama tepekkan gambar raya kami kat sini...


Ni raya pertama..berjubah kami tahun ni

Ni raya kedua...

Soo..ampuni dosa mama ye...

Kosong-kosong temanya

Saturday, July 25, 2015

Rindu mek..

Assalamualaikum

Di saat ini..mama terlalu rindu kpd arwah mek..
Terlalu rindu..
Alhamdulillah raya yg lalu...sempat juga mama melawat kubur mek..
Lawatan kubur hanyalah simbolik..kerana setiap hr tak pernah sekali..ingatan ini padam dari merindui insan yg paling byk berjasa kpd diri ini..

Kekesalan sentiasa ada krn tak dpt menjalankan tugas sebagai anak yg solehah..ampunkan anakmu yg kuat menentangmu ini dulu wahai mek...
Anak yg kasar dan selalu ingin menang..anak yg kadang malu dgn dirimu..anak yg jahil yg sentiasa merasakan ibubapa org lain lebih baik..

Ya Allah byknya dosaku..namun mama yakin mek sentiasa menghalalkan dan memaafkan anak yg cukup berdosa ini..kerana hati mek terlalu mulia..

Dalam tegasmu...dalam leteranmu..dalam rengusanmu..terkandung kasih sayang...hanya anakmu ini yg jahil..yg dangkal...ampunilah anakmu ini..

Kehilanganmu bagai meragut separuh nyawa anakmu ini... tanpa mama sedar, mek adalah sumber kekuatan mama..doa mek yg sentiasa mengiringi hidup mama.. doa seorang ibu yg tiada berhijab..terus kpd Allah..insha Allah..

Dan sekarang..mama kehilangan doa tersebut..

Namun keyakinan mama sentiasa ada... doa-doa mek masih kekal mengiringi anak-anak mek..kejayaan kami adalah dari doa mek yg tak pernah henti kepada Allah..doa seorang ayah yg tak pernah jemu bermunajat kpd Allah kerana sayangkan anak-anak..

Terima kasih mek dan ayah..

Selamat hari raya.. rindu nak berhari raya dgn mek..Alhamdulillah masih ada ayah...

Semoga arwah mek bahagia bersemadi di sisi Allah..kami pasti menyusul..moga ada ruang utk kita bersama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan