CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, December 11, 2012

Penikahan Betty Banafe dan Bruce Dargus..

Hari ni baru mama sempat tgk gambar nikah Betty dan Bruce pada 8 Disember 2012 yg lalu....meriah jugak...ermmm kalau nak meriah lagi kena tunggu gambar majlis resepsi mereka 12 Desimber 2012..esok la tu....

Kredit untuk SAZA STUDIO untuk gambar2 ni...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Tahniah dan semoga bahagia selalu....


Amukan Piala Seekor Kambing...

Sejak semalam byk org yg buat statement persis amukan kat ASTRO kerana menunda siaran drama 'PIALA SEEKOR KAMBING'...



Kebanyakan penonton tak percaya dgn alasan gangguan teknikal..mereka menganggap Astro telah mengkhianati janji dan bersifat tidak adil...

Papa kat rumah semalam pun marah2 sbb dia bersungguh tunggu cerita tu.....mama yg mmg jarang tgk tv tak berkesempatan pun nak tgk promo..so mama baru tau semalam la..

Kenapa ek tak disiarkan..itu hanya pihak Astro yg mampu menjawab...setakat ni ramai yg tidak berpuashati memberikan komen dekat laman FB Astro..tp takde pun admin dr Astro yg merungkai permasalahan atau meminta maaf....of coz la kebanyakannya org Kelantan....ermmm..bekeng2 org Kelate nih..jgn dok main...

Namun mama syok gak tgk situasi ni...ini menunjukkan peminat mmg menunggu hasil kerja Sabri Yunus dan mengharapkan yg terbaik drpd beliau..mungkin kerana sebelum ni pun kita mmg sentiasa tidak pernah dihampakan oleh beliau...buktinya drama Sanggul Beracun, Parut Asyikin dan Tali mendapat sambutan dan komen yg memberangsangkan dr peminat drama Melayu tanahair..Malah drama Sanggul Beracun memenangi banyak anugerah...

Mama benar2 berharap yg pihak Astro akan cuba memberikan penjelasan yg menyakinkan dan tidak memberikan jawapan krisye aje... Ini demi menjaga kredibiliti Astro sendiri....



Selamat menonton apabila Astro telah bersedia menyiarkannya...ada yg kata akan disiarkan pukul 4 ptg hari ni...tak berapa relevan sbb time tu bukan time perdana....pastu ramai yg masih bekerja..tension betul....


Sunday, December 9, 2012

Ini bukan kerana POLITIK..

Hari ni mama nak kongsi gambar yang ter'share' dalam FB mama..tapi awal2 lagi mama nak bagitau yg takde niat nak berpolitik atau menghina mana2 pemimpin..cuma mama naka share sebab gambar yg ala2 karikatur ni kelakar dan cantik...mengusik hati mama di pagi yg hening ni....sorry kepada yg terasa atau merasakan mama melampau ok..mama tak berniat pun....


Amacam..cantik tak..untuk menikmati hasil seni ini..usah letak kepentingan politik di peringkat utama pemikiran..just enjoy..hehehe....ok..peace darling...

Sunday, December 2, 2012

Kelab Juara Masterchef..hehehe

Tadi jalan2 kat FB Dr Ezani..terjumpalah gambar2 cun malam tadi....

Muka nak lebih kurang je kan... pandai masak dan educated...wanita pilihan abad ini.....


Comei sungguh Che Lah, Etiqa dan Ezani...org cantik pun boleh masak tau...hehehehe...

Izyan JUARA Masterchef ke-2..

Akhirnya selepas melalui episod2 mencabar... juara Masterchef musim kedua telah berjaya kita tahu jawapannya semalam..

Tahniah kepada Izyan....

Photo: #MasterChefMY2 - Tahniah kepada IZYAN yang telah dinobatkan sebagai JUARA MasterChef Malaysia 2!

Photo: #MasterChefMY2 - Gambar Izyan selepas tamat 3 jam memasak..

Berjaya menewaskan Along

Photo: #MasterChefMY2 - Along dengan muka puas selepas tamat cabaran..

dan..Ah Hong...

Photo: #MasterChefMY2 - Ah Hong keletihan selepas 3 jam masak..

Tahniah ye Izyan..walaupun Izyan bukanlah peserta favorite mama...hehehe...wah semua Juara Masterchef  kita bekas oversea student.....so kpd adik2 yg nak jadi Masterchef sila belajar pandai2 dulu ek....haha ..gurau je....

Wednesday, November 28, 2012

Isteri Hairie Othman seiras Syafinaz Selamat

Selamat pengantin baru buat Hairie dan gadis pilihannya Dalia Diyana..
ermm cantik dan tampan kedua mempelai di pelaminan yg indah..cheewah...

gambar kahwin Hairie Othman

gambar kahwin Hairie Othman
Seriously cantik dan grand pelamin ni.....jeles.....

gambar kahwin Hairie Othman
Cantik dan fresh ajer wajahnya.....

Tapi kan bila perhati lama2..mama perasan yg wife Hairie ni seiras penyanyi dan guru vokal terkenal tanahair, Syafinaz Selamat...tapi tak tau la kalau korang tak kata gitu...sorry ye..jgn marah..itu hanya dr pandangan mata bundar mama ni je....

Syafinaz Selamat

Apa2 pun tahniah buat Hairie dan Dalia..semoga bahagia sampai ke syurga....Aminnn....

Photo credit to: Momentlicious.... mmg kelasssss....

Apex minta maaf kepada MALAYSIA..

Penjaga gol terhebat kita buat masa ini memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kegagalannya menyelamatkan jaringan gol dlm perlawanan menentang Singapura tempoh hari..


Selepas dipersalahkan oleh Rajagopal..Apex mungkin rasa sangat sedih...
Apa2 pun semua yg terlibat bertanggungjawab...sepatutnya ini bukan masa nak menuding jari kpd sesiapa... Sepatutnya ini masa kita semua berganding bahu...

Good luck untuk Apex...Good Luck untuk Malaysia...

P/s: kadang2 mama rasa baik Malaysia kalah supaya FAM boleh buat sesuatu kpd Rajagopal..sbb nanti kalau menang mesti Rajagopal lagi sombong... namun sebagai rakyat yg cintakan Malaysia... Mama cepat2 melupakannya..mama berdoa agar Malaysia berjaya mengekalkan kejuaraan..tapi dlm masa yg sama, mohon FAM lebih serius dan lebih rasional dlm membuat keputusan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan