CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Friday, November 9, 2012

Doa Rasulullah SAW:Memohon Empat Kebaikan

Ni mama baca dari FB Mingguan Wanita...mama terasa nak share la...iyalah kan perkara baik harus disebar2kan....


Jom jadikan amalan....semoga beroleh kebaikan di dunia dan akhirat....Amin..

Anugerah Skrin 2012 Berfantasi...

Anugerah Skrin 2012 kali ini memaparkan tema SelamiDunia Fantasi Kami...


Satu kelainan...Promo untuk majlis anugerah yg berprestij ini pun telah lama giat disiarkan di TV3..membariskan Neelofa, Awal Ashaari dan Aiman Ridza...



Majlis yang mengiktiraf kerja2 para penggiat seni tanahair ini yg mula diperkenalkan pada tahun1994 ini akan diadakan pada 9 November 2012 bertempat di PWTC..majlis akan berlangsung dr 9.00 mlm hingga 11.30 mlm.. siaran langsung akan boleh disaksikan menerusi TV3.. Penaja rasmi adalah PANTENE..

Pengacara pada mlm ini ialah Awal Ashaari dan Neelofa..manakala semasa karpet merah, KArl Shafek dan Dynas akan mengambil tempat bersama Juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin musim kedua.

Ramai artis2 hebat akan menghadiri sama ada dicalonkan, sebagai penyampai,membuat persembahan atau sebagai tetamu VIP..

So macam biasa Anugerah Skrin menjanjikan sejuta keriangan pada anda...so kepada yg menggemarinya dipersilakan menontonnya...Sebanyak 23 Kategori dipertandingan..dan mungkin ada la kan seorang dua calon feveret korang...

Selamat menonton...

Thursday, November 8, 2012

Bram Stoker???

Mama macam biasa la kan bukak Google..dekat word GOOGLE tu kan sekarang ni selalu ada gambar2 yg dia bentuk jd mcm tulisan google..cantikkan..very outstanding bagi mama...

Mostly event yg ditunjuk kat situ, mama tau la kan..walaupun may be tak secara menyeluruh..tapi, gambar hari ni mama macam tak tau..macam pelik ..Gothic aje...Bila mama letak cursor kat word tu, mama tgk dia tulis Hari Lahir Bram Stoker ke 165.

Hari lahir Bram Stoker ke 165

Semangat ingin tahu mama begitu berkobar-kobar sejak dari pagi tadi...tapi kerana agak busy hari ni, mama lupakan kejap..so malam ni baru la mama dpt discover bila dah cari kat internet..

Rupa2nya Bram Stoker ni ialah novelis berbangsa Irish..


Dia menulis cerita yg hebat dan seram iaitu Drakula pada 1897...Dia merupakan pembantu aktor Henry Irving dan pengurus Lyceum Theatre kepunyaan aktor tersebut..

Dia dilahirkan pada 8 November 1847 dan meninggal pada 20 April 1912..So hari ni harijadi dia la..that's why Google bagi penghormatan pada dia..

Oklah akhirnya mama tau...mama rasa dia tak adalah kaitan ngan mama..cukup takat tu aje la mama tau...

Bye...

Slimming Sensation..Massage Machine..

Malam ni mama lepak sikit..boleh la bukak blog...hehehe..kat luar anak2, adik2, ma sedang sibuk dok try produk mengurut yang papa baru aje beli kat opis dia...ermmm papa mmg tak boleh tolak kalau ada yg dtg kempen..itulah papa..

Kali ni papa beli Slimming Sensation..Silklite Low Cycle Massage Machine...


Kurang jelas gambar yg mama ambil..sbbnya mama guna webcam aje...
Ok ini pulak hasilnya bila mama Google..


Haaa..lebih jelas kan..syarikat ni mmg selalu aje buat jualan menggunakan jurujual2 ke pejabat2..kat tempat kerja mama pun selalu aje diorang dtg...


Inilah apa yg ada dlm kotak tu... kita kena lekat pelekat tu kat tmpt yg kita nak urut..kat pelekat tu ada gel ala2 yg ada kat Panaflex tu...pas disambung ke punca elektrik yg berasaskan bateri AAA..
Kita akan terasa bila aje alat kawalannya dipasang..sekali urut 15 minit...
Mama nak tergelak tgk tempat yg papa letak pelekat tu bergerak2...bergerak sendiri tanpa dikawal...getaram otot la tu...
Menurut papa..ok la jugak sbb terasa lebih segar...oklah lagipun padan dgn harga papa ckp..papa beli RM30 something je....
Emmmm..bagus jugak ..lepas ni mama tak yah urut dah...
Tapi papa cepat je jawab..'Mana ada..mama still kena urut papa.mesin ni lain..mama lain'..
Apa????? oklah, nmpknya tugas mama sebagai pengurut peribadi papa tak kan pernah berakhir walau secanggih mana pun alat mengurut tu......Adusss..hehehe...
Selamat mengurut buat papa....


*tapi mama kurang jelas la tentang part slimming tu..sama ada dgn guna mesin ni boleh buat kita kurus...hahaha..itu kena check la ye...

Aduhai Aidil Zafuan....

Mama tadi ada baca dlm paper dan blog Beautifulnara yg permohonan Nusyuz Aidil terhadap Rita Rudaini ditolak kerana terdapat kesalahan dalam menulis alamat bermastautin..kerana itu juga Aidil kena bayar kos mahkamah..ayoyoooo...


Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya telah menerima permohonan Rita dalam membatalkan permohonan kembali taat.


Pastu semalam dia dihadiahkan KAD MERAH selepas dua kalli menerima kad kuning kerana mengasari pemain Thailand..lebih menambah derita Malaysia kecundang 2-0 kepada pasukan Thailand..walaupun game tu hanya perlawanan persahabatan..tetapi still sedih kan...Harap Coach Rajagopal betul2 ada senjata rahsia yg akan digunakan semasa perlawanan sebenar Piala AFF Suzuki nanti...

So..nak buat macam mana kan..kehendak Ilahi.... hanya jangan dilupakan anak2 yg tak berdosa..sayu aje bila tgk Airit dengan Arjuna... byk mewarisi muka Aidil..kalau tgk tang mata tu yg tangkap leleh..mata dia tu menunjukkan kesayuan...

Kepada Aidil mama nak tunjuk kata2 ni..mama terjumpa dlm FB tadi...


Kepada semua juga mama tujukan kata2 di atas...bersabarlah dgn setiap dugaan..jadikan hari ini lebih baik daripada semalam...dan Insya-Allah esok akan lebih baik daripada hari ini..itu sekiranya Allah masih ingin meminjamkan nyawa buat kita...semoga pengembaraan kita menuju Allah dilindungi rahmat Ilahi....

Melissa Saila terkini......anggunnya...

Photo: Assalamualaikum wbt,

Check out Melissa Saila in MW #1511 (2~8 Nov 2012).
Melissa wearing;
Hijab : Majeeda Plain by El Zahraa
Tops : NEVA Peplum by El Zahraa (available online tonight @9pm)
Bottom : Palazzo Stripe by El Zahraa (available at Boutique)

Cantiknya gambar Melissa Saila dan anak2nya yang menjadi cover Mingguan Wanita latest edition 2-8 Nov 212...
Anak2 dia semua comel2...dah lama mama tak tgk Melissa..kiranya bila dah jadi cover ni..mesti ramai peminat Melissa yg berebut nak beli...
Melissa nampak lebih muda...ahhh teruja mama...awet muda tu....walaupun dah berumur 40..tp tetap gojes...

Ini anak-anak Melissa..comel semuanya.....


Nampaknya mama kena jaga penampilan ni..biar kekal jelita...tap dalam dok nak jaga kecantikkan dan penampilan..harus diingat sebab utama kita buat begitu..semua kerana suami, ok...haram nak tunjuk kecantikkan pada org lain..kecantikkan seorang isteri hanya utk suami..tapi jgn la pulak sebab takut berdosa..depan org ramai serabai bagai....tak elok la jugak kan...

Nurul Azwan Roya sah ke JOHOR...

Nampaknya The Red Warriors akan kehilangan pemain sayap kirinya yg lincah iaitu Nurul Azwan Roya atau lebih dikenali sebagai Awe... sebelum ni mmg ada kedengaran ura2 mengenainya..  hari ni Kapten pasukan TRW, Mohd Badri Radzi (Piya) dah mengesahkannya di laman Facebooknya...

Kepergian Awe kerana beliau nak mendirikan rumahtangga dgn gadis pilihannya yg merupakan org Johor, Jannah... ermmm takpe la..itu atas urusan keluarga nak buat macam mana..
Perpindahan Awe ke sana umpama pulang ke lubuk la sebab sebelum bersama TRW, Awe pernah bermain dgn Pasukan Johor....

Ini ialah petikan pengumuman dr Facebook Piya:

Piya


Admin:Dengan ini sudah sah, penghijrahan Nurul Azwan Roya ke Johor. Namun, perpindahan beliau tidak sedikitpun memberi rasa terkilan kepada ratusan ribu penyokong setia The Red Warrior. Selamat pengantin baru kepada Nurul Azwan Roya dengan gadis pilihan beliau juga berasal dari Kempas, Johor .

Selepas ini, kita tidak dapat lagi melihat aksi lincah Nurul Azwan Roya bersama Kelantan. Sudah pasti, kita akan merindui larian-larian beliau di sayap kiri pasukan Kelantan.

Perhijrahan Nurul Azwan ke Johor mungkin di atas faktor keluarga. Beliau akan mendirikan rumah tangga bersama pasangannya yang berasal dari Johor, beberapa hari lagi. Selamat pengantin baru, dan semoga berbahagia admin ucapkan.

Kepulangan beliau ke Johor juga merupakan kepulangan beliau ke pasukan lama. Dimana Johor merupakan tempat beliau memulakan karier sebagai pemain profesional. Di Johor juga, bakatnya dikesan sebelum beliau dibawa pulang ke Kelantan. Terima kasih Awe, dan Selamat Maju Jaya.

Pencapaian Bersama Kelantan:
#Juara Piala Sumbangsih (2011), Juara Liga Super (2011 & 2012), Juara Piala FA (2012), Juara Piala Malaysia (2012).
Terima Kasih Nurul Azwan Roya (awe)

Awe
Macam sedih la pulak bila baca tu...
Apa2 pun selamat maju jaya buat Awe..Selamat Pengantin Baru....Semoga kehilangannya tak begitu dirasai oleh TRW...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan