CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, January 24, 2013

Dr Sheikh Muzaphar dan Dr Halina dapat PUTERI ke-2!

Pada awalnya Dr Halina dijangka bersalin sekitar Februari 2013..namun kehendak Ilahi..siapa yg tahu kan... Alhamdulillah pasangan yg sama cantik sama padan ini selamat melahirkan cahaya mata yg kedua mereka pada hari 20 Januari 2013 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sekitar jam 7.53 mlm..

Tahniah ye .....

Baby Kedua Dr Sheikh Muszaphar

Dalam komen Dr kat FBnya..dia kata dia seakan mungkin dikelilingi oleh puteri2..he dun wori Dr...next time baby boy pulak ye.....  mama pun dua-dua hero...
Pasti ada hikmah-Nya tu...


Sunday, January 20, 2013

Hijrah Pierre Andre..

Mama tahu mama mmg lambat dalam mendapat perkembangan terbaru... ini pun mama tahu dr papa..hehehe...dua tiga hari lepas ada tgk lakonan Pierre kat TV...mama pun cakap lah yg dah lama tak tgk Pierre kat TV..maksudnya utk cerita terbaru la..papa pun ckp yg imej Pierre dah berubah...dah berhijrah..

La...iya ke ?? mama ingatkan dia sibuk di belakang pentas..iya la kan Pierre lebih berminat dgn kerja2 belakang pentas drpd berlakon...

Ermmm rupa2nya Pierre dah mula nak mendalami agama Islam..Alhamdulillah... time dia di Anugerah Skrin hari tu mama perasan yg ucapan yg disampaikan Pierre time dpt Anugerah Yasmin Ahmad tu..tp mama tak rasa apa2 sebab sebelum ni pun Pierre mmg puitis dan berjiwa orgnya...

Semoga Pierre akan mendapat apa yg dicari ...semoga Allah memberkati usaha Pierre..semoga Allah menjaga dan melindungi mama dan semua umat Islam juga...



Ustaz Azhar dlm diri Zizan...

Membawa imej seakan2 Ustaz Azhar Idrus memang kepada Zizan...malah lawak itulah yg menyelamatkanZizan ketika ketiadaan Johan di pentas MLM 2012 pada minggu ke tujuh lalu...

Kelakar..dah la jubah MERAH...hehehe..

Ustaz Azhar yg sporting bagi komen  yg sporting jugak dgn penampilan Zizan...geng kamceng la katakan.. Antara respons dr Ustaz bila ditanya peminat tentang penampilan Zizan...




Mama mmg tabik la kepada yg tak berapa ambil kisah kalau perwatakannya ditiru oleh pelawak...mcm Datuk Yusof Haslam dan anaknya Shamsul pun sporting... di bahagian pelawak pulak..kena pandai pilih lawak2 tu agar semua pihak berpuas hati dan tidak mengaibkan ikon yg ditiru..be profesional....

JOZAN menjadi JOHAN!!!

Maharaja Lawak Mega 2012 telah melabuhkan tirainya Jumaat malam yg lalu.. semuanya telah terungkai ..penantian telah berakhir dan JOZAN menjadi JOHAN...


Pada awalnya sedikit bimbang kerana kemungkinan kedudukan teratas JOZAN boleh dipintas oleh JAMBU memandangkan Zizan keseorangan dan seolah2 tidak bermaya utk berlawan seorang diri....namun kejutan yg menggembirakan kesemua peminat JOZAN apabila Johan tampil utk sama2 beraksi...jelas terpancar kegembiraan di wajah Zizan...walaupun masih dalam proses rawatanJohan membuktikan tahap profesional dlm dirinya.....suka mama...

JAMBU mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang berjumlah RM250,000, SHIRO yg menunjukkan prestasi yg memberangsangkan membuktikan dia mampu bersaing dgn otai2 lawak mendapat tempat ketiga dgn wang tunai berjumlahRM150,000. Tempat keempat BOBOI hadiahnya wang tunai RM50,000 dan SAY WHO membawa pulang RM15,000 apabila berada di tempat kelima..BOBOI berjaya memintas SAY WHO pada pusingan akhir itu... kerana sebelum ini BOBOI mendapat undian yg paling rendah...


Pada mama..malam akhir baru2 ni memang menghiburkan walaupun kdg2 kelihatan ada juga persembahan pada minggu2 biasa lebih menonjol... contohnya SAY WHO..kurang menyengat pada malam final tersebut...

Tahniah kepada JOZAN... kerana membuktikan POPULARITI mereka seiring dgn PRESTASI mereka...



Friday, January 18, 2013

Siti Nurhaliza bertudung litup sempena 34 tahun..

Ermmm Alhamdulillah ...akhirnya Datuk Sitidah membuat keputusan yg tepat dalam hidupnya...dia telah memilih utntuk memakai tudung secara penuh sempena hari lahirnya yg ke-34 tahun pada 11 Januari yg lalu..

Datuk Siti melahirkan rasa bersyukur kerana akhirnya pintu hatinya menerima hidayah daripada Allah..rasa terima kasih kepada semua peminat yg sentiasa berdoa agar dirinya memakai tudung dgn sempurna... Sekaligus katanya dia telah mengotakan janjinya dahulu...

Semoga Datuk Siti istiqamah...semua tu memerlukan proses..lebih2 lagi dlm melakukan perkara yg baik...
Mama rasa semua tu kan menjejaskan karier Datuk..malah semakin berkat ..Insya-Allah...



Cantikkan...malah jauh lebih cantik dan nmpk muda....

erm lepas ni Datuk Siti kena try longgarkan sikit baju... baru sesuai dgn imej bertudung...

ermm..mama ni mcm2 kan...byk komen la...sorry...

Monday, January 14, 2013

Mama Signature at Batu Gajah.....

Hai..hari ni mama nak cerita pasal 1 kedai yg bagi mama boleh dikatakan kedai macam2 ada.....
Nama kedainya ialah 'MAMA SIGNATURE BG'....

Mama Signature - Batu Gajah, Malaysia

Kedai ni ada kat Batu Gajah Perak..... ermm nak beli online pun boleh.... ada mcm2 servis dan barangan...
Lebih2 lagi handmade cenderahati...contohnya penanda buku, penanda Quran, kiranya kalau kasi kat sesiapa...ermmm memang melekat kat hati la... tempahan hamper diterima juga ..cakap je nak gaya yg macam mana...harga tu mama tak tau la..... korang kena runding ngan empunya kedai la....

Baju2 utk anak2 yg baru dan yg bundle pun ada......

Terbaru set untuk naik buai pun boleh disewa kat sini... 

Haaa..lupa lak..tempahan untuk hantaran kawin,tunang dan segala jenis majlis pun boleh.....

Untuk apa2 pertanyaan boleh contact owner diorg ler ye...

Yar (012-9351970)
Ruz (017-5820010)

Kalau nak tengok lebih detail leh la ke FB page diorg...

click aje kat sini  Mamasignature Bg .... boleh tgk dan like page diorg...

Photo: baju kanak2 watak kartun dengan pelbagai gambar & warna yg menarik


Photo: servis baru dr mama sisnature:
sewaan lapik nikah rm50/2pcs
sewaan buaian  majlis naik buai rm200
sewaan mini pelamin

Photo: Hantaran Cinta Barzati buat suami


* ini hanya khidmat masyarakat dari mama..takde sebarang bayaran iklan pun....saje je nak berkongsi tempat belian yg bagus dgn korang....hehehe.... 

Sunday, January 13, 2013

Air dan manusia

Sekarang jenuh dok dengar org2 kat Selangor ygmerungut kerana tak de air.... dan tak terlepas yg menjadi mangsa kepada situasi tersebut kwn 2rapat mama yg bermaustautin di sana...ohhhh bila kwn2 kita yg kita kenal mengalaminya kita akan lebih tersentuh dan lebih mengikuti perkembangan... terbaru berita mengatakan krisi air ni akan berlanjutan hingga ke Tahun Baru Cina...


Mama yg mendengar pun tak sanggup apalagi mereka yg memikul beban... kebanyakan kwn2 mama duduk di pangsapuri..so of coz la kena punggah air..ermmm ada yg tak payah pergi gym sebab muscle yg cantik dah terbentuk.. mmg kelakar bunyinya tapi hanya gurauan macam tu yg dapat mengurangkan kesedihan.... lebih menyedihkan pada yg baru bersalin dan punyai anak ramai.. perbelanjaan pun semakin bertambah kerana bekalan air terpaksa dibeli..khususnya utk memasak dan minuman...

Dek kerana itu mama masih rasa bersyukur walaupun di ketika ini opis mama pun mangalami ketiadaan air..tiada kaitan dengan bekalan air krn sebenarnya enjin air terpaksa ditutup utk proses penyelengaraan..itu pun hanya di toilet bilik pensyarah dan kitchen aje...kesulitannya kami terpaksa ke bahagian surau utk basuh pinggan, dan urusan peribadi...perjalanan yg hanya memakan masa 1 minit lebih... jd itu bukanlah ukuran kepada kesusahan yg ditanggung oleh kwn2 di sekitar Selangor...kerana itu mama tidak lagi merungut walaupun dgn keadaan perut yg memboyot....kekerapan ke bilik air semakin bertambah.... ooooo itu mmg salah satu yg biasa bagi org mengandung.....kerap nak terbuang air...

Mama kdg2 merasakan..mama rela takde elektrik asalkan ada air.... menunjukkan terlalu bergantung mama kepada air....tp kalau kat rumah kg mama..kena ada elektrik la..sbb bekalan air di rumah mama kat kg sumbernya daripada telaga yg digunakan enjin untuk mengepam air....so elektrik amat penting utk menghidupkan enjin....

Semoga Allah mempermudahkan urusan bagi kwn2 dan semua yg tinggal di sana.. sekurang2nya masih ada tempat dan bekalan air yg boleh didamba....masih boleh mandi dan bersuci....cuba bayangkan kita berada di kawasan perkampungan di Afghanistan dan Pakistan... oooo lagilah menyedihkan..bersyukur dgn apa yg diberikan oleh Allah...di saat kita merasakan diri kita terbeban...ramai lagi yg menanggung kesedihan melebihi diri kita..kita mungkin merasa sedih dgn diri mereka..tp percaya mereka boleh melaluinya kerana setiap bebanan dan ujian itu telah Allah peruntukkan dalam bentuk tersendiri kepada setiap hamba-Nya... jadikan segala yg berlaku sebagai iktibar dan pedoman agar lebih mensyukuri nikmat Allah s.w.t...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan