CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, January 13, 2013

Sehangat Asmara

Ouchhhh..sekali lagi novel Aisya Sofea dijadikan drama....


ooooooooooooo..bertuahnya badan....jelesnya...novel mama hanya dipasarkan dalam minda mama ..hahaha..nak tau tak??? mama ni sejak dr sekolah lagi berangan nak publish novel..konon....tapi hanya impian kot....
kelakar kannnnn.....

Kali ni Sehangat Asmara menggandingkan Rita Rudaini dan Ady Putra..semakin cantik Rita ni....walaupun dah beranak 2....jeles buat kali yg seterusnya....


Kalau Adam& Hawa dulu mama pernah baca...yg ni mama tak pernah baca pun ....so mama takleh predict ceritanya....tapi bila tgk iklan kat Astro ...ermmm macam menarik...sinematografi dia lawa.....

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, dendam rindunya terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Segalanya terjawab apabila Kamilia mengetahui perpisahannya dan suaminya adalah percaturan dari bapanya sendiri..persoalannya adakah konflik cinta mereka berakhir di situ atau ada lagi dugaan yg menyusul??? itu kena tgklah ye..sebab seperti Adam dan Hawa...mama yakin.. pasti ada rombakan dan kelainan dalam jalan cerita..walaupun of coz takkan tersasar tp semestinya pembikin drama ini ingin mencetuskan perasaan yg berbeza kpd para penonton..lebih2 lagi yg dah khatam novel Sehangat Asmara ini....baru lah fresh sikit...

Kiranya macam cerita marah2 lepas tu sayang le ni kot....hehehe..

Drama yg menggantikan Adam & Hawa ini akan dimulakan tayangannya pada 21 Januari 2013 di Astro Mustika HD saluran 134.... ermmm harap boleh mencetuskan fenomena mcm Adam dan Hawa la ye......

Zizan oh Zizan...

sebenarnya mama satu family mmg suka sangat tgk benda komedi ni... siri2 raja lawak mmg tak pernah miss... dah Maharaja Lawak Mega 2012 kali ni mmg tak pernah miss la... siap record..tgk ulang2...
of cos mama paling suka JOZAN...
alahai dalam 2 minggu Johan pulak sakit kaki..kena bedah..kena rehat..baca dalam paper hari selama 6 bulan....

kita yg menonton ni pun rasa sedih dan tak puas..apalagi perasaan Zizan..partner Johan yg terchenta itu...
kita boleh nmpk dr setiap persembahannya sejak Johan takde...macam tak selesa aje... yg minggu ke-7, time kat Terengganu... mama rasa ok ..sebab time macam menjadi jugak..lagipun baru aje Johan takde..rasa kesian begitu menebal...

Tapi mama minta maaf la..yg baru2 ni ..yg buat kat Perak tu...oopppsss...mama macam rasa tak nak tgk aje...yg tajuk peribahasa tu..mama jadi naik menyampah dgn sikap spastik Zizan yg melampau...


Tau la dia tertekan dgn ketiadaan Johan...tp kawal la sikit sikap tu... bukannya tak biasa buat sendirian... Zizan sepatutnya lebih bersedia dan jgn tonjolkan kekurangan akibat ketiadaan Johan..benda tu simpan kat belakang la dulu...

Nanti bukan simpati yg dapat tp cacian pulak yg menyusul.... Zizan kena tonjolkan profesionalisme dan berdikari..tunjukkan tanpa Johan dia still yg terbaik....pastu bila Wulan ala2 menegur...dia byk la menjawabnya... kenapa perlu byk menjawab?  kenapa perlu nmpk resah...
Sebagai penonton mama dpt rasakan Zizan dah tak tentu arah tanpa Johan..begitu besarnya impak Johan pada JOZAN...


Mama dapat rasakan yg Zizan mampu.....entah kenapa tetiba aje mama predict yg kalaulah Johan yg berada di tempat Zizan sekarang ni.....mama rasa Johan boleh handle... tapi tak tau la kan..itu hanya andaian...
Mama jadi frust sebab mama mmg nak JOZAN yg menang....Nasib Zizan telah buat silent comedy dgn agakbaik..jadi dapatlah cover kekurangan pusingan peribahasa....
Apakah final nanti Johan akan datang???? boleh kah...rindu rasanya dgn lawak Johan tu....sekiranya Zizan terpaksa mengharunginya sendirian..mama doakan Zizan lebih bersedia dan menerima kekurangan yg ada dan menggunakan peluang utk mencipta kemenangan... kerana mama tau Zizan BOLEH......

Suka tgk lawak guna imej Ustaz Azhar Idrus tu...kelakar....


Thursday, January 10, 2013

Semua perempuan dilahirkan CANTIK!!!

Perempuan yang CANTIK adalah perempuan yang disebut cantik oleh SUAMInya 
- Ustaz Azhar Idrus...

Begitu menarik ulasan Ustaz Azhar dalam menyampaikan intipati nasihatnya dan dakwahnya agar semua perempuan menyedari mereka sememangnya dijadikan Allah cantik secara azalinya dan tidak perlu melakukan segalaperubahan yg tak perlu... berhias hanya utk lelaki yg bergelar suami..

Jom layan video ceramah ni....mmg best.. byk kali tau mama tgk....

Selamat berilmu....

Wednesday, January 9, 2013

Nenek GAYUNG!!!

Kepada yg suka cerita seram yg lucu leh la menonton satu cerita yg best di Saluran 952 Astro Box Office.... hehehe... ada cerita dr seberang..tajuknya Nenek Gayung...  dr tajuknya mesti bunyi macam pelik kan.... tapi cuba la tgk....


Ceritanya pasal sepasang suami isteri yg sudah tua...Isterinya seorang pemandi mayat..manakala suaminya seorang penggali kubur... suatu hari nenek tu meninggal dunia...suaminya yg terlalu cintakannya ingin memandikannya sendiri..tp kerana sudah keuzuran, suaminya meninggal tanpa sempat memandikannya..disebabkan mereka duduk jauh drpd org kg yg lain.... mayat mereka lambat dijumpai..bila dah jumpa mayat sudah berbau busuk..kerana kurang kesedaran dr org kg..mayat nenek hanya ditanam begitu sahaja tanpa dimandi dgn sempurna....kerana itu roh nenek mula merayau2 ke pelusuk kg...misinya hanya satu iaitu mencari org yg sanggup memandikannya.. nenek gayung akan membawa bersama sebiji gayung dan sehelai tikar..tp nenek juga akan membunuh sekiranya mereka yg dijumpainya tidak melayan kehendaknya dan bersikap kurang ajar...sebagai balasan dia akan memandikan org tersebut dgn air panas..

Namun pada suatu mlm nenek gayung telah bertemu dgn seorg anak muda yg baik hati bernama Duta... Duta  menunjukkan rasa hormat kpdnya.. Kerana itu nenek telah menjelmakan dirinya dalam rupa seorg gadis yg cantik bernama Dewi... Duta yg baru putus cinta mula jatuh hati kepada Dewi... lantaran itu byk kisah yg lucu dan mengejutkan terjadi ....paling best part Duta dan kwn2nya berjumpa dgn tok bomoh utk menghalau roh nenek gayung..mereka diajar mantera yg dilagukan ala dangdut..hehe...

Nanti kalau ada kesempatan leh la tgk..tp sebenarnya cerita ini hanyalah utk hiburan semata2 sebab bagi mama takde unsur pengurusan jenazah mengikut Islam..ini mungkin terjadi kerana berkemungkinan besar cerita ini bukan ditujukan utk memberi pendedahan mengikut syariat Islam...dan mungkin juga mereka bukan Islam.biasalah Indonesia...rupa dan percakapan belum menggambarkan agama mereka....dan yg paling penting cerita ni tak sesuai utk anak2 kecil sbb ada byk pelakon yg seksi2.. dan takut salah pemahaman dr segi akidah...

Dan pastinya baru aje semalam, mama tgk sequel cerita Nenek Gayung ni..iaitu Kakek Cangkul...cerita suami kpd nenek gayung itu.....kakek itu samalah macam datuk...

SALAM SEMUA kisah benar Aaron Aziz?????

Hai...korang dah dengar ke lagu Sleeq yg ada penampilan khas Aaron Aziz tu? Tajuknya 'SALAM SEMUA'....


Photo: Pernah dengar lagu "Salam Semua"? Jom tengok #MeleTOP kerana Aaron Aziz @Aaron535Aziz (Pengacara #FearFactorMY) dan Sleeq @sleeQmovement akan berada di studio. Saksikan #MeleTOP jam 10 malam ini di Astro RIA (104)
www.facebook.com/MyMeleTOP
#MeleTOP

Mama baru aje ada kesempatan nak tgk dan dgr.....
ermmm...rupa2nya lagu tu kisah hidup perjalanan seni Aaron Aziz.... sedih.... menceritakan tentang jerit perihnya dalam melakar nama sebagai anak seni... pengorbanan meninggalkan family di Singapura utk mencari peluang kerjaya di Malaysia..

Dalam lagu ni Aaron menceritakan isi hatinya terhadap semua org yg dia sayangi... mengungkap segala semangatnya utk bekerja adalah demi membela nasib diri, keluarga...

Mama ingatkan Aaron akan menyanyi tapi sebenarnya just ada sedikit penceritaan..kiranya peminat leh dgr suara Aaron bercakap dlm serangkap gitu la dlm lagu ni.......

Lagu yg baik dan menariklah jugak.... suara Sleeq yg merdu dan mesra pendengar banyak membantu menyedapkan lagu ni...

So kepada yg berminat nak dgr silalah ke laman YouTube..taip aje tajuk lagu 'SALAM SEMUA'..mesti keluarnya video klip yg di'post' oleh peminat2 mereka... tapi setakat mama jenguk2..belum ada lagi official video dr mereka..just ada yg dibuat oleh peminat....walaubagaimanapun still boleh menghayati lagu tersebut....bye......

Isham dan Didie ..bye..bye

Hot mommy yg sentiasa ceria Didie Alias dan suaminya yg cool, Isham merupakan pasangan kedua yg meninggalkan arena Fear Factor.... huhuhu...bagi mama mereka berdua cukup sporting dan saling bergandingan...

Photo: Dengarkan SINAR FM jam 4 petang ini bersama peserta #FearFactorMY tersingkir minggu ini.. Didie Alias dan Isham!

Sebenarnya cabaran baru2 ni yg melibatkan ular bagai tu bkn hanya mencabar peserta tp juga mama yg mmg tak boleh nak menatap reptilia tersebut.....rasa gerun menguasai....

Paling best bila tgk Johan yg membaca segala ayat time nak pegang ular..hehehehe...

Apa2 pun mama salute la diorg... sebab mama mmg tak sanggup...

Tuesday, January 1, 2013

Doa Agar Dicukupkan Keperluan Rumahtangga..

Merenung nasib org yg lebih berkemampuan..terkadang membuatkan kita cemburu...bagi mama itu lumrah biasa manusia..namun harus diingat kepada hati..usahlah merajakan perasaan itu..jadikan ia positif..jadikan diiri kita lebih bersemangat.. rezeki setiap makhluk telah ditetapkan oleh Allah... rezeki Allah cukup luas...jangan mudah merasa lemah bila mana harta dan wang ringgit kita tidak banyak kerana rezeki yg Allah kurniakan bukan sekadar dalam bentuk kebendaan..

Mungkin senang memperkatakan semua itu...hati tetap bergolak...tetap menetapkan rezeki itu harus dipandang dr sudut kebendaan sahaja..jika itu masih ada di hati setiap kita..jom sentiasa berdoa kepada Allah..semoga Allah memperbetulkan niat dan pemikiran kita.... mama mengakui..mama juga seorang yg begitu..Jesteru itu mama cuba sedaya upaya supaya sentiasa bersyukur dgn setiap kurniaan Allah....sentiasa cuba membuka minda dan bergembira di atas setiap kelebihan org lain...

Tiada tempat yg bleh kita adukan gundah gulana jiwa terbaik pengaduan kepada Allah..berdoalah.... mama sentiasa berkata kepada diri sendiri...Allah Maha Mengetahui apa keperluan setiap hamba-Nya..sebagai hamba teruslah meminta.. sememang itulah selayaknya tugas seorang hamba... Allah mencintai hamba-Nya yg berdoa dan meminta hanya kepada-Nya...


Antara doa yg boleh diamalkan ialah doa agar dicukupkan keperluan rumahtangga... Doa ni mama ambil dr Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari oleh Ustaz Zahazan Mohamed.

Hasbiyallahu la ila ha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arsyil 'azim

Maksudnya: "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakl dan Dia ialah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." (surah al-Taubah 9:129)

*sekiranya ada kesukaran utk membaca doa di atas..sila rujuk Al-Quran ye..kerana laptop mama takde tulisan Arab...

Abu Daud dan Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu al-Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud: " Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang, sebanyak 7 kali, makan Allah s.w.t akan mencukupkansemua urusan dunia dan akhiratnya." (al-Dur al-Manthur)

Tapi harus diingat doa ini amalan yg baik..namun suruhan Allah yg diwajibkan kepada kita jangan sekali dilupakan....sempurnakan yg WAJIB dahulu.... keberkatan hidup Insya-Allah akan menyusul...Amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan