CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, December 16, 2012

Solat Subuh di musim TENGKUJUH...

Hari ni bgn agak lewat ...dah 6.15 pagi.itu dah lewat bagi mama yg belum gosok baju, belum kemas beg Iqy, belum kemas brg2 nak ke pejabat..mungkin kerana hujan yg mencurah2 menggalakkan utk mama lelapkan mata..(salahkan hujan...astaghfirullah) .huissyyy kalau la boleh cuti..kalau la kerja tak byk...mama gagahkan juga bangun...macam mana malas pun still kena bangun solat Subuh jugak kan.... di kala tu mama dapat merasakan di antara fadhilat solat Subuh ialah utk membantu hamba Allah ni bgn pagi2, mencari rezeki..

Iyalah kan..kalau dah malas mcm mama tp sbb kewajipan solat, mama bangun..bila dah masuk bilik air, wudhuk..mesti fresh la kan... rasa malas tu terbuang begitu sahaja..Alhamdulillah...
Mama bukan apa...semua tu la yg menjadikan mama rasa lebih ingin bekerja.....Mama sentiasa tetapkan keutamaan mama bangun pagi adalah kerana Allah..kerja mama letak no.2... sebab bila kita buat kerana cintakan Allah secara automatik..kita akan lebih cepat bangkit.... bersyukur kerana Allah masih menghidupkan kita... bila aje bangun mama mesti tgk papa dan anak2...Alhamdulillah, mereka masih dikurniakan kesempatan umur utk bersama mama... mereka org yg mama sayang ....mereka kurniaan Allah buat mama..
Melihat wajah segar mereka..mama semakin bersemangat...
Satu tip yg mama dgr dr cikgu mama dulu ialah... kalau  dah terjaga dr tidur lebih2 lagi azan Subuh sudah berlalu...segera lah bangkit kerana kita sudah wajib bangun...kalau kita tidur semula...mungkin kita akan ketinggalan Subuh dan pagi kita kurang keberkatannya...
Jadi bangkit cepat2...lawan syaitan.....bila aje kita buka mata, bangkit dgn niat nak beribadat, syaitan sudah tewas...tewaskan mereka...
Sekiranya kita totally tak sedar..tgk2 dah meninggi matahari, itupun kalau musim cuaca baik..kalau musim tengkujuh gini..lebih baik refer jam...sebab pukul 7 pagi pun macam pukul 6 pagi...
oklah, sekiranya kita bangkit dah lewat, Subuh umpama dah tiada, bersegeralah kita solat kerana itulah waktu Subuh kita..jgn lah..memang sah2 dah lewat tp masih lagi nak duduk atas katil, terkebil2...lepasa bangun dr katil, duk kat sofa,,, lebih teruk tu ada yg buka TV..ermmm mmg tak patut.. tp dgn syarat mmg tak terjaga langsung.. berdoalah agar Allah menerima Subuh kita...
Subuh ni terlalu penting kerana ia permulaan hari... baik subuh kita, Insya-Allah keberkatannya sepanjang hari...

Rasulullah bersabda, maksudnya : Barangsiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Alllah SWT..Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dgn sesutu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih2 lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka".- Hadis riwayat Muslim.

Rasulullah SAW mengetahui kesulitan untuk mengerjakan solat Subuh krn ramai yg memilih utk terus berehat sehingga mengabaikan solat atau melewatkan solat. Jesteru itu terdapat beberapa keistimewaan solat Subuh yg tidak ada pada solat2 lain. Terutamanya bagi mereka yg mengerjakannya secara berjemaah. Antaranya:

  • Rasulullah mendoakan umatnya yang mengerjakan solat Subuh sebagaimana yg disebut dalam hadis Tirmizi,Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah, yg bermaksud "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun Subuh (iaitu mengerjakannya)".
  • Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)
  • Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Tirmizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?
  • Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).
  • Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi dan Ibn Majah)
So,peringatan buat mama dan kepada semua kekawan mama, bangunlah mengerjakan solat subuh dgn ikhlas dalam waktunya kerana Allah SWT telah menjanjikan bermacam kenikmatan buat kita... sejuk, letih dan sebagainya adalah ujian Allah SWT...godaan syaitan....tewaskanlah..bangkitlah....
Bersama2lah kita....ayuhhhh.....

P/S: mama ada jugaklah terdengar cerita yg org kafir berasa gerun sekiranya melihat ramai umat Islam berjemaah dan memenuhi masjid untuk mengerjakan solat Subuh kerana bagi mereka sekiranya umat Islam mampu bgn dan berjemaah di Subuh hari, umat Islam itu mempunyai tahap keimanan yg tinggi..wallahi....


Saturday, December 15, 2012

Drama: Biarlah Rahsia..

Hai..korang dah tgk drama di Astro Prima..tajuknya 'Biarlah Rahsia' lakonan hebat Tiz Zaqyah, Zahiril Adzim, El-Faeza Ul-Haq, Norish Karman, Zaidi Omar dan Kazar.


Sebenarnya drama ni telah disiarkan dah..tp time disiarkan tu mama tak berkesempatan nak menontonnya...
Dan, malam ni ia disiarkan lagi...mama pun terasa nak tgk...kenapa??? sebab mama yakin yg citer ni mesti best sbb pelakon2nya mmg best2 semuanya...

Zahiril

Tiz

Norish

El-Faeza
Ceritanya mengenai seorang jururawat lakonan El-Faeza yg bernama Puteri yg ditugaskan menjadi jururawat peribadi Nila (Tiz). Nila merupakan menantu kpd Tn Aziz (Zaidi) dan Pn Hamimah (Norish) dan isteri kpd Rizwan (Zahiril) dikatakan mengalami kemurungan tahap melampau.
Sepanjang Puteri berada di sana, terdapat byk keraguan yg menyebabkan hatinya mendesak utk menyiasat..Nila sentiasa mengatakan rumah itu rumah neraka dan dia tidak gila...dia juga mengatakan semua yg ada di rumah itu yg gila..Nila sentiasa mendesak Puteri membawanya lari...

Selepas menyiasat rupa2nya Pn Hamimah yg menjadi punca segalanya. dia terlalu taksub ingin memiliki cucu perempuan sehingga sanggup membunuh cucu lelaki..Lebih malang bg Nila kerana semua anak yg dilahirkan adalah lelaki...Rizwan yg terlalu mengikut kata bondanya juga hanya melihat sahaja penderitaan isterinya..
Nila juga menjadi mangsa rogol Tn Aziz sehingga mengandung.

Puteri cuba utk menyelamatkan Nila tp tidak berjaya..Akhirnya dia juga menjadi mangsa seperti Nila..dikurung dan dipaksa meneruskan impian Pn Hamimah utk mendapatkan cucu perempuan.. ceritanya berakhir begitu sahaja..mereka semua kekal di rumah banglo yg berada di pedalaman itu..dan rahsia mereka kekal begitu sahaja... betul2 BIARLAH RAHSIA...
Kesimpulannya semua yg kat rumah tu psiko....yg menonton cerita ni pun macam dah nak psiko...Adakah wujud org mengalami nasib begitu???Arggghhh..tensionnya....minta dijauhkan .

Thursday, December 13, 2012

Comelnya Anak Dara Erra Fazira..

Tadi mama tertengok gambar yg di'post' oleh Erra dekat Fanpage miliknya...Erra telah post gambar si cantik jelita Aleesya...
Gambar Aleesya diambil ketika dok berborak dgn mom dia...Ya Allah..dia posing ada gaya gitu...Erra cakap itu gaya spontan Aleesya..bukan diajar...iya lah kan natural talent tu mesti la ada...lagipun hari2 dok tgk mom dia bergaya...

Photo: Betul!! Mom x ajar pun landing mcm ni.. Ni session borak2 dng Aleesya.. Tapi napa Dia duduk  over mcm nie.. ;)

Comel kan...sebijik Erra muka dia...gambar yg pertama tu penuh karakter muka dia....nampak macam dok bergossip gitu... hehe..bestnya Erra ..ada yg teman nak berborak2....mama berdoa sangat agar turut dikurniakan seorang puteri..buat geng kata orang....Aminnn...

Wednesday, December 12, 2012

Placenta ialah uri...

Semalam ketika papa dok gosok2 perut mama yg dah memboyot ni...tiba2 aje papa bertanya dgn mama pasal uri... apa sebenarnya uri..rupa dia..apa fungsi uri???

Mama: Aikk...kan papa dah 2 kali bawa balik uri dari hospital lepas mama bersalin...papa tak pernah tgk ke?
Papa: Tak...sebab time Uyeeh dulu papa bawa balik, arwah mek (ibu mama) yg basuh dan uruskan..papa cuma pergi tanam je..time tu uri dah siap dibalut...bila Iqy lahir, mek dah takde, ayah pulak yg amik alih...papa mcm biasa tukang tanam je...
Mama: jadi papa tak tgk langsung????
Papa hanya menggeleng kepala sambil tersenyum...
Mama: oooo..jadinya bila papa bawa balik, papa terus kasik kat mek dan ayah..papa pun pergi tidur, kan...hehehe..
Papa senyap je..aikkk macam betul je tekaan mama.
Mama: uri ni lebih kurang macam bentuk hati la...warna darah gitu.dia mcm dok dlm karung nipis..lepas deliver baby, doktor atau nurse akan bawa keluar uri pulak... time bawa keluar uri..diorang tak kasi kita teran dah ...diorang akan tarik macam tu je...smooth aje uri tu keluar....itu pun kalau uri tu elok....tak pecah..sbb ada gak yg dah pecah...kalau dah pecah2, kena buat ngan elok2 la...sebab kalau uri ni terlekat walaupun sedikit, akan membahayakan si ibu...Kali ni bila aje mama deliver, papa kena tgk tau time ayah cuci uri tu...susahlah kalau one day, ayah dah takde..siapa nak cuci uri ...mcm tak best la suruh org..lebih baik papa sendiri yg cucikan...
Papa: ok, Insya-Allah...

Jauh di sudut hati mama, mama begitu berharap papa akan belajar menyempurnakan uri tu...mengikut ajaran Islam....

Sedikit info tentang uri atau nama sainsnya ialah placenta...


Apakah uri?

  • nama lainnya ialah placenta atau tembuni merupakan teman rapat atau kembar kepada bayi dlm kandungan
  • uri tidak boleh dibuang..ia perlu dibersihkan dan ditanam dgn segera bagi mengelakkan bau busuk
  • menjadi tanggungjawab seorang bapa utk menguruskan uri..
  • ia terdiri daripada lebih 200 pembuluh dan vena halus. mirip gumpalan hati mentah.
  • warnanya merah tua dan mempunyai bonjolan cotyledon yg berbentuk jari...
  • permukaannya amat lembut dan tali pusat berada di bahagian tgh
  • ukuran placenta bersesuaian dgn berat dan ukuran bayi. kebiasaannya berada di bahagian atas rahim..namun ada juga kes yg placenta ada di bahagian bawah..
  • fungsinya adalah utk membekalkan zat dan oksigen daripada darah ibu kepada bayi, membawa karbon dioksida dan sisa2 pembuangan bayi kembali ke darah ibu, membentuk pertahanan utk sebarang infeksi atau kesan ubat2 tertentu, dan mengeluarkan hormon2 seperti estrogen,progestron dan human chorionic gonadotrophin (HCG)

Cara menguruskan uri mengikut Islam

  • Mulakan dgn membaca Bismillah
  • Cuci bersih2 bagi menghilangkan darah. jgn guna sabun atau sebarang pencuci.
  • Bilas dgn air yg bersih sambil berselawat dan membaca doa2 yg baik (utk memastikan kebersihan dan kesuciannya)
  • Cuci uri dgn garam dgn melumurkannya kesemua bahagian..cuci bersih2
  • Lumurkan dgn asam jawa dan cuci bersih2...ini adalh utk menghilangkan bau hanyir
  • Perah 4 biji asam limau ke atas uri untukmengharumkan uri
  • Letakkan uri ke dalam plastik mudah reput bersama asam keping dan garam. ikat seperti sup bunjut.
  • Bungkuskan ke dalam kain putih dan ikat kemas2 seperti sup bunjut
  • Gali tanah sedalam yg boleh agar tidak dapat dikesan oleh binatang2. Tanam di tempat yg bersih dan selamat
  • Baca Bismillah dan beselawatlah semasa hendak meletakkan bungkusan uri
  • Letak batu atau kayu bagi memastikan tidak digali oleh binatang2
  • Jangan letak sesuatu yg boleh membawa kepada khurafat dan syirik..

Menurut JAKIM, hukum menanam uri adalah HARUS...Uri kanak2 Islam adalah suci dan tidak boleh dibakar atau dijual..Amalan menanam uri dgn lada hitam, pensel dan mcm2 lagi adalah khurafat....

kredit utk : http://hidayahmk.blogspot.com/2011/03/cara-menanam-uri.html

Semoga sedikit sebanyak info ini berguna utk papa dan semua..untuk tahu lebih detail sila tanya pakar sakit puan atau nurse2 korang ek...mama pun lama dah tinggal sains ni...
Kalau ada yg slah dlm info di atas..semoga ada yg sudi membetulkannya...

Bye-bye STRESS


Anda stress????? opps..mama ni selalu aje majmukkan bahasa Inggeris dan Melayu...mesti korang stress dgn sikap mama kan???

Mama bukanlah pakar motivasi, yg nak kasi tips atau langkah2 menjauhi stress...
Tapi mama ada satu cara yg cukup efektif utk mengawal stress yg menguasai mama..hehehehe...

Mama akan tulis segala masalah mama..time menulis tu mama mestinya akan menangis..kadang2 sampai bengkak2 mata mama..lebih2 lagi kalau mama meluahkannya pada waktu malam..esok tu mata mama akan jadi macam mata org Korea...

Dalam masa mama bercinta ngan papa dulu..kalau mama ada masalah, mama akan tulis..kemudian mama lipat dalam bentuk jet.... mama mengharapkan mama dapat menerbangkan masalah mama tu..

Bila dah lama menjalani kehidupan di dunia ini...mama sekarang lebih suka mengadu kepada Allah...terasa lebih lapang dan puas... mama tahu ALLAH MAHA MENDENGAR...mama memohon agar Allah memudahkan segala urusan mama...mama sekarang lebih redha dgn stress krn dgn adanya stress mama akan lebih berusaha.... mama cuba pujuk diri mama supaya mempositifkan segala stress dan masalah yg hadir dlm diri mama...
Mama masih dlm proses pembelajaran dlm mengawal emosi...Ya Allah semoga mama dapat melayari hidup ini dgn keberkatan-MU...


Mencintai Allah melebihi segalanya...

Dulu mama tak mengerti atau mungkin mama tak pernah nak ambil tahu...apa yg mama tahu mama kena jalankan Rukun Islam dan mematuhi Rukun Iman sahaja..
Tapi semenjak sekarang ni perkara ni sentiasa berlegar2 di fikiran mama... mama semakin dipengaruhi untuk mencurahkan rasa cinta yg ulung kepada Allah..
Sebagai umat Islam kita wajib mendahulukan meletakkan Allah di tempat teratas.. kerana Allah yg memberikan kita kehidupan, Allah yg menjadikan kita dan seluruh alam semesta, Allah adalah segala-galanya.
Sesungguhnya Ya Allah sukar untuk menetapkan hati untuk mencintai-Mu..Mungkin kita telah terbiasa mencintai sesuatu yg kita nmpk..Mama percaya Allah itu wujud namun meredhakan hati untuk meletakkan Allah di tempat tertinggi begitu menguji mama...
Berdoa menjadikan diri kita lebih dekat dgn Allah kerana itu mama sentiasa berdoa agar Allah membuka pintu hati mama untuk tulus mencintai-Nya melebihi segalanya. Bila memikirkan tentang memberikan rasa cinta mama terasa sungguh malu kerana mama selama ini mama mencintai dikalangan manusia melebihi Allah..kenapa mama cakap begitu??? Salah satu yg masih segar di fikiran, semasa mama masih dlm proses mengenali papa, adalah sedikit masalah yg melanda kami..biasalah org sedang hangat bercinta..mama masih ingat mama meraung dan menangis sepanjang malam... mama tak lalu makan..hidup mama tak tentu arah...ketika itu hati mama begitu tertekan..mama tak mahu kehilangan org yang mama syg. Bila dikenangkan.. mama rupanya sudah hanyut..mama tidak seharusnya jadi begitu ..seharusnya mama kena bertenang dan redha dgn pergolakan yg berlaku...kerana mama hanya mempunyai konflik dgn manusia yg juga diciptakan oleh Allah.. mama telah menepikan kedudukan Allah...Ya Allah...ampunilah mama....
Mama seharusnya sedar Allah sentiasa ada untuk mama dan cinta mama hanyalah untuk Allah....
Sebagai makhluk Allah, mama berdoa semoga Allah menjadikan hati mama sentiasa mencintai-Nya melebihi segalanya..semoga Allah akan sentiasa mencintai mama..semoga Allah mencintai papa..kerana mama akan mencintai papa kerana Allah.


Mama mencintai ibu bapa mama kerana Allah telah melahirkan mama melalui mereka...mereka manusia yg dipilih utk menjadi ibu bapa mama.. Ya Allah mama bermohon agar mereka berdua diberkati-Mu di dunia dan akhirat. Semoga mereka tidak dibebani dgn segala dosa yg telah mama lakukan....kerana mereka byk mengajar mama erti Islam dan kehidupan... semoga segala dosa mama adalah tanggungjawab mama...jadikanlah kedua mereka sentiasa diberkati rahmat-Mu... semoga roh mek ditempatkan dikalangan mereka yg Engkau cintai..semoga ayah akan bahagia sampai ke akhir hayat beliau..Husnul khatimah utk ayah..sekarang mek sudah dijemput kembali kepada-Mu..ayah masih ada bersama mama..semoga mama masih sempat berbakti buat ayah..
Bila merenung anak2, mama bersyukur krn Allah meminjamkan mereka kepada mama dan papa.. Insya-Allah mama akan menjaga dan mendidik mereka kerana mereka amanah yg tidak terhingga..jadikanlah mereka hamba yg mencintai-Mu juga..
Mencintai Allah melebihi segalanya adalah matlamat hidup mama sekarang...kerana itu mama akan sentiasa berdoa agar mama sentiasa akan dikelilingi mereka yg mencintai Allah..  Amin....

Tuesday, December 11, 2012

Korean Drama: I MISS YOU..

Dalam kesibukan mama melayari hidup seharian..mama masih sempat lagi memberanikan diri menonton drama Korea...nak buat macam mana mama mmg minat ..hehehe..nak seribu daya..tak nak seribu dalih kan...mama pun menonton drama tu time lunch atau breakfast aje... jadual kelas pack dan byk lagi kerja sampingan..lagipun mama dibayar gaji untuk buat kerja bukan tgk citer Korea atau berFB,,,hehehe...baik je bunyinya kan...

Mama tgk citer baru..itu yg mama nak kongsi sgt2 tu....mama baru start tgk minggu lepas..tapi mama tak sempat nak promote kat sini....

Drama tu bertajuk 'I MISS YOU'...citer ni sedang on going di Korea...kiranya tgh panas di pasaran la ni..updated la mama ni..hehehe..


Drama lakonan pelakon2 hebat yg semuanya mama minat... Mickey Park Yoochun, Yoon Eunhye,

Mickey
Yoo Eunhye
Yoo Seung Ho

Sinopsisnya:
Kisahnya berkisar tentang seorang gadis yg bernama Lee Seo Yeon...dia mengalami trauma semasa remaja lantaran ayahnya yg bermasalah..ayahnya dituduh melakukan pembunuhan..akibatnya dia dan ibunya dihina oleh seluruh masyarakat..dia dicop sebagai anak pembunuh..lebih memilukan semua kwn2 manjauhkan diri dan menganggap dia juga mampu membunuh...Dalam kesedihan, dia menemui sedikit cahaya dlm kehidupan apabila bertemu dgn Han Jung Woo..seorg anak org kaya..pada mulanya Jung Woo tidak dpt menerima hakikat yg Seo Yeon ialah anak seorg pembunuh..dia juga takut pada Seo Yeon..tapi bagaikan telah ditakdirkan, dia akhirnya menerima dan menawarkan diri untuk berkawan dgn Seo Yeon...
Mereka melalui pelbagai perkara dgn gembira..Seo Yeon dan ibunya kemudian melarikan diri ke rumah seorg detektif yg pernah menangkap ayahnya dulu krn tidak tahan dgn tekanan masyarakat sekeliling yg memulaukan mereka walaupun ayahnya telah meninggal. Detektif itu mempunyai seorg anak yg bernama Eun Joo..mereka melayan Seo Yeon dan ibunya dgn baik. Seo Yeon merasa lebih tenang..Jung Woo kekal bersahabat dgnnya..tanpa disedari dia mula jatuh cinta kpd Jung Woo.
Namun segalanya berubah apabila Jung Woo diculik oleh penjahat yg diupah oleh seorang jururawat yg bekerja dgn nenek tirinya..Mereka menculik Jung Woo krn ingin mengugut ayahnya. Ayah Jung Woo seorang yg zalim dan terlalu gilakan harta...dia telah mengurung ibu tirinya dan cuba membunuh adik tirinya demi harta. Ketika diculik Seo Yeon yg ingin menyelamatkan Jung Woo telah dirogol. Jung Woo yg terpinga dan kaget telah melarikan diri seorg diri dan meninggalkan Seo Yeon...Kenapa jadi begitu...bagaimana kesudahannya??? 

Ohh..itu korang kenalah tgk sendiri ek..mama tak larat la nak tulis semuanya..hehehe...namun yg pasti minum air byk2 sebab mama takut korang terhidrat pulak sbb pastinya byk air mata akan mengalir...

Ni gambar diorg time kecik..kiut dan berbakat sungguh....
Selamat menonton......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan