CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, December 12, 2012

Mencintai Allah melebihi segalanya...

Dulu mama tak mengerti atau mungkin mama tak pernah nak ambil tahu...apa yg mama tahu mama kena jalankan Rukun Islam dan mematuhi Rukun Iman sahaja..
Tapi semenjak sekarang ni perkara ni sentiasa berlegar2 di fikiran mama... mama semakin dipengaruhi untuk mencurahkan rasa cinta yg ulung kepada Allah..
Sebagai umat Islam kita wajib mendahulukan meletakkan Allah di tempat teratas.. kerana Allah yg memberikan kita kehidupan, Allah yg menjadikan kita dan seluruh alam semesta, Allah adalah segala-galanya.
Sesungguhnya Ya Allah sukar untuk menetapkan hati untuk mencintai-Mu..Mungkin kita telah terbiasa mencintai sesuatu yg kita nmpk..Mama percaya Allah itu wujud namun meredhakan hati untuk meletakkan Allah di tempat tertinggi begitu menguji mama...
Berdoa menjadikan diri kita lebih dekat dgn Allah kerana itu mama sentiasa berdoa agar Allah membuka pintu hati mama untuk tulus mencintai-Nya melebihi segalanya. Bila memikirkan tentang memberikan rasa cinta mama terasa sungguh malu kerana mama selama ini mama mencintai dikalangan manusia melebihi Allah..kenapa mama cakap begitu??? Salah satu yg masih segar di fikiran, semasa mama masih dlm proses mengenali papa, adalah sedikit masalah yg melanda kami..biasalah org sedang hangat bercinta..mama masih ingat mama meraung dan menangis sepanjang malam... mama tak lalu makan..hidup mama tak tentu arah...ketika itu hati mama begitu tertekan..mama tak mahu kehilangan org yang mama syg. Bila dikenangkan.. mama rupanya sudah hanyut..mama tidak seharusnya jadi begitu ..seharusnya mama kena bertenang dan redha dgn pergolakan yg berlaku...kerana mama hanya mempunyai konflik dgn manusia yg juga diciptakan oleh Allah.. mama telah menepikan kedudukan Allah...Ya Allah...ampunilah mama....
Mama seharusnya sedar Allah sentiasa ada untuk mama dan cinta mama hanyalah untuk Allah....
Sebagai makhluk Allah, mama berdoa semoga Allah menjadikan hati mama sentiasa mencintai-Nya melebihi segalanya..semoga Allah akan sentiasa mencintai mama..semoga Allah mencintai papa..kerana mama akan mencintai papa kerana Allah.


Mama mencintai ibu bapa mama kerana Allah telah melahirkan mama melalui mereka...mereka manusia yg dipilih utk menjadi ibu bapa mama.. Ya Allah mama bermohon agar mereka berdua diberkati-Mu di dunia dan akhirat. Semoga mereka tidak dibebani dgn segala dosa yg telah mama lakukan....kerana mereka byk mengajar mama erti Islam dan kehidupan... semoga segala dosa mama adalah tanggungjawab mama...jadikanlah kedua mereka sentiasa diberkati rahmat-Mu... semoga roh mek ditempatkan dikalangan mereka yg Engkau cintai..semoga ayah akan bahagia sampai ke akhir hayat beliau..Husnul khatimah utk ayah..sekarang mek sudah dijemput kembali kepada-Mu..ayah masih ada bersama mama..semoga mama masih sempat berbakti buat ayah..
Bila merenung anak2, mama bersyukur krn Allah meminjamkan mereka kepada mama dan papa.. Insya-Allah mama akan menjaga dan mendidik mereka kerana mereka amanah yg tidak terhingga..jadikanlah mereka hamba yg mencintai-Mu juga..
Mencintai Allah melebihi segalanya adalah matlamat hidup mama sekarang...kerana itu mama akan sentiasa berdoa agar mama sentiasa akan dikelilingi mereka yg mencintai Allah..  Amin....

Tuesday, December 11, 2012

Korean Drama: I MISS YOU..

Dalam kesibukan mama melayari hidup seharian..mama masih sempat lagi memberanikan diri menonton drama Korea...nak buat macam mana mama mmg minat ..hehehe..nak seribu daya..tak nak seribu dalih kan...mama pun menonton drama tu time lunch atau breakfast aje... jadual kelas pack dan byk lagi kerja sampingan..lagipun mama dibayar gaji untuk buat kerja bukan tgk citer Korea atau berFB,,,hehehe...baik je bunyinya kan...

Mama tgk citer baru..itu yg mama nak kongsi sgt2 tu....mama baru start tgk minggu lepas..tapi mama tak sempat nak promote kat sini....

Drama tu bertajuk 'I MISS YOU'...citer ni sedang on going di Korea...kiranya tgh panas di pasaran la ni..updated la mama ni..hehehe..


Drama lakonan pelakon2 hebat yg semuanya mama minat... Mickey Park Yoochun, Yoon Eunhye,

Mickey
Yoo Eunhye
Yoo Seung Ho

Sinopsisnya:
Kisahnya berkisar tentang seorang gadis yg bernama Lee Seo Yeon...dia mengalami trauma semasa remaja lantaran ayahnya yg bermasalah..ayahnya dituduh melakukan pembunuhan..akibatnya dia dan ibunya dihina oleh seluruh masyarakat..dia dicop sebagai anak pembunuh..lebih memilukan semua kwn2 manjauhkan diri dan menganggap dia juga mampu membunuh...Dalam kesedihan, dia menemui sedikit cahaya dlm kehidupan apabila bertemu dgn Han Jung Woo..seorg anak org kaya..pada mulanya Jung Woo tidak dpt menerima hakikat yg Seo Yeon ialah anak seorg pembunuh..dia juga takut pada Seo Yeon..tapi bagaikan telah ditakdirkan, dia akhirnya menerima dan menawarkan diri untuk berkawan dgn Seo Yeon...
Mereka melalui pelbagai perkara dgn gembira..Seo Yeon dan ibunya kemudian melarikan diri ke rumah seorg detektif yg pernah menangkap ayahnya dulu krn tidak tahan dgn tekanan masyarakat sekeliling yg memulaukan mereka walaupun ayahnya telah meninggal. Detektif itu mempunyai seorg anak yg bernama Eun Joo..mereka melayan Seo Yeon dan ibunya dgn baik. Seo Yeon merasa lebih tenang..Jung Woo kekal bersahabat dgnnya..tanpa disedari dia mula jatuh cinta kpd Jung Woo.
Namun segalanya berubah apabila Jung Woo diculik oleh penjahat yg diupah oleh seorang jururawat yg bekerja dgn nenek tirinya..Mereka menculik Jung Woo krn ingin mengugut ayahnya. Ayah Jung Woo seorang yg zalim dan terlalu gilakan harta...dia telah mengurung ibu tirinya dan cuba membunuh adik tirinya demi harta. Ketika diculik Seo Yeon yg ingin menyelamatkan Jung Woo telah dirogol. Jung Woo yg terpinga dan kaget telah melarikan diri seorg diri dan meninggalkan Seo Yeon...Kenapa jadi begitu...bagaimana kesudahannya??? 

Ohh..itu korang kenalah tgk sendiri ek..mama tak larat la nak tulis semuanya..hehehe...namun yg pasti minum air byk2 sebab mama takut korang terhidrat pulak sbb pastinya byk air mata akan mengalir...

Ni gambar diorg time kecik..kiut dan berbakat sungguh....
Selamat menonton......

Penikahan Betty Banafe dan Bruce Dargus..

Hari ni baru mama sempat tgk gambar nikah Betty dan Bruce pada 8 Disember 2012 yg lalu....meriah jugak...ermmm kalau nak meriah lagi kena tunggu gambar majlis resepsi mereka 12 Desimber 2012..esok la tu....

Kredit untuk SAZA STUDIO untuk gambar2 ni...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Tahniah dan semoga bahagia selalu....


Amukan Piala Seekor Kambing...

Sejak semalam byk org yg buat statement persis amukan kat ASTRO kerana menunda siaran drama 'PIALA SEEKOR KAMBING'...



Kebanyakan penonton tak percaya dgn alasan gangguan teknikal..mereka menganggap Astro telah mengkhianati janji dan bersifat tidak adil...

Papa kat rumah semalam pun marah2 sbb dia bersungguh tunggu cerita tu.....mama yg mmg jarang tgk tv tak berkesempatan pun nak tgk promo..so mama baru tau semalam la..

Kenapa ek tak disiarkan..itu hanya pihak Astro yg mampu menjawab...setakat ni ramai yg tidak berpuashati memberikan komen dekat laman FB Astro..tp takde pun admin dr Astro yg merungkai permasalahan atau meminta maaf....of coz la kebanyakannya org Kelantan....ermmm..bekeng2 org Kelate nih..jgn dok main...

Namun mama syok gak tgk situasi ni...ini menunjukkan peminat mmg menunggu hasil kerja Sabri Yunus dan mengharapkan yg terbaik drpd beliau..mungkin kerana sebelum ni pun kita mmg sentiasa tidak pernah dihampakan oleh beliau...buktinya drama Sanggul Beracun, Parut Asyikin dan Tali mendapat sambutan dan komen yg memberangsangkan dr peminat drama Melayu tanahair..Malah drama Sanggul Beracun memenangi banyak anugerah...

Mama benar2 berharap yg pihak Astro akan cuba memberikan penjelasan yg menyakinkan dan tidak memberikan jawapan krisye aje... Ini demi menjaga kredibiliti Astro sendiri....



Selamat menonton apabila Astro telah bersedia menyiarkannya...ada yg kata akan disiarkan pukul 4 ptg hari ni...tak berapa relevan sbb time tu bukan time perdana....pastu ramai yg masih bekerja..tension betul....


Sunday, December 9, 2012

Ini bukan kerana POLITIK..

Hari ni mama nak kongsi gambar yang ter'share' dalam FB mama..tapi awal2 lagi mama nak bagitau yg takde niat nak berpolitik atau menghina mana2 pemimpin..cuma mama naka share sebab gambar yg ala2 karikatur ni kelakar dan cantik...mengusik hati mama di pagi yg hening ni....sorry kepada yg terasa atau merasakan mama melampau ok..mama tak berniat pun....


Amacam..cantik tak..untuk menikmati hasil seni ini..usah letak kepentingan politik di peringkat utama pemikiran..just enjoy..hehehe....ok..peace darling...

Sunday, December 2, 2012

Kelab Juara Masterchef..hehehe

Tadi jalan2 kat FB Dr Ezani..terjumpalah gambar2 cun malam tadi....

Muka nak lebih kurang je kan... pandai masak dan educated...wanita pilihan abad ini.....


Comei sungguh Che Lah, Etiqa dan Ezani...org cantik pun boleh masak tau...hehehehe...

Izyan JUARA Masterchef ke-2..

Akhirnya selepas melalui episod2 mencabar... juara Masterchef musim kedua telah berjaya kita tahu jawapannya semalam..

Tahniah kepada Izyan....

Photo: #MasterChefMY2 - Tahniah kepada IZYAN yang telah dinobatkan sebagai JUARA MasterChef Malaysia 2!

Photo: #MasterChefMY2 - Gambar Izyan selepas tamat 3 jam memasak..

Berjaya menewaskan Along

Photo: #MasterChefMY2 - Along dengan muka puas selepas tamat cabaran..

dan..Ah Hong...

Photo: #MasterChefMY2 - Ah Hong keletihan selepas 3 jam masak..

Tahniah ye Izyan..walaupun Izyan bukanlah peserta favorite mama...hehehe...wah semua Juara Masterchef  kita bekas oversea student.....so kpd adik2 yg nak jadi Masterchef sila belajar pandai2 dulu ek....haha ..gurau je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan