CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, February 7, 2012

Iklan lucu di dalam MAJALAH HARMONI

Ini ada story lucu..ermmmm may be korang dah perasan tapi mama saje nak highlight kat sini...sebab pada mama melalui gambar ni kita boleh buat penilaian tentang iklan majalah...dan tentang sikap manusia yg snaggup buat apa saja untuk melariskan jualan dan mencari keuntungan....mama ambil dari MAJALAH KELUARGA HARMONI yg gambar family Lisdawati dan Fauzi kat depan...



Bila tgk iklan di atas..oklah jugak kan..iyalah..pakai tudung..comel la....walaupun make-up tebalnya mak ngah... sekarang tarik nafas perlahan-lahan......hembus..rehatkan fikiran...don't panic ok.....rehatkan minda tumpukan pada gamabr di bawah.....


Aduhai seksinya....dan boleh kah mata kasar anda melihat persamaan antara dua gambar tersebut????

Ok..untuk kasi lebih jelas..korang cuba main permainan 'SPOT THE DIFFERENT' kat bawah...


Rumusan: melalui permerhatian mama...kedua-dua wanita terbabit...adalah SAMA..yg membezakan mereka adalah gaya, pakaian, solekan dan produk yg diiklankan....dah la bahagian yg tak sepatutnya ditonjolkan telah diedit dgn TIDAK BERJAYANYA....
mama tak berani komen byk2..cuba korang nilai sendiri...sorry gambar tak berapa jelas..coz mama ambil dr telefon chokia mama je...tapi kalau nak imej la lebih jelas..korang cuba tgk MAJALAH KELUARGA HARMONI..atau MAJALAH MINGGUAN WANITA...yg kat ruangan iklan..selalunya iklan ni ada kat depan2 lagi....bandingkan sendiri....
Kot ye pun nak guna model yg sama jgn la letak kat page yg bersebelahan..nmpk sgt pembohongan....wakakakaka.....

Blog Zahiril Adzim

Dalam dok layan tulisan blogger2 ni...mama teringat pada seorang artis yg memang seorang blogger..mama dah lama niat nak usyar blog dia..tp tak jadi2 gak...so amacam hari ni kita terjah blog dia..Dgr citer best tulisannnya....

Blog artis yg jadi pilihan mama ni ialah blog pelakon yg best sgt dia berlakon...humble je.... zahiriladzim.blogspot.com 


Tu dia...ZAHIRIL ADZIM...yg terkenal dgn lakonan mantap dalam drama JUVANA tu....fuhhhhh....
Dgr citer filem JUVANA dah siap penggambaran..kiranya sekarang dalam POST-PRODUCTION la kan....mesti ramai yg tak sabar nak tgk DAIM beraksi......

So kalau nak perkembangan terbaru tentang ZAHIRIL ni..boleh la jadi pembaca tegar dia..hehehe....setakat mama jadi follower dia tadi dah 16,515 orang yg bersama2 menyertai blog ZAHIRIL...fuhhh  ramainya....maklum la popular....

Thursday, February 2, 2012

Blog REMY ISHAK

Mama terjumpa blog Remy Ishak..ala HERO MALAYA yg hebat tu.....
Dia seorang blogger yg agak aktif...so kalau korang suka Remy dan nak tau perkembangan tentang dia boleh la FRIEND ngan dia....nama blog Remy ial "DAK'AMAT" Ilustrasi hidup sang Pencipta untuk aku...  

Cheewah....canggih kan....


Selamat ber'blog walking'......

Sekolah Seks Pertama di dunia...

Astaghfirullah al-adzim.....mengucap panjang mama...dan mama percaya sesiapa yg masih berfikiran waras akan bertindak sama dgn mama apabila mengetahui Sekolah Seks sudah ada sekarang walaupun ianya bertempat di Austria dan bukan di Malaysia tetapi ini adalah sesuatu yg kritikal dan amat membimbangkan...

Maka benarlah tanda-tanda kecil KIAMAT sudah ada dan ada pendapat yg mengatakan ia sudah lengkap....salah satu tandanya ialah ZINA BERMAHARAJALELA...manusia sudah tidak malu utk berzina di khalayak ramai..

Sekolah tu bernama AUSTRIAN INTERNATIONAL SCHOOL OF SEX...yurannya lebih kurang RM 6,700 semester...



Tenaga pengajar dan pengetuanya ialah seorang wanita Sweeden iaitu Ylva-Marie Thompson mengatakan sekolah itu menawarkan pendidikan seks secara teori dan praktikal....PRAKTIKAL?????Biar betikkkkkk....

Dalam masa yang sama iklan berkenaan sekolah itu telah di'banned' di Austria...ini menimbulkan kekesalan terhadap pengetuanya...dia merasakan kehairanan kerana mengapa masyarakat tidak mahu melihat sesuatu yg indah..kerana baginya hubungan seks ialah satu ekspresi utk menunjukkan perasaan cinta dua insan...ishhhhh..apa ke hal minah ni?????  itu lah akibatnya sekiranya manusia berTUHANkan pemikiran logik semata-mata...sifat malu sudah dibuang jauh2...

Tatkala mama menulis ni..mama terfikir adakah perlu mama membuat entry sebegini??? Adakah mama akan berdosa kerana berkemungkinan mama terlibat sama seolah2 mempromosi sekolah DURJANA ini...tapi setelah berfikir mama menetapkan niat mama seikhlasnya...tujuan mama menulis ini hanya utk berkongsi apa yg mama baca..supaya menjadi iktibar utk kita semua..supaya kita berwaspada dalam kehidupan kita..supaya kita sentiasa beringat bahawa dalam setiap minit pasti ada DAKYAH yang cuba memesongkan akidah orang ISLAM...

Ini merupakan sesuatu yg menjelikkan bukan hanya kepada orang ISLAM tetapi utk semua agama...perasaan cinta bukan hanya boleh diekspresikan melalui seks semata.. Seks ialah sesuatu yg tertutup dan mempunyai prosedur yg tersendiri... Seks ialah maruah dan bukan utk dipertontonkan...

Islam membenarkan hubungan seks secara HALAL di antara suami isteri yg sah bernikah...walaupun suami isteri itu telah halal dalam membuat intimasi...mereka masih wajib mematuhi beberapa perkara yg telah disyariatkan..kerana ISLAM bukanlah agama yg melampaui batas....

Ya Allah tetapkanlah dan peliharalah iman kami...jauhilah kami anasir yang boleh menyesatkan kami....aminnnn.....


Budak 10 tahun melahirkan anak?

Tadi mama ber'blog walking' ke BUSUK.ORG...pastu kat situ ada link tentang satu entry yg menyebabkan mata mama terbeliak .....
Bila klik kat situ..entry tu dari satu blog yg hebat gak iaitu ASAMGLUGO...

Kat entry tu ada menyatakan ada seorang kanak-kanak berumur 10 tahun telah melahirkan bayi  lelaki yang pra-matang...kelahiran pada usia kandungan 31 minggu...Bayi seberat 3.3 pound itu dilahirkan di HOSPITAL WANITA di bandar Puebla, Mexico..bayi itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana ada radang paru-paru tapi dilaporkan telah pulih...



Ya ALLAH...rupa2nya dia adalah mangsa rogol...Dia yang tinggal di San Francisco telah pulang ke negaranya dan melawat bayi setiap hari utk menyusu...iyalah kan Mexico dan Amerika dekat je... ohhh..mama takleh bayang macam mana keadaan budak perempuan itu..kesiannya..dalam usia yg masih muda dia telah terpaksa memikul tanggungjawab yg besar...walhal dia sepatutnya masih dalam penjagaan ibu bapa...

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut....Nauzubillahi min zhalik...

Safee Sali berharga RM2 juta..


Mohd Safee bin Mohd Sali memang membanggakan kita..dia merupakan pemain bola sepak negara yang PERTAMA yang ditawarkan kontrak bernilai RM2 juta untuk tempoh 2 tahun....fuyoooooo..mahu terbeliak mata mama yang sememangnya mata duitan ini...cheeeewahhh....

Kenapa mama BANGGA? sebab akhirnya orang dah nampak kewibawaan pemain kita...kalau tak mana la PELITA JAYA FC nak...

Walaupun byk spekulasi yang timbul sebelum ini..namun semuanya telah terjawab dgn termeterainya jalinan kontrak itu....

Hari ni HOT.FM pun membincangkan pasal isu Safee ni...ada yg setuju ada yg tak menyokong...
Mama???? penting ke pendapat daripada Mama?? hahaha...mama tau tak penting pun tapi mama still nak komen gak...hahaha...

Mama sebagai salah seorang peminat sukan negara MENYOKONG keputusan Safee...pergilah Safee...bukan senang nak dapat tawaran gitu...mama sebagai orang perempuan ni fikir pasal family dulu..bygkan Safee dapat bayaran sebegitu besar..apa yg dia dapat sebenar:

  1. dia dapat kumpul duit utk masa depan..ialah..kat sana dia mana pakai byk duit..semua org uruskan..pemandu pun ada..iyalah dia pun dah 27 tahun..tak lama dah lagi boleh bermain...sementara org nak ni...terima je la...
  2. dihargai oleh orang Indonesia..sekurang2nya adalah wakil dari Malaysia yang boleh dibanggakan oleh orang Indonesia...bukan senang nak dapat kepercayaan orang lain
  3. bila dah glamor kat sana of coz la akan ada tawaran iklan dan jadi duta produk ke...masyukkk lagi...setakat OPERA VAN JAVA dah jemput Safee..
  4. bila dah pencen nnt..boleh buka bisnes sbb dah ada saving byk..tak de terbiar atau kesulitan..sbb tak boleh dinafikan ada lagenda kita yg diabaikan dan tidak dihargai bila dag tua....
So mama harap semua org menghormati keputusan Safee Sali..of coz la dia dah fikir masak2 dan ranum2 dah....tapi tak tau la dia ada buat solat ISTIQORAH ke tak...iya la manusia hanya boleh predict tapi tak tahu dgn jelas masa depan kerana HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..sebab bagi mama ini semestinya antara keputusan yg paling besar pernah dibuat oleh Safee Sali...

Anyway..good luck dear....May Allah Bless You...bila dah senang nanti JGN PERNAH LUPA RUMPUT DI BUMI....



Wednesday, February 1, 2012

Lunch ala Italy and France...yummy..

Hari ni students masak kat Kitchen...so mama pun makan kat opis je....Hari ni masak makanan ITALIANO dan FRANCE...huuuu...lamao doh tak makan makanan cenggini....

So ini la makanan mama utk tengahari tadi..saje je nak menunjuk....hahahaha (ketawa jahat tp still cute)

Appetizer: Mushroom Bruschetta

Main Course: Fettucinni Arabiata

Dessert: Tiramisu Cake....
So....yummy...terlalu full perut mama ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan