CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, November 11, 2010

Hari yang TENSION...

Huhuhuhu...mama sedih sangat hari...
So untuk menghilangkan tension dan kesedihan dalam hati, mama go shoppppinggggg..hehehehe..
Release la skit...

Monday, November 8, 2010

Separuh Akhir Muzik2 ke-25

Malam ini mama sebenarnya busy coz banyak lagi kerja yg tak siap tp mama still gak meluangkan masa mama yg tak berapa cukup ini utk menonton siaran langsung Separuh Akhir Muzik2 ke-25...antara artis yg bertanding ialah:
  1. Azlan & The Typewriter - Gerak Hati
  2. Akim - Inilah Cinta
  3. Shahir -Kebahagiaan dalam Perpisahan
  4. Hujan - Mencari Konklusi
  5. Mohd - Cinta
  6. Hafiz - Noktah Cinta 
  7. Ana Raffali - Hujan Bunga di Kuala Lumpur
  8. Sabbi Saddi - Nadiku
  9. Yuna - Cinta Sempurna
  10. Nubhan - Oh Juwita
  11. Adibah Noor - Sejujur Hatimu
  12. Faizal Tahir - Hanyut
Secara keseluruhannya..oklah...best tp pada mama effort daripada setiap penyanyi tu masih kurang...rugilah...dah dapat peluang bertanding tp masing2 cukup2 makan jer..tp tu pendapat mama la..org lain mama tak tau la kan...sorry....

However Faizal Tahir still the best..terbuai dan terhanyut mama mendengar lagunya...

Ini adalah beberapa artis yang bertanding pada malam ini...


Chinta oh Chinta...

So best citer ni....

Itulah entry mama......hahahaha..

Citer ni memang best..mama suka sangat...kalau time cerita Chinta..Muyeeh memang dah tau dah..dia tak akan merengek minta pasang DVD Ultraman Cosmos..hehehe..Muyeeh pun layan baik punyer citer Chinta

Memang mendebarkan..lebih2 lagi dah nak ending dah..tp Al-hamdulillah Chinta dah bertaubat sungguh2..
walaupun Chinta ala2 jahat dan wanita murahan tp dia jadi begitu bersebab...Dia jadi begitu kerana terlalu kecewa sehingga syaitan mampu menakluki hatinya..

Tragis ceritanya...mama rasa dia akan berkahwin dgn Rasul Iman kerana Saadatul Saadiah tahu betapa mendalam cinta suaminya, Rasul Iman terhadap Chinta..Chinta yang hadir tanpa diduga..

Indahnya menjadi Saadah..begitu luhur dan berani dalam berdakwah..begitulah org beriman..sentiasa diuji Allah..ujian yang sungguh hebat bagi seorang wanita..Saadah tidak mampu melahirkan anak...

Rasul pula sentiasa di bayangi konflik kerana jiwanya dan hatinya masih tidak dapat memahami siapa sebenarnya yang dicintainya...Rasul digambarkan seorang lelaki yang baik akhlaknya dan sentiasa melakukan kerja kerana Allah..namun hatinya goyah dek kerana Chinta...
Mungkin di sini cerita ini ingin memberi gambaran bahawa wanita mampu melarakan jiwa lelaki..

Bagi mama Rasul tidak berhak menidakkan Saadah kerana itulah ciri wanita impian dalam Islam..Rasul juga sukar menidakkan Chinta kerana wanita itu juga menyintainya dan dalm proses bertaubat..Chinta amat memerlukan bimbingan..Itulah konflik seorang yang bernama lelaki..

Tak sabar rasanya mama menunggu pengakhiran cerita ini..biarlah kebahagiaan menanti Chinta...mendapatkan cinta Rasul Iman adalah memang dihajatinya..namun sekiranya itu tidak berlaku..kecintaan daripada Allah lebih utama..cinta manusia hanyalah suatu bonus agar perjalanan di dunia lebih indah...cinta Allah lebih hakiki kerana akhirat dunia yang kekal abadi..aminnnn...

Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dicintai Allah......aminnnn ya rabbal  a'lamin..

Sungguh letih....

Mama sungguh letih...mengantuk dan jiwa penuh kacau..ini semua dek kerana putera bongsu mama...
Jam 8 malam..dia dah tunjukkan tanda2 mengantuk..tak sampai 15 minit, dia dah terlelap..Yess...so agenda seterusnya..mama kena tidurkan kekandanya pulak..lebih kurang pukul 11 malam..tidurlah si kekandanya...

Yahooooo...ini la masanya mama nak bersama tonton.com.my...mama review cerita2 yang mama tak sempat tengok..sekarang ni mama layan Asmara dan Chinta..tp nak dijadikan cerita putera bongsu bangun balik pukul 2 pagi...huhuhu..time tu la mama baru nak berselimut..nampak kena cancel la..dan akhirnya mama menemankan dia sampai pagi ..ada gak time tu mama terlelap..papa pula kdg2 on..kdg2 off..tp byk yg off la..

Berbalik pasal menonton tu..mama sempat layan Melodi dulu..Iyalah mana sempat tgk time dia live..mama kan kerja hari Ahad..dulu mama memang peminat setia Melodi..tp sejak ada anak ni..tak menyempat la mama..tp kalau ada masa, mama tak lepaskan peluang tgk Melodi..cerita hangat sekarang pasal Nabil break-up dgn Irma Hasmie..alamak..mama suka tgk diorg tu..tp nak buat cam ner tak ada jodoh..cerita lainnya sekitar FFM yg lalu..pahat masih berbunyi walaupun rumah dah siap..macam2 komen..ada yg redha ..ada yg tak puas hati..sebenarnya Malaysia masih tak leh jd Hollywood coz kat sana...artis bebas bersuara dan hentam sesama artis..

Iya lar ..nama lagi Malaysia..masih ada byk tatasusila yg harus dijaga..memang benar kita harus jadi outspoken dan cakap telus..tp hati org kenalah jaga...kita kan diasuh dgn agama Islam yg menganjurkan umatnya sentiasa menjaga silaturrahim..hormat-menghormati...cakap biar berlapik..

Ini salah satu yg meletihkan mama..ape ni..industri dah la kecil..tp masing2 nak tunjuk hebat dan berilmu..ilmu utk dikongsi..kalau dah termaktub si polan tu menang..biarlah..dah rezeki..Allah dah tentukan..jangan la komen ala2 membunuh perasaan member tu..bukan mama nak menyalahkan si pemberi komen tp macam yg mama ckp td la..komen dgn berhemah  jangan bermegah...

Tp senario macam ni kdg2 menarik..sekurang2nya tak der la sepi industri seni tanah air..wartawan pun byk job kena buat..ok la tu...

Ape2 pun muhasabah diri paling penting...bak kata Jehan Miskin dalam Melodi semalam..di kala kita menuding jari ke arah org lain..ingatlah tiga jari lagi sedang menuding ke arah diri kita...so renung2kan...selamat beramal...cheeewahh mama dah macam Prof Izie di HotFM pulak...

Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Love

Hello again and again.....

Ya Allah..sungguh lama mama tidak menulis di sini..bukan mama sudah melupai blog sulung mama ini..cuma mama sudah menjadi alpa dek kerana terlalu mengejar pelbagai benda..mama kdg2 rasa mama ni nak cuba semua..tp hasilnya agak kurang memuaskan..idea tu ada tp rancangan susulan mama tu yang kurang memuaskan..

Tp tiba2 sahaja malam ini mama tergerak utk menulis kembali di dalam blog mama ini..menunaikan kembali amanah kepada diri mama..Kenapa mama panggil ini amanah? Ini adalah kerana sewaktu mama mula2 terfikir utk memiliki blog, mama sudah berjanji pada diri mama yang mama akan sentiasa mencurahkan perasaan mama di sini..mama terlalu cintakan penulisan..mama selalu berangan utk menjadi penulis..tp seperti mama katakan tadi, mama sentiasa ada idea namun pelaksanaan itulah kelemahan mama..mungkin boleh dikategorikan sebagai cakap tak serupa bikin..

oh, mama kenapa jadi begini? sampai bila kamu mahu berubah...

Terlalu banyak yang boleh mama kongsikan bersama..Muyeeh anak sulung mama sudah berusia 2 tahun 9 bulan..adiknya Reefqy pula berumur 8 bulan..mungkin kesibukan menguruskan 2 hero membuatkan mama terkejar2 utk mencari masa utk diri sendiri..

Namun bak kata pepatah..masa tidak menunggu kita..yup..itu mama akui..dan mama selalu kalah dengan masa..malah mama selalu menyalahkan masa..bila mama gembira, mama selalu mengharapkan agar masa itu kekal selamanya..bila mama sengsara mama selalu mengharapkan masa itu tak pernah muncul..bila mama melakukan kesilapan mama sentiasa mengharapkan mama bisa mengundurkan masa..bila mama meraikan kejayaan mama mengharapkan mama mampu merperlahankan waktu..oooo..begitu tamaknya mama..sehingga mama alpa..

Mama lupa kenapa Allah menjadi masa itu terus berjalan tanpa henti dan tanpa boleh diundur kembali..mama lupa hikmat-Nya..sedangkan Allah sentiasa mengingatkan manusia sepertimana dalam firmannya di dalam surah Al-Asr..yg bermaksud...

" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran "

Sunday, May 9, 2010

Ahli BARU.....

We have a new member......Introduce AMAL REEFQY.........


Alhamdulillah....seorang lagi penyejuk hati mama lahir ke dunia ini.....Jadilah anak yang soleh..dan pendamping yg setia untuk Abg Uyeeh....


HAPPY MOTHER'S DAY...

Hari ibu datang lagi.....dan ini adalah tahun kedua aku meraikan tanpa ibu....Peritnya hidup tanpa ibu...
Jealous bila tgk orang lain happy menyambutnya dgn ibu...
tapi dah kehendak Ilahi....aku harus redha dengan ketentuan-Nya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan