CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, September 16, 2009

Syawal Tanpanya....

Tahun ni merupakan tahun pertama Mama sambut hari raya tanpa ibu tercinta....Mama panggil ibu mama Mek....
Semakin hari mendekati Syawal, makin terasa ketiadaannya...Mama memang merinduinya....malah terlalu merinduinya.
Sepanjang hidup Mek, boleh dikatakan setiap hari dia melakukan pengorbanan...baik dari segi tenaga, wang ringgit, masa, perasaan dan keinginan...Mungkin banyak lagi....cuma anakmu yang memang tak mengerti ini kadang teralpa dan terlepas pandang padamu...
Bagi Mama, Mek insan yang teristimewa dan paling mengerti hati dan perasaan Mama, walau Mama yg selalu salah mentafsir hati dan perasaan Mek...

Mama ingat lagi selama Mama hidup dan Mek masih ada, sebaik Mama selesai solat, Mama selalu berdoa agar Mek sempat untuk melihat Mama kahwin, punya anak dan semoga Mama dapat berbakti pada Mek...Tapi bila Mama merenung kembali Mek hanya sempat melihat Mama kahwin dan mempunyai anak..Mama belum sempat berbakti untuk Mek...dek kerana itu Mama terasa sangat dengan kehilangan Mek.. Mama tak sempat beri kesenangan kpd Mek dengan hasil titik peluh Mama..

Malah sampai ke akhir hayat Mek masih berkorban untuk Mama...Mek tak pernah meminta apa2 kerana dia tahu Mama mempunyai masalah kewangan berikutan beberapa perkara buruk yang menimpa Mama dan Papa.. Mek lah orang pertama yang menawarkan pertolongan..Mama tak pernah meminta malah Mama cuba menyembunyikan masalah kami depan Mek tapi sebagai ibu, Mek tahu kesulitan anaknya...
Ya Allah...malunya aku pada Mek...Namun Mek tetap ingin membantu dengan alasan jika anaknya senang hati, dia pun senang...

Terlalu banyak kebaikan Mek sampaikan tak boleh nak digambarkan.... Mek seorang yang tegas dan berdisiplin tp dialah insan yang paling memahami dan sentiasa meletakkan anak2 dan suami sebagai keutamaan..

Lagu 'Masih Jelas' nyanyian Hafiz sentiasa mengingatkan Mama kepada Mek...Mungkin kpd orang orang lain, lagu tu untuk kekasih tapi bagi Mama, lagu itu untuk Mek, kekasih hati dan Matahari di hati Mama '....masih jelas setiap garisan halus bila senyuman kau berikan untukku, masih jelas setiap lekuk penjuru menghiasi wajahmu bila kau renung aku.....'

Mek kasih sayang anakmu ini tetap macam dulu... setiap senyumanmu, pandanganmu, kerlinganmu, nasihatmu, leteranmu, tangisanmu...sentiasa di ingatanku..
Mek masih terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama Mek..banyak lagi cerita yang ingin dikhabarkan pada Mek..masih banyak air mata yang ingin dialirkan di depan Mek....masih banyak ciuman yang ingin dikucup di pipi Mek...masih banyak kerinduan yang ingin dilepaskan dalam pelukan Mek...

Kasih Mek tiada tandingannya bagi kami sekeluarga..perginya Mek kembali kepada kekasihnya yang Agung...tanda tiada gantinya seorang ibu kepada kami...Kami sudah tiada ibu di dunia...Ibu kami menanti di syurga...Kami anak2 memohon doa agar Mek ditempatkan di syurga Allah... Semoga Mek menanti kami di sana... Namun betahkah Mama ke sana...walaupun hati meronta untuk ke syurga...
Ya Allah, semoga kami adalah di antara yang terpilih untuk ke syurga-Mu...walaupun kami tidak layak..Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu..siapa yang layak ke syurga-Mu...
Bila Mek tiada, hanya doa dan bacaan al-Quran sajalah cara untuk kami berinteraksi dengan Mek..Semoga doa dan bacaan kami diterima Allah. Semoga ia dapat menolong Mek di sana...
Mek, kami redha dengan kepergianmu namun sebagai insan biasa hati sentiasa meruntun mengingatkanmu....Semua yang indah adalah apabila bersama denganmu..
Insya-Allah kami akan jaga Ayah sebaik mungkin...walau tak sebaik Mek menjaga Ayah...
Kepada semua...semasa ibumu masih ada di sisi...manfaatkanlah segala masa, harta benda, kasih sayang kepadanya...Namun kebanyakan ibu tidak akan memandang hartamu keran apa yang penting luangkan masa dan berikan kasih sayang yang sejati kepadanya....itu yang mereka inginkan sebenarnya...
Mek, abadilah kau di sana...di sisi Allah Yang Esa....Sayang Mek sangat-sangat.........





Thursday, August 6, 2009

ALKISAHNYA....MUYIH MEMBALING MAWI...

Actually Mawi is one of my favourite artist...but sekarang ni tak la excited sgt..Maklumla dah tua dah...No fanatic anymore...Cuma kalau Faizal Tahir tu orait la gak...Kalau dulu la sapa yang kutuk Mawi...mama cepat2 defend..Member mama memang selalu gunakan Mawi untuk menyakat mama...Entah lah may be aura dia melekat kat mama kot..
Nak dijadikan cerita...dah lama dah peristiwa ni..masa tu mama belum pun kawin ngan papa...Kami singgah la satu kedai jual borong barang runcit..actually mama nak beli gula2 sebab mama nak masuk pertandingan gubahan pengantin menggunakan gula2...Dalam dok pilih gula2..mama tiba2 ternampak satu mug yang ada gambar Mawi..Mug tu kita boleh dpt percuma if beli produk Power Root..So mama tanpa berfikir panjang terus beli...Sukanya hati...Punya la sayang nak guna pun berfikir banyak kali..
Bila mama kawin, mug tu mama bawa ke rumah papa tp tak pernah mama bawa keluar dari bilik..itu hanya untuk minum air dalam bilik aje...Iyalah sayang punya pasal..
Bila Muyih dilahirkan..mug itu masih ada di situ dan jarang2 mama gunakan..
Emmmm...tapi bila Muyih dah pandai pegang barang, mug itu salah satu favourite thing yang dia nak pegang..Why Muyihku sayang?
Dan sekarang bila dia dah mula pandai menendang dan melempar barang mug itu pun menjadi mangsanya...Ohhh...sadisnya...akhirnya pemegang mug itu telah tertanggal hasil pukulan padu Muyih...Nasib baik bilik mama ada karpet so tak berderai la mug...
Sekarang ni mama hanya meletak mug itu di atas meja...tak boleh digunakan lagi..so untuk memastikan dia masih berfungsi..mama letakkan ubat gigi dan berus gigi Muyih di dalamnya...Mula2 mama nak buang..tapi sedih plak bila tengok gambar Mawi dan Rosyam Noor yang dok tersengih kat mug tu...
Kalau la orang lain yang buat mesti mama dah macam nak marah...tapi Muyih yang buat..tak sampai hati...Lagipun...anak sendiri kan...huhuhu.....
Mama tak tau lagi akhiran riwayat mug itu...Sabar aja lah menunggunya...
Inilah kesan balingan Muyih..

Huhuhu....inilah hasilnya....Oh, anakku.........



Rosyam tetap macho..walaupun sentiasa dikasari Muyih...

Mawi pun masih tersenyum..huhuhu...


Monday, August 3, 2009

BEND IT LIKE MUYIH..............

Muyih memang obses dengan bola....Tak kira kat mana kalau dia tgk ada org main bola dia akan terus cakap..GOLLLLLLLLLL......Sekarang ni saja dah lebih dari 10 bola yang dia ada...pergi kat mana2 perkara pertama yang dia survey dulu ialah bola....semua yang bulat baginya bola....
Papa pulak suka sangat layan dia tendang bola...dan Muyih dah boleh tendang bola dengan baik...Thanks to Allah coz mama so worried if my son is KAKI BANGKU...That's why mama galakkan Muyih bila dia suka main bola....Papa lagi suka....Dia kata nanti ada la peneman setia dia gi stadium dan tunggu siaran langsung kat tv......








Tuesday, July 28, 2009

SOALNYA HATI...

Sukarnya kalau perlu menangani benda yang bersangkutan dengan hati.... Boleh buat diri rasa tak tentu arah.Yang paling teruk bila ia mampu menyebabkan kita jadi buntu dan timbul penyesalan yang amat sangat..Itulah yang paling dibimbangkan. Bimbang kalau hati jadi tak mampu lagi menilai mana yang baik dan mana yang buruk... Di kala ini kematangan fikiran amat diperlukan.. Kerana kalau ikut hati, mati...ikut rasa, binasa..
Di saat fikiran kacau dan hati meronta... hanya doa dan beristighfar kepada Allah yang mampu menyelamatkan diri...Tapi itu bukan bermaksud kita hanya perlu ingat pada Allah di kala hati gundah...

Jadi tips from mama...
  1. tenangkan diri (ambil masa untuk bertenang dan berfikir)
  2. cuba nilai setiap keputusan yang diambil
  3. ingat pada orang tersayang
  4. cuba tanya pendapat orang yang dipercayai
  5. jangan terlalu membebani fikiran
  6. buat sembahyang istiqarah
  7. mengaji Al-Quran
  8. motivasi diri sendiri
  9. jangan lari daripada masalah



AKU BUKAN SUPERMAN

First time dengar mama kata tah apa2 tah lagu....Tapi mama salah...kerana lagu ni memang mesra pendengar coz semakin lama kita dengar semakin best.. Mama tak tau la orang lain macam mana tapi kalau mama this is my current favourite song...so cool... Congrats to Al,El and Dul....anak2 Ahmad Dhani (one of my favourite's artist)... So mama downloadkan lagu....

Here is...The Lucky Laki - Aku Bukan Superman



THE LUCKY LAKI- Aku Bukan Superman@ - Click here for more free videos



Monday, July 27, 2009

YASMIN AHMAD...PERGINYA SEORANG PEJUANG SENI...


Sabtu lalu seluruh Malaysia digemparkan dengan pemergian pejuang seni tanahair...Yasmin Ahmad... Mama memang minat sangat dengan Yasmin..semua iklan and of coz her movies...memang memikat hati mama... Mama suka tengok sebab every scene yang beliau create bisa membuatkan kita berfikir....
Namun sebagai umat Islam kita harus redha dengan pemergiannya...namun karyanya tak akan bersemadi... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu...
Al-Fatihah buat roh Yasmin Ahmad..


Sunday, July 26, 2009

MY BEST FRIEND'S WEDDING....


At last...mama's best friend, Hasrell is getting married. Agak kurang ajar ke bila mama kata at last....kuang3x...saja je gurau dengan Seray(nama glamer dia). Alhamdulillah..bertemu jodohnya gak....dengan Suhaiza Hanim....Diorang ni kawin dalam bulan Jun lg tapi majlis menyambut menantu baru je diadakan semalam (25.07.09). Mama, papa n Muyih pegi la makan. Dek kerana lapar,papa siap tambah lg nasi....Hebat papa..Kami pergi dah petang.Rancang nak gi lepas Zohor tp mama ni byk sangat kerja rumah yg nak disiapkan...so last2 lepas Asar la sudahnya..Tp ok gak so boleh borak ngan pengantin lama2 skit....


Seray ni kononnya pada awalnya tak nak bgtau dia dia kawin ngan sapa....Masa majlis dia yang bulan Jun hari mama tak gi coz dia buat kat rumah Hanim kat KL...Seray ni kononnya nak bg surprise kat mama...Tp mama tanya gak nama wife dia...Seray hanya cakap Hanim...Mama ni plak macam CSI skit...so mama selidik lah...mama masuk dia punya friendster...mama cari kot2 ada ada member dia yang nama Hanim...and mama memang bernasib baik...ada sorang nama Hanim...Eh...macam kenal jer... Mama terus telefon Seray...Memang sah..Hanim is my junior....


Kecilnya dunia......


So takde masalah mama nak berckp coz mama mmg kenal Hanim....Happy for Seray....Semoga diorang akan bahagia selama-lamanya...n ramai anak.... LOL.
Lepas tu..one of Seray's friend tu merupakan member papa...so papa jumpa geng la jugak semalam..


Hasrell & Hanim

Muyih..kalau tak naik meja...memang tak sah.... Yang baju belang kat belakang ialah kawan papa yang juga merupakan kawan Seray..Wadi...dtg bersama isteri dan anak yang comey...Amni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan