CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Friday, March 27, 2015

Hikmah perpisahan

Assalamualaikum wbt

Dah lama mama tak check-in kat sini.. mama tak de la busy tp bila kat umah sewa..line internet tak berapa ok la..

Mama akhirnya faham bagaimana perasaan bila berjauhan dengan anak, suami dan keluarga. Alhamdulillah kerana Allah beri mama lalui ujian ini..bukan semua orang dapat merasainya.

Syukur kerana melalui ujian ini..mama jadi makin mengerti ERTI PINJAMAN DALAM HIDUP.

Ya... segala yang kita ada dalam hidup ini hanya pinjaman dari Allah.. Allah terlalu sayang pada hamba-hamba-Nya lantas segala perkara yang diberikan kepada hambaNya mengikut perkadaran yg hanya Dia sahaja yang tahu.

Lantaran terlalu banyak kurniaan dari Allah manusia sehingga lupa bahawa kita tiada hak ke atas setiap sesuatu.. kita ego menyatakan apa yg kita miliki adalah hak mutlak kita. begitu juga dgn mama. Mama terlalu banyak melakukan kesilapan.. banyak yg mama lupa..banyak yg mama sengaja abaikan walaupun mmg mama sedar.

Ternyata pemisahan jarak dgn org yg mama sayang mengajar erti kesyukuran yg banyak.. bersyukur kerana mama hanya dipisahkan dgn jarak bukannya dgn dunia.. Insha Allah ada kelapangan dan rezeki dari Allah mama akan dapat berjumpa mereka...
Cuba bayangkan mereka yg terpisah antara dunia dgn org yg mereka sayang. berpisah dunia bermakna perpisahan kerana kematian.. usah fikirkan org lain kerana mama juga pernah mengalaminya..berpisah dgn ibu kandung.. terlalu sedih kerana kita tahu takkan bersua lagi melainkan jika diizinkan Allah di akhirat kelak.

Mama juga bersyukur kerana mama lebih menghargai org yg mama sayang.. mama jadi lebih banyak bersabar dgn karenah anak2.. mama byk bersabar dgn papa..

Apa yg paling penting mama dapat membuang sedikit ego mama..mama semakin sedar keterbatasan upaya mama..mama tak boleh melakukan semua benda sendirian. sebagai contoh.. mama berterima kasih kerana papa dan seluruh keluarga bersusah payah menjaga anak2.. Terima kasih semua...
Mama termalu sendiri memikirkan yang selama ini mama mmg tak begitu percaya pada orang lain utk menjaga anak mama untuk tempoh waktu yg lama.. akhirnya mama tunduk.. Alhamdulillah ya Allah atas kesedaran ini...

Ya Allah..semoga dipermudahkan segala urusan mama, papa, anak2, kaum keluarga, sahabat-handai dan umat Islam semua..

Thursday, March 5, 2015

Selamat hari lahir puteraku Amal Reefqy

Assalamualaikum

Buat pertama kalinya mama tiada di kala anak mama menyambut hari lahir..
Walaupun kami jarang buat majlis..tp ucapan dan pelukan tak pernah mama lupa berikan pada anak2..
Kali ni hari lahir abe Iqy yg ke-5 pada 2/3 yg lalu..mama takde di sisi..

Alhamdulillah..papa beli kek utk meraikannya..thanks papa..
Walaupun mama jauh di mata...kalian semua terpatri sentiasa di hati mama..
Selamat hari lahir Iqy sayang..


Akulah penjawat awam itu

Assalamualaikum

Mama ada announcement...yg biasa je..
Mama sebenarnya baru aje melaporkan diri di dalam perkhimatan awam..

Sekarang mama sedang menjalani kursus Program Transformasi Minda dan pra-penempatan..

Apa yg agak sedih..mana terpaksa berjauhan ngan papa dan anak2 syurga mama..
Apatah lagi mama ditempatkan bertugas di Putrajaya...

So bermulalah sessi PJJ yg tak pasti bila penamatnya..

Kali ni mama kongsi gambar kat tempat kursus.. kursus selama 2 minggu lebih..hari ni yg ke 10..




Ya Allah lambatnya lagi nk berjumpa ngan anak2..sabarlah wahai mama..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan