CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, November 23, 2014

Mahar di Kelantan

Assalamualaikum

Cuti sekolah bermula...maka bermulalah edisi menyempurnakan senarai undangan perkahwinan..
Memang dah jadi trend..cuti sekolah la time paling famous utk buat kenduri.. senang nk kumpul kaum kerabat..

Macam biasa.. benda yg ramai orang nak tahu dan nak dengar time akad nikah ialah tentang mahar..
Kalau kat negeri lain..org tak ambil kisah pun sebab mmg sama je..tapi istimewanya di Kelantan.. mahar yang disebut dalam akad berbeza sikit.. bagi kita di Kelantan ..wang hantaran adalah mahar..
Jadi dalam akad..akan kedengaran banyak la jumlah RM yang akan disebut..

Ada lagi sebenar orang luar Kelantan yang tak dapat terima cara ni..diorang terkejut kena bagi banyak..hihi
Sebenarnya bagi mama tak de banyaknya kerana bagi kami di Kelantan.. apa yang disebut mahar itu..itulah yang wajib diberi oleh suami.. keluarga perempuan tidak lagi meminta wang pendahuluan utk majlis perkahwinan seperti mana yg diamalkan oleh masyarakat di luar Kelantan..kiranya majlis kawin akan diurus sendiri tanpa bantuan daripada pihak lelaki.. kecualilah pihak lelaki nak sponsor..lagi bagussss..hihi

Bagi mama..antara hikmahnya wang hantaran dijadikan mahar adalah untuk kesenangan perempuan.. semoga perempuan yang dikahwini itu ada bekalan dalam meneruskan kehidupan selepas menjadi isteri...
Kerana wang mahar adalah hak mutlak isteri..sesiapa pun tak boleh menyentuh mahar itu..semoga para isteri memanfaatkan mahar itu sebaik mungkin..agar keberkatan berterusan..

Namun yang mendukacitakan ialah...tetap jua ada perlumbaan dan perbandingan di situ.. memandangkan jumlah mahar disebut ketika akad...ramai yg meletakkan harga yg tinggi atau cuba melebihi antara satu sama lain.. kononnya malu jika kedengaran mahar yg rendah.. kononnya tak syok jika anak kita rendah maharnya dari anak jiran atau saudara kita yg lain...
Ya Allah..matlamat utk menjaga anak perempuan kita dah semakin lari dari asasnya..kita lebih kepada niat untuk menunjuk.
Bila aje satu perkahwinan dimulakan dengan wujudnya riak.. apakah lagi nilai yg tinggal..
Susahnya nak membetulkan paradigma masyarakat kita.. kadang2 mak ayah pengantin perempuan dah tak kisah dgn jumlah mahar anaknya...tapi still juga ada mulut2 yg menjaja cerita.. suara sumbang yang menyesakkan...

Tinggi dan rendah mahar tidak boleh dibanding begitu saja kerana setiap daripada kita punyai tahap materialiti yang berbeza.. terkadang jika sesorang lelaki yg memang berkemampuan..dia nak bagi mahar yang agak tinggi jika dilihat dalam pasaran perkahwinan..itu adalah hak dia..mungkin jumlah itu biasa baginya.. janganlah sewenang dituduh dia nk menunjuk..
Jika seseorang lelaki yg sederhana dan dia tak mampu utk bagi mahar yg tinggi..jgn dipaksa dia berbuat begitu..berilah dia peluang utk memberi yang seikhlas mungkin..

Bagi mama... yang penting kita lebih tahu apa yang kita rasa.. apa yang kita buat.. fikirlah sebelum bertindak..kerana segala akibatnya kita dan anak2 kita yang akan tanggung...berpegang pada prinsip.. jika ada orang lain yang nak bagi pendapat..ambillah jika selari dgn hukum Allah dan memberi kebaikan..jika pendapat mereka hanya menambah keburukan.. berikanlah senyuman yang paling manis buat mereka dan doakan mereka..





Thursday, November 20, 2014

Kenapa susah untuk didik anak?

Assalamualaikum

Selamat pagi..
Awal hari ni.. pukul 10 mlm td dah tidur..bangun balik pukul 12.30 pg..untuk masak sikit..esok jamuan kat PASTI abang Uyeeh..

Sambil kemas apa yg patut kat dapur..tetiba mama terkenang kejadian pagi tadi.. pagi tadi ada majlis penyampaian hadiah dan sijil kat Tabika Abg Iqy..
Ya Allah... betul-betul menguji minda dan hati..
Ceritanya..Iqy dah dua bulan tak pergi tabika.. ekoran kejadian dia lari dari tabika secara senyap-senyap.. bila tanya kenapa..dia cakap taknak pergi lagi..
Memandangkan dia masih empat tahun papa dan mama tak nak ambil risiko..takpe la..tak payah pergi. Kami bimbang dia lari lagi dan tentu korang boleh gambarkan apa kemungkinan yang boleh berlaku apabila seorang anak kecil berseorangan di luar rumah...tak sanggup nak fikir..minta dijauhkan segala musibah..
Tapi sebenarnya mama pun tak sangka dia nak hadir ke majlis penyampaian hadiah tu..mungkin bila disogok akan diberikan banyak hadiah.. biasalah kan. Kita yg dewasa ni pun suka kalau orang nak kasi hadiah..

Sebenarnya mama tak sepatutnya terkejut atau kecewa dgn apa yang berlaku..sebab mama memang kenal anak mama yg sorang tu.. dia seorang yang konfiden bila dia benar-benar yakin dia di zon selamat.. jadi memang susah untuk berlagak normal di tempat yang ada ramai orang yang dia tak biasa dan ditambah pula dia menjadi fokus utama..senang citer Iqy ni jenis low-profile sgt.. tak suka tayang diri.. kecuali la di hadapan orang yang dia dah biasa..ermmmm terlalu nak tonjol pula...

Time nama dia dipanggil..dia taknak keluar. Punah harapan mama nak ambil gambar dia time terima sijil dan hadiah.. kiki.. lepas lama dok pujuk..dia masih lagi melentokkan tubuhnya dan mengunci langkah..mukanya ditunduk ke bawah..walau digesa tak nak bergerak langsung...akhirnya mama dia yg tergodek-godek pergi ambil hadiah..
Yang best bila mama kembali ke tempat bawa hadiah..terus excited nak buka...ermmm pulakkkkk....

Ya....memang betul setiap anak..lain perangainya..lain cara didiknya...
Nak tak nak mama kena fikir cara kreatif dan banyak berdoa dalam mendidik anak-anak syurga.

Kenapa susah nak didik anak?
Kenapa mak ayah kena banyak mengkaji anak-anak dalam cari jalan terbaik untuk mendidik?
Kenapa perlunya ilmu keibubapaan?
Dan kalau nak kira masih banyak lagi soalan yg nak ditanya dan perlu dicari jalan penyelesaian..

Untuk semua soalan di atas dan lain-lain soalan yang berkaitan kenapa perlu jaga dan didik anak ... mama rasa mama tahu sebabnya..

KERANA ANAK ADALAH HARTA ABADI..ANAK PUNYA FUNGSI BESAR KEPADA KITA..KITA YANG MEMERLUKAN MEREKA. KERANA DOA ANAK YANG SOLEH MERUPAKAN SALAH SATU KOMPONEN YANG MENJADI BEKALAN KITA SELEPAS KITA MATI.

Jadi motivasi untuk tidak rasa lemah dan kecewa dalam mendidik anak...always keep on mind.. anak itu aset kita.. jika nak bahagia dunia akhirat...salah satu caranya didik anak dengan baik...didik dengan cara Islam.

ANTARA JALAN UNTUK 'TACKLE' ANAK

  1. KUNCINYA SABAR DAN JANGAN BANDINGKAN ANAK KITA DENGAN ORANG LAIN TERMASUK SAUDARANYA SENDIRI..
  2. FIKIRKAN KEISTIMEWAAN ANAK ITU.. KADANG2 KITA TERLALU FOKUS PADA SATU KELEMAHAN ANAK KITA..DAN MENGABAIKAN BANYAK LAGI KEISTIMEWAAN ANAK KITA
  3. LEBIH TERBUKA DAN JANGAN CEPAT BUAT KONKLUSI ATAS SEGALA TINDAKAN ANAK KITA
  4. PELUK DAN SENTIASA LUAHKAN RASA SAYANG DAN BETAPA PENTINGNYA MEREKA PADA KITA 
  5. BACAKAN DOA DAN BANYAKKAN AMALAN SEDEKAH DEMI MEREKA
  6. KENAL DAN LAYAN DENGAN MESRA KAWAN-KAWAN MEREKA
  7. MASAK UNTUK MEREKA.
  8. ELAKKAN PERGADUHAN DI DEPAN ANAK. DAN JANGAN MELEPASKAN KETIDAKPUASAN HATI KITA TERHADAP PASANGAN KEPADA ANAK.
  9. IBUBAPA KENA BANYAK BERBINCANG DAN BEKERJASAMA.
  10. SOLAT BERJEMAAH DAN BACA AL-QURAN BERSAMA

Mama rasa banyak lagi kot cara yang bagus untuk berdamping dgn anak.. yg di atas hanya contoh yg mampu mama fikir pada masa ini..


Selamat berusaha semua ibubapa..jangan pernah berhenti belajar..ilmu kehidupan terlalu luas dan sentiasa berubah..

Mama sayang anak-anak mama..

Monday, November 17, 2014

Detox water!!

Assalamualaikum

Mama pun tak sangka yang mama boleh terjebak dgn detox water..
Yang penting mama try juga melibatkan diri kerana setelah membaca banyak kebaikan mengamalkan detox water a.k.a infused water..

Tapi mama buat yg basic je dulu..
Actually mama first trial hari Sabtu yg lalu...
Mama letak limau nipis yg mama potong bulat2.. pastu mama nampak ada kiwi..mama pun letak gak la...konon buat variasi la..
Esoknya mama pun dgn confident minum... ya Ampun...pahit sungguh..haha
Namun dalam hati ni dok positifkan diri... pahit kan ubat...
Fuhhhh... dengan kiwi sekali jadi pahit..tp Alhamdulillah lepas dua tiga teguk..tekak dah boleh terima..

Dan semalam..mama buat lagi detox water..kali ni guna lemon...
Still gak rasa pahit tp tak ketara sangat... pahit masam ...ok la tu...

Cara buat detox water ni senang aje..
Letak separuh botol kita tu dengan ais..masukkan lemon atau apa2 jenis buah atau herba yang korang nak..kemudian penuhkan botol dgn air biasa... goncang2 sikit.. Lepas tu masukkan dalam peti ais... Selepas 4 atau 5 jam..dah boleh minum..yeayyyy... senangnya korang buat malam.. esoknya dah boleh minum..

Senang je kannn...jom buat detox water... amalkan cara hidup sihat..






Sunday, November 16, 2014

Jom tengok ulaqqqqq...

Assalamualaikum

Jom tgk ulaqqq kat Muzium Negeri Kelantan...

Event ni mmg abang uyeeh dah request sejak sebulan yg lalu..
Time mama drive..berhenti kat traffic light dan dia terbaca ada promo pameran ular... terus nak pergi..
Hiiii..mama ckp kat uyeeh yg mama geli.. uyeeh pergi ngan papa la yeee...

Tapi demi anak akhirnya mama pergi juga...bersempena hari jadi papa 14.11.14.. papa belanja pergi...

Banyak sungguh soalan dr uyeeh dan iqy.. qysya pulak excited sungguh..tak takut langsung...paling qysya suka tgk ialah aksi 'Gadis dan Ular'..



Lepas tengok ulaqqqq... papa belanja aiskrim...yummmyyyy...thanks papa..


Friday, November 14, 2014

Ini harimu...sayangku

Assalamualaikum

14.11.14
.
Such a beautiful day for a special man..
.
It's your day...papa
.
Happy birthday, sayang
.
Semoga hidup sayang akan sentiasa diberkati Allah di dunia dan akhirat..
.
Semoga Allah akan terus memberi mama peluang untuk sentiasa menjadi pendamping papa..berkhidmat untuk papa... mendamaikan hati papa dan menyejukkan jiwa papa
.
Sesungguhnya hari ini adalah hari pertambahan usia.. semoga ia akan menjadi detik dan tanda aras untuk papa mengingati apa makna kehidupan..apa yg kita perlu dalam kehidupan.. semoga segala amalan baik akan dipertingkatkan..kita akan berusaha bersama..
.
Semoga papa terus tabah mengharungi ujian daripada Allah..
.
Semoga kembali sihat dan cergas..
.
Mama dan anak-anak syurga kita terlalu sayangkan papa.. semoga kasih sayang di antara kita tidak melebihi kasih dan cinta kita pada Allah dan Rasul..
.
Ya Allah berkatilah kehidupan kami sekeluarga di dunia dan akhirat..
.
SELAMAT HARI LAHIR, SAYANGKU..




Saturday, November 8, 2014

Resepi : Penkek Sultana

Assalamualaikum..

Hari2 hujan ni kami asyik lapar je..melainkan papa yg masih sakit..
Rasa macam nak makan lempeng je... huhu.. orang bandar panggil penkek...huhu

Mama buat yg simple je...
Inilah rupanya...


Bahan-bahan

2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu minyak masak
2 cawan air - kalau nmpk pekat lagi..tambah lg.. tp jgn cair sgt..
Sedikit garam

Cara membuatnya
- campur kesemua bahan.. kacau dan sebatikan
-  bila semua bahan dan melarut.. tapis adunan.. 
- panaskan non-stick pan.. dan boleh la mulakan memasaknya. Ala-ala apam balik
- taburkan kismis 
- bila dah agak masak..terbalikkan..
- kemudian angkat dan hidangkan..
- boleh dimakan dengan mencicahnya ke dalam susu pekat, madu atau coklat..
- jika korang nak mkn begitu sahaja, time korang tabur kismis, sila taburkan gula sedikit..

Selamat mencuba..


Thursday, November 6, 2014

Allah sayangkan papa

Assalamualaikum

Selamat pagi...hihi
Tentu ada yg telah diulit mimpi indah..tapi mata mama ni tak mengantuk lagi..

Entah la tak mengantuk la pulak..
Bila tgk wajah papa dan anak2 yg dah tidur..tenang sikit rasa hati..
Iya la selepas peristiwa yg mendebarkan tadi berlaku.. gastrik papa menyerang lagi..
Mungkin pada orang lain..biasa la kan..tp agar mendebarkan bagi kami yg tak pernah mengalami..
Balik dari kerja tadi tgk wajah papa lesi dan penuh kebimbangan.. tanya la kenapa.. papa cakap takde apa cuma dada sesak sikit..
Ok..pelawa minum taknak.. urut la sikit2..
Tanya la kat papa..kot-kot nak gi klinik.. tapi papa senyap aje..
Mungkin sbb mmg dah tahu...time nak maghrib ni klinik kawannya tu mesti la tutup..
Papa nampak resah.. tak selesa baring kat katil..pergi baring kat kerusi panjang di ruang tamu..mama tgk wajah dia..nampak sangat muka menahan sakit...
Tetiba aje papa cakap nak pergi klinik..
Mama ckp..klinik mesti buka dalam lebih kurang pukul 8 mlm ..
Untuk confirm doktor ada atau tidak..mama pun call la doktor...Alhamdulillah doktor ada..bila aje bagitau yg papa sakit..terus doktor suruh bawa papa ke klinik..
Ya Allah...syukur... terus mama dan papa pergi bersiap..lps aje solat maghrib kami pun bersedia utk pergi ke klinik..
Cabaran pun datang.. pada mulanya kami bercadang untuk  tinggal aje hero2 dan heroin kami di rumah.. tp rupa-rupanya..semua yg diharapkan untuk minta tolong jaga..ada aktiviti tersendiri... so..apalagi..nak buat mcm mana...kita angkut semua pi klinik..
ROMBONGAN MAMA KE KLINIK!
Sampai ke klinik doktor check dan ermmm kena masuk air nampaknya papa..
Dannnn.....papa mmg gerun sikit bab cocok-cocok ni...


Nampak muka papa time kena cocok...
Hihi...
Dan kami pun tunggu la papa ... ada dua kerisauan dalam hati mama.. risau kat papa dan risau kat 3 anak syurga mama tu.. diorg kena tunggu lama dan semestinya byk drama akan terjadi..
Thanks Dr Ariff yg mmg sporting dan sabar dgn karenah kami...

Papa,
Ketahuilah Allah sayang pada papa ...sebab tu Allah uji papa..
Allah tak lupa pada papa dan Dia nak pastikan papa tak lupa pada Dia..
Setiap ujian ada hikmahnya..semoga dengan sedikit ujian ini.. semakin dekat papa dengan Allah.. semoga dapat menyucikan dosa-dosa sebelum ini..

Mama sayang papa.. Alhamdulillah semoga dgn keuzuran papa ini..mama akan dikurniakan kesempatan untuk lebih berbakti kpd papa demi mencari pahala dan keredhaan Allah..


P/s: coretan ni ditaip selepas kami pulang dr klinik.. so dah sehari..tp sekarang baru nk post..








Tuesday, November 4, 2014

Gastrik menyerang

Assalamualaikum

Pagi tadi macam berdebar sikit..
Papa whatsapp cakap pergi check kat hospital..
Ya Allah..hati isteri mana yg tak berdebar bila aje dpt berita gitu..

Memang dah 2-3 hari papa bagi tau yg dia rasa tak sedap badan.... dada tu rasa macam sesak je..

Tadi pagi pun dia ada mengadu.. mmg nak bawa je dia ke klinik ptg ni.. tup tup dia dah pergi..tak tahan sangat...

Bila check..gastrik...
Doktor masukkan ubat ..
Papa cakap sakit gak..

Alhamdulillah lps tu boleh balik opis dan buat kerja.

Kesian sayang mama..

Ya Allah peliharalah kesihatan suamiku..




Kawan papa ambil gambar dalam emergency room..nk hantar kat mama..
Gambar ni bernilai..sbbnya...misi kat situ marah kat dia sbb dok ambil gambar time rawatan..hihi

Dua jam lepas..papa hantar gambar ni...


Dah tersenyum..lega rasanya..
Alhamdulillah..

Sunday, November 2, 2014

Oat Cookies by Quaker

Salam semua

Mama rasa begitu lapar...
Oh please..help me..
Apakan daya malas la nk pi cari nasi atau makanan..

So..cari apa yg ada dlm laci meja Nobita..
Jumpa biskut oat..

Ok la jugak kan..lagipun tadi dah heavy breakfast.. mama dah makan nasi lemak dan kuih muih..

So ...sesiapa yg malas macam mama...beli biskut oat drpd Quaker ni..best dah boleh tampung kelaparan korang..

Terdapat dlm byk perisa...so google2 la kat store berhampiran..


CELCOM 1 Malaysia

Assalamualaikum...

Nak citer benda sedih.... huhuhu

Intro citer...
Mama ni pelanggan Celcom 1 Malaysia.. RM25 setiap bulan utk plan internet..
suka la guna.. walaupun hanya 1 GB tapi walaupun dah habis.. still boleh guna internet selagi tempoh tamat tak habis..cuma slow la skit.. untuk whats app dan fb..ok je..

huhuhu..tapi....

Sejak Celcom lancar dan upgrade sistem...semua tu dah tak boleh...huaaaaaaa...
habis je 1 GB..terus mobile data bergerak dan kikis credit...
Anak mama pulak suka nengok youtube... sehari dah habis 1 GB...dan mama tak tau...so.. tetiba je tgk kredit habis...tolonggggggg..

Frust la jugak..

So apa yg patut mama buat...???

Tukar plan atau tukar provider??

<masih buntu>


Rozita Che Wan ♥ Zain = Princess Comel

Assalamualaikum

Huiii... semua dok viral citer anak Che Ta dan Zain..
Alohaiiii...mmg comelll...geram nak cubit2..
Tahniah Che Ta dan Zain...Kombinasi cantik dan hensem... dengan izin Allah jadilah princess yg anggun comel dan memikat..

1 November 2014... baby comel mereka menjenguk dunia... semoga jadi baby solehah..

Mesti Che Ta excited dapat baby girl... macam mama hari ti..iyalah kan sebelum ni dua orang hero..
Mesti mengerlip la baby comel tu..mummy org glamer...hihi..




Che Ta lepas bersalin comel jaaaa...
Berbeza dgn mama...huhu
Tahniah naaaa...

Rindu la pulak time princess Qysya mama baby dulu..



Selfie... susah nk buang tabiat!!

Assalamualaikum

Busy ke?
Mama busy gak..marking paper students..
Korang dah selfie ke hari ni?
Hihi..
Mama dah...macam sukaaaarrr nk buang tabiat..
Mmg dari dulu sula selfie..sebelum term selfie diperkenalkan..dulu panggil ambil gambar sendiri je...
So sorry ye if ada yg menyampah...
Selfie ok kott..cuma jgn melampau...
Mama kurang dah selfie kat facebook.. mama selfie pun sebab nk whatsapp kat papa..
Kikiki..


Dulu kalau nk selfie mesti kalut cari apps camera 360..
Sekarang tidak lg..
Thanks Dhia Ardini...
Menambahkan keyakinan mama..

Hihi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan