CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, May 28, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia!

Menjadi fenomena la sekarang ni.. semua org dok bercerita pasal citer lakonan Tix Zaqyah dan Izzue Islam.. SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!.. Dan mama pun mmg dah terjerat dari episod pertama lagi... mama mmg minat Tiz.. so pada mulanya mama nak tgk2 aje mcm mn ceritanya...last2 sangkut...dan mama adalah salah seorang yg sentiasa tak menyempat nk tgk the next episod...

Sekarang ni papa pun tgk tau... kalau tgk citer tu mulut kami tk lekang dgn tersenyum..iyalah ada saja gelagat lakonan bersahaja Tiz dan Izzue yg mencuit hati....

Seperti kebanyakan org dh tau..drama rantaian ni merupakan adaptasi drpd novel yg meletopppp nukilan ZURA ASYFAR...

Bila masuk kerja lepas pantang ni..rupa-rupanya Kak Dini, opismate mama pun mmg masyukkkk dgn citer ni...Kak Dini siap pinjam novel tu dgn student... wakakakaka..pinjam ngan student tu... dalam 2 hari aje dah siap baca...

Jadi sekarang giliran mama pulak nak baca..so senyapppppppp semua..mama nak pay attention pada Syaf dan Firash ni... hahaha..bermula pengembaraan ke dunia cinta mereka...


ooooo...rasanya nak golek2 ..hehehe (penggemar novel mesti tau perasaan nak bergolek2 kalau baca novel....maksudnya nak menghayati la tu).....



Thursday, May 23, 2013

Selamat kembali...

oooooooooooo....hari ni hari pertama mama mula bekerja.. iyalah selepas 2 bulan bercuti.. tp bukan cuti goyang kaki ye... cuti dua bulan tu ada makna.. malah mama rasa lagi busy drpd dok kat opis... mama berpantang dan menjaga anak2.. bila dah habis 44 hari berpantang, mama mula buat kerja rumah.. lagi bertambah busy la jawabnya.. time mula2 berpantang dulu best sgt sbb semua benda kakak kesayangan mama, Cik Nie yg buat..mama mmg tak buat apa2... kesian ngan Cik Nie..
Bukan apa.. kalau mama buat je kerja..kena marah..malah Cik Nie siap report lg kat kakak2 mama yg lain... berpusu2 mesej masuk... mesej berleter la...
Mama terharu sgt.. walaupun arwah Mek dah tiada..tp mama tak pernah kurang kasih sayang..semua kakak mama terlalu baik.. love you all....
Opppss..papa pun byk membantu tau...mama bertuah ada papa... time pantang mama tak pernah sekali pun mandikan Qysya.. semuanya dilakukan Cik Nie dan papa..
Papa mmg mahir bab mandi2 baby... mama mmg fail.. lps baby kami umur 50 hari ke atas barulah mama terhegeh2 nak mandikan.. entahlah selalu je macam tu....

So hari ni mama start kerja..dgn kerja yang banyak sebab Ahad nanti kumpulan penilai dari MQA nak lawat kolej... jadi mama tak boleh lagi ada 'holiday blues'.........

So...ini wajah org baru masuk kerja... tapi ni guna teknik Camera360.. haha..biar nmpk gebu skit... ala ni kan trend terkini.... so jgn meluat ye..tak nak tgk tutup mata okay.love you all...

Daaaaa....mama nak bekerja ni..(cecece..semangat gilosssss)



Thursday, May 16, 2013

Sudah-sudahlah Afiq Muiz...

Mama tak tahu pun pasal cerita sensasi Afiq ni selain drpd dia masuk Masterchef Selebriti Musim Kedua.. iyalah sejak dlm tempoh berpantang ni..mama tak layan sgt ruangan gossip2 ni..tak sempat..nak layan puteri cilik lagi... hah 2 org putera lagi tu pun nak dimanjakan juga...
Rupanya dia ada masalah dgn ibunya...katanya ibunya telah mengusirnya dr rumah dan menghubungi hanya kerana pentingkan duit..dia juga mengatakan ibunya sudah tak sayangkannya lagi.. walaupun ada penafian drpd pihak ibunya yg mengatakan dia tidak pernah mengusir Afiq..


Kehangatan masalah itu brtambah bila mana Eina Azman yg digossipkan dgn Afiq tampil mengatakan ibu Afiq mengugutnya dan mengatakannya menggunakan duit Afiq..Eina meminta ibu Afiq meminta maaf kpdnya..

Sebagai org luar..mama tak tau cerita sebenar..tp bagi mama usahlah dihebohkan keaiban dalam family kita... Masalah akan menjadi lebih besar dan mungkin lebih ramai yg akan terluka...

Mama masih ingat bait2 dialog dlm cerita "Ampunkan Dosaku" lakonan Ezani, Fauziah Nawi, dan Zamarul..Dialog yg dilafazkan oleh Ezani begitu terkesan dihati mama sampai sekarang..walaupun sudah lebih 15 tahun mama menontonnya... katanya, " SEORANG IBU TAKKAN PERNAH BERDOSA DGN ANAKNYA, APA YANG ADA HANYALAH DOSANYA DENGAN ALLAH"...
Ini bermakna seteruk mana pun seorg ibu itu..walau dia pernah melakukan kezaliman kpd anaknya..dia tak berdosa kpd anaknya kerana sebenar2nya dia berdosa dgn Allah krn tidak menjaga amanah Allah dgn sempurna.. Jadi seorang anak haruslah sentiasa berlembut dan berbuat baik dgn ibunya... Ingatlah jasa-jasanya selama ini..takkan pernah seorang anak mampu membalas jasa seorang ibu... takkanlah hanya kerana sedikit kekasaran drpd seorg ibu, seorg anak sudah menganggap ibu sebagai seorg musuh..

Jadi tak salah sebagai seorang anak, Afiq berbincang dan memohon maaf dgn ibunya... rendahkanlah ego di depan ibu... usah persoal siapa yg salah..beralah tak semestinya kalah... sebelum terlambat, buatlah keputusan dgn bijak.. usah dgr cakap org luar.Afiq dah cukup dewasa dan bijak utk membuat keputusan...
Kepada Eina, sudah2lah.. jgn menambahkan kekeruhan... kadang2 diam lebih baik drpd bersuara..bukan semua benda kita perlu buat press conference..

Maafkan mama sekiranya mama tersalh dlm memberi pandangan....

Wednesday, May 15, 2013

Jangan selalu meminta...

Pepatah ada mengatakan yang tangan yg memberi lebih baik drpd yang menerima.. itu sebenarnya suatu motivasi bagi kita semua utk selalu bersedekah dan mengeluarkan zakat.. zakat bermakna SUBUR.. jadi apabila kita berzakat, Insya-Allah akan semakin suburlah harta kita...

Mengapa mama mengeluarkan topik ini??? Ini semua kerana mama baru aje sembang2 dgn mak mentua mama (Ma).. Ma cakap esok dia dapat tempahan makaroni bakar sebanyak tujuh biji daripada org yg dah tempah dgn dia dua hari lepas... Org tu ialah cucu kpd seorg makcik yg selalu buat tempahan makaroni dgn Ma... Ma ckp makcik tu suruh buat 1 biji makaroni bakar percuma buat dia...
Mama pun mcm terkejut sbb seingat mama dua hari lepas dia dah minta... esok minta lagi...
Sekarang bukan isu Ma tak nak buat utk dia dan beri secara percuma..bukan juga Ma tak ikhlas.. tapi sepatutnya makcik tu agak2 la sebab tak kan setiap kali buat order nak yg percuma...  Untuk pengetahuan semua, setiap kali makcik tu buat order mesti dia tanya... ada lebih tak, ada yg free tak...rgSepatutnya makcik fahamlah Ma kan berniaga... Kalau ada lebih, tak perlu minta..Ma mesti baginya..

Bukankah lebih elok sekiranya org memberi secara ikhlas tanpa perlu kita meminta.. kerana sifat itu akan menjadi tabiat... mengaibkan diri sendiri... sekali dua takpe la..lama2 siapa yg tak tension.. rupa-rupanya makcik tu mmg selalu menjadi bualan.. ini kerana dia sentiasa aje cuba nak meminta kat mana sahaja dia pergi...

Niat mama bukan nak membuka aib org tapi sekadar utk sama2 mengingatkan diri sendiri dan kwn2 mama yg mama syg... jgn sesekali suka meminta walaupun dgn seseorg yg kita rapat... kerana ia akan menjadi tabiat yg boleh menjatuhkan maruah kita.. semaikanlah perasaan malu dlm diri..kerana Rasulullah s.a.w juga seorang yg pemalu.... Ukhuwah sesama kita juga akan tercemar sekiranya sikap itu menjadi amalan..

Kepada yg berkemampuan..teruskan memberi dgn ikhlas..krn ganjaran Allah itu cukup besar..

Tuesday, May 14, 2013

Dahlia oh Dahlia!

Selepas hebat dgn Adam & Hawa ..diikuti hangatnya Sehangat Asmara... kini Kak Ton dan anaknya Zetty Adila terus menghasilkan satu lagi drama rantaian yg hebat dan menyayat hati... DAHLIA...


Sinopsis:
Dahlia lakonan Dira Abu Zahar mengisahkan seorang wanita yg cekal ...yang terlalu sibuk dgn kerjayanya dan mengurus rumahtangga... Dahlia merasakan hidup cukup bahagia kerana dianugerahkan suami yg penyayang dan 2 org anak. Namun takdir telah menentukan segalanya di sebalik kebaikan suaminya, Razman lakonan Hans Isaac.. Razman mempunyai hubungan terlarang dgn sahabat baik Dahlia sendiri iaitu Haliza lakonan Raja Ilya.. Haliza sebenar kekasih pertama Razman.. setelah mereka berpisah barulah Dahlia dan Razman berkahwin. Apabila berjumpa kembali, Haliza bekerja bersama di syarikat milik Dahlia dan Razman..kerana cemburu dgn kebahagiaan Dahlia, Haliza telah menggoda Razman kembali.. malah agenda jahat Haliza semakin berkembang, dia juga berniat utk merampas harta dan anak2 Dahlia.. Setelah mengetahuinya Razman dan Dahlia telah bercerai..kerana terlalu sedih, Dalia sudah mengambil jalan utk membunuh diri..Namun dia telah diselamatkan oleh seseorang yg telah dia kenali sebelum ini iaitu Fuad..lakonan Faizal Hussien..

Ermmm utk tahu lebih lanjut kena tgklah ya..mesti best punyer....Kenapa mama suka citer ni??? kerana mama mmg peminat Dira dan Faizal.. dan mama juga peminat Dayang Norfaizah.. Dayang ialah penyanyi OST drama tu , tajuk dia Bisikan Rinduku...mmg best lagu tu..dengar je..terus meresap ke kalbu....



Drama ni mmg hebat sebab dia boleh memerangkap emosi kita agar bersatu dlm kesedihan Dahlia.. merasa jijik dgn perangai Razman yg dayus.. merasa nak cekik aje Haliza yg terlalu kejam...dan merasa tenang dgn keikhlasan Fuad....

Mama percaya kepada yg pernah mengalami kenangan seperti Dahlia..anda akan lebih beremosi...

Jom..selamat menonton...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan