CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, January 31, 2012

Sabar itu I.N.D.A.H

Tadi mama jenjalan kat FanPage Wardina..biasa la Kak Dina kita mesti ada yg nak dikongsikan dgn kita..hari ni Kak Dina menganjurkan kita agar bersabar....S.A.B.A.R...Satu perkara yang senang dilafaz tapi sukar utk dilakukan ....tapi kalau kena caranya dan keazaman yg tinggi...Insya-Allah boleh...

Bila terbaca pasal sabar...mama teringat mama pernah membaca entry berkaitan dengan SABAR ni di Majalah Solusi Isu No.31 tahun 2011..


Menurut penulisnya..."Sabar ganjarannya SYURGA...penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Sesungguhnya sabar itu INDAH.."

Yuppp..memang indah sekiranya kita mampu bersabar...dengan bersabar banyak musibah dan kekecewaan dapat diatasi...Insya-Allah..mama akui cepat naik marah dan sukar bersabar dgn keadaan sekeliling terutama dgn anak2..

Dek kerana itulah sabar sentiasa dikaitkan dengan IMAN..Sabar itu separuh daripada iman...kerana orang yang beriman akan mendapat KEKUATAN daripada bersabar. Hatinya mampu mengaitkan apa yang sedang dihadapi dengan ketentuan Allah...Kenapa begitu? Sebabnya dia menyedari HAKIKAT berikut:

  • Yakin akan mendapat PAHALA tanpa batas daripada Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan." (Surah al-Zumar 39:10)
  • Mendapat berita gembira dengan rahmat dan petunjuk daripada Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami akan dikembalikan. Mereka itulah orang yang mendapat rahmat daripada Tuhannya dan merekalah orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah 2: 155-157)
  • Diampunkan segala dosa. Dia memahami segala ujian yang didatangkan olah Allah ialah satu jalan pembersihan terhadap dosa-dosa yang dilakukannya. Jadi, dia tahu kepahitan ujian itu hakikatnya ubat kepada penyakit2 hatinya. Orang yang beriman berasa lega diuji dengan kesusahan keran mendapat ubat kepada penyakit rohaninya.
  • Mendapat syurga di hari Akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: "Dan para malaikat masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu (sambil mengucapkannya), keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Suarah al-Ra'd 13: 23-24)
Sabar adalah syarat untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Tanpanya kita akan rugi, terhina, kalah dan menderita. Orang yang tidak sabar telah melanggar hukum syari'atullah (perintah Allah supaya bersabar) dan juga sunnatullah (hukum yang Allah tetapkan untuk mengatur alam dan kehidupan). Putus asa adalah sifat orang kafir manakala tergesa-gesa adalah syaitan.

Dalam melatih diri untuk bersabar,kita perlu mempraktiskannya dalam kehidupan seharian. sebagai muslim kita harus:
  • Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada suatu musibah. Jangan sesekali menyalahkan orang lain lebih2 lagi menyalahkan Allah atas kesusahan yang dialami. Setiap musibah yang berlaku pasti mempunyai maksud yang baik daripada Allah, cuma belum mampu difikirkan ketika itu kerana Allah tak akan membebani hamba-Nya dengan bebanan yang tidak layak utk ditanggung oleh mereka.
  • Segera mengingati Allah dan memohon keampunan-Nya kerana Rasullullah s.a.w apabila diuji, terus bangun mendirikan solat dan berdoa kpd Allah (walaupun Baginda tidak berdosa)
  • Tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain. segera mengadu kepada Allah, bukan kepada manusia. Tidak salah berkongsi dgn manusia tetapi keutamaan pengaduan hati adalah kepada Allah.
  • Cari punca masalah, sediakan alternatif penyelesaian dan bertindaklah untuk menyelesaikannya. Kesabaran dalamIslambukan bermaksud berdiam diri dan hanya menongkat dagu tanpamelakukan apa-apa. Sabar dalam Islam bersifat pro-aktif, dinamik dan produktif. Kesabaran menuntut kita berfikir secara bijaksana dan rasional. Dengan bersabar bukan bermakna kita senang dieksplotasi tetapi menjadikan kita lebih dihormati.
 

So...jom kita cuba mempraktiskan dalam kehidupan kita dengan amalan bersabar..kerana sabar itu INDAH...sesuatu yang INDAH akan sentiasa mengINDAHkan hidup kita di dunia dan d akhirat...Ya Allah tetapkanlah IMAN kami...

Remy Ishak dan auranya...

Demam AJL26 masih ada...walaupun dah hampir reda..tapi ulasan demi ulasan tentang AJL26 masih ada...dan antara yang glamernya ialah tentang kemenangan Alyah dlm persembahan terbaik menerusi lagu Kisah Hati...
Ramai sangat komentar yang berpendapat kemenangan Alyah adalah kerana kehadiran Remy...Aihhhh..betul ke? Kuat bebenor aura Remy.....atau ada juri yg minat Remy??? so markah pun melonjak....

gambar persembahan ajl26

Hahaha..bagi mama NONSENSE.... iya memang tak boleh dinafikan kehadiran Remy menggamatkan dewan dan kasi debar pada peminat...tapi dari 100% maybe 20-30% kot....majoritinya mama yakin kerana kesungguhan Alyah....sebab persembahan yg baik hadir dari penghayatan lagu yang baik...sebagai contoh sebelum ni ramai yg menang persembahan terbaik tapi tak de la prop byk2...ada tu penari penuh pentas...KALAH gak...

Cuma Alyah pandai guna Remy sebagai prop (Remy)...dia letak akhir2...so penonton pun akan rasa macam tak puas je tgk Remy...itu taktik....

So..penyanyi kena bersungguh....jangan la pulak tahun depan semua nak ambil HERO2 Malaya jadi model muzik video pastu bila leh masuk AJL bawa naik atas pentas...tapi nyanyi time final ke lautan dalam hasilnya...semua tu kena seiring....


Monday, January 30, 2012

MILO free....

Korang suka minum MILO tak????? Mesti ramai yang suka kan.....tapi mesti ramai yg setuju dengan mama yang milo yang kita bancuh sendiri tak akan sama rasanya dgn milo percuma yg diagihkan melalui van promosi milo secara bergerak tu....



Dulu pernah mintak resepi...ermmmm tapi kata pakcik tu CONFIDENTIAL....alohhhh...puas mama pujuk2...tak makan pujuk diorang ni...

Lama dah minum milo tu...tapi hari ni mama boleh merasainya kembali..tadi pergi ke BILLION KB..dan van tu terpacak kat depan pintu masuk...

Ewah....mama pun usyar la...tgk kalau2 milo tu hanya utk kanak2..oooohhhhh...mama bernasib baik...milo itu utk SEMUAAAAA....yahoooo..

Maka dgn gerak perlahan (slow motion) mama melangkah sambil mengukirkan senyuman yg paling manis kat pakcik milo tu....
"awak sorang jah hok senyum time ambik milo ni" sapa pakcik tu sambil senyum..
"oooo..iyo ko??? senyum kan sedekah..." cheewah...ayat tak boleh blah...malu rasanya...

Mama pun segera ke bangku kat situ....sambil perlahan2 menyedut milo...saat tu kenangan zaman kanak2 dan persekolahan menerjah dalam ingatan mama....so sweet.....



Rindunya zaman dulu2..........tak sedar milo dah habis...alamak...perasaan geram macam biasa timbul..geram sebab gelas kertas itu terlalu kecil...KECEWA....

Buat sementara sakit gigi hilang....actually mama tahan kejap...sebenarnya sakit sebab milo tu sejuk..bila kena gigi...aduh..ngilu..tapi dek kerana MILO FREE yg memang menjadi FEVERET sepanjang zaman...kutahan jua.....

(Video) AJL26 - Sungai Nano Hati Karma

Dalam kerancakan AJL 26 baru2 ni...ada rakyat MALAYSIA yang berjaya menunjukkan kesungguhan menyokong AJL26 dan kekreatifan mereka....SYABAS untuk para pekerja HOTEL PUTRA BRASMANA Kuala Perlis...Mereka berjaya menghasilkan satu video klip yg menggabungkan 4 buah lagu finalis AJL26..iaitu Sungai Lui, Awan Nano, Kisah Hati dan Karma sempena Annual Dinner mereka...mereka telah meletakkan nama lagu mereka SUNGAI NANO HATI KARMA...

Kelakar la korang ni..tapi usaha yg bagus....memang best...


 Semoga terhibur.......

Fesyen artis di KARPET BIRU AJL 26

Keputusannya kita dah tau...now sebelum tidur jom kita layan gambar fesyen artis di Karpet Biru AJL 26....bergaya semuanya.....

Kredit utk blog en NAKAL ye...utk gambar yg cun melecun ini...

sbeZ1 GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

LTre1 GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

gmM7m GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

M0b3R GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

NIN29 GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

CyHSc GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

cDjae GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

Q5xzj GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

Nuypi GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

zFPcH GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

yCbQY GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

J5Lcc GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

kMB7e GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU


AZ4cT GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

ayfxE GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

8wexo GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

KHbAl GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

Gambar Artis AJL 26 9 GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

ermmmmmmmmmmmmm....:)

(Video)Keputusan AJL 26...Awan Nano (Hafiz) JUARA..

Nampaknya semua penyanyi menyampaikan lagu dgn baik...tak begitu menghampakan..walaupun ada persembahan yang ntah apa2...hehehe..mungkin tahap akal mama masih belum dapat menerima persembahan yg melalut dan complicated...membuang masa je..kita ygmenonton pun bercelaru...tp ok la mencuba..


Juara - Awan Nano
Komposer: M.Nasir Lirik: Budi Hekayat    Penyanyi: Hafiz


Naib Juara - Beribu Sesalan
Komposer: Kevin Chin     Lirik: Tinta     Penyanyi: Tiga Suara

Ketiga - Karma
Komposer: Audi Mok/Faizal Tahir   Lirik: Audi Mok/Faizal Tahir               Penyanyi: Faizal Tahir

Persembahan Terbaik : Alyah (Kisah Hati)
Vokal Terbaik: Hafiz (Awan Nano)

Awan Nano memang deserve menang sebab dari pengamatan mama yang memang tak pandai bab vokal dan nyanyian ni..sebutannya jelas..menyentuh hati nyanyiannya...semua kena lah...kiranya menjadi la Hafiz malam ni..walaupun hanya berseluar track dan bert-shirt lusuh...semua tu tak penting....suara dan teknik nyanyian tu yg pentingnya...

Tahniah pada yang menang....so harap semua PUAS HATI...tak ada yg perlu dipertikaikan kerana HAFIZ memang layak.....Reefqy pasti riang sebab lagu kegemarannya MENANG BESAR....

Kredit utk blog MUMMYCUTE utk gambar Hafiz, M.Nasir dan Budi

So jom layan persembahan Hafiz di final AJL 26....

Sunday, January 29, 2012

Anugerah Juara Lagu ke-26 malam ini...

Malam ni 12 lagu akan berentap utk mendapatkan trofi AJL..


Majlis yang bertemakan AIR...fuhhhh malam ni kita tgk siapa yang basah...basah peluh..basah air mata atau basah air liur....hahahaha....mama suka sangat ngan iklan promo diorg..segar aje....


Antaranya:

  1. Kalau Berpacaran (Ana Raffali,Altimet dan Sohaimi Meor Hassan)
  2. Karma (Faizal Tahir)
  3. Penakut (Yuna)
  4. Gadis Semasa (Yuna)
  5. Sungai Lui (Aizat)
  6. Sedetik Lebih (Jaclyn Victor)
  7. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)
  8. Kisah Hati (Alyah)
  9. Kekanda Adinda (Monoloque dan Atilia)
  10. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
  11. Beribu Sesalan (Ning, Jac dan Shila Amzah)
  12. Awan Nano (Hafiz)
Fuhhh...semua best2...so ramailah yang dah mula buat ramalan...
Mama?????
Kalau ditanya tentang kesukaan mama..of coz Faizal Tahir la...no doubt...tapi mama pun suka lagu Sungai Lui dari Aizat....ermmmmm kalau tanya Reefqy of coz Awan Nano...(hahaha)...

Mama susah la nak ramal sebab anything can happen...semua lagu best dan terbaikkk...iyalah kan sebab kemasukan pun dah mengalami byk proses penapisan....cuma mama harap lepas ni jgn la meragui keputusan JURI....
Banyak kecoh semestinya banyak masalah.....
Jadi amalkan sikap menghormati keputusan dan takdir Ilahi.....

Kuih Beko...

KUIH BEKO..pernah dengar tak..ini antara feveret kuih mama la kiranya....kuih ni kuih tradisional Kelantan..kuih ni mama beli utk sarapan kat Kopitiam Gano...berhadapan dgn Billion Kota Bharu...



Kuih ni sedap sgt2 bagi mama...tapi mama tak pernah cuba buat....bentuk dia macam bahulu...memang dibuat padaacuan bahulu..kalau nak beli dia pun selalunya boleh beli dekat org buat kuih akok atau bahulu....

Ni ada resepinya..mama cilok dari blog kak nonierahman...

bahan-bahan
2 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
2-3 keping keret nise/manisan (org perlis gula gerek ye) atau pun 1 cawan gula
1 cawan air
daun pandan
secubit garam
2 biji telur

cara-cara
  1. masak gula bersama air dan daun pandan sehingga larut
  2. gaul ke semua bahan jgn terlalu lembik
  3. sudukan ke dalam acuan/muffin tray
  4. bakar menggunakan oven suhu 150c selama 15 minit
Cuba la ye..mama pun akan try...



Friday, January 27, 2012

Masuk KOSMO!

Hehehe..siapa yg masuk suratkhabar KOSMO? Yang penting bukan mama ok.....Sebenarnya abang ipar mama dan anak2 sedara mama iaitu Ayien dan Ala yang masuk KOSMO...hahaha..diorang pergi tgk DRIFT....
Kecoh mama pergi beli KOSMO...tapi gambar kat paper tak clear sangat so mama pun Google la cari KOSMO ONLINE....


Pasukan drift Kolej Komuniti Pasir Salak beri saingan


Sebahagian daripada kru pasukan Kolej Komuniti Pasir Salak bersama kereta yang menyertai pertandingan drift di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah baru-baru ini.


SAINGAN. Pasukan drift Kolej Komuniti Pasir Salak memberi saingan hebat pada pertandingan perlumbaan drift peringkat kebangsaan di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah, Perak baru-baru ini.
Pengurus pasukan, Muhammad Fairus Rus berkata, pasukan yang dinamakan Salak Explorer itu julung-julung kali menyertai pertandingan perlumbaan kereta yang merupakan sebahagian daripada program Belia 1Malaysia.
Beliau berkata, selain pemandu, modifikasi kenderaan juga dilakukan sendiri oleh pensyarah dan pelajar Automotif kolej komuniti itu.
"Walaupun tidak muncul sebagai juara, penyertaan pada pertandingan drift ini memberi pendedahan terbaik kepada pelajar bagi meminati sukan berkenaan," katanya.

So.....itu la beritanya.....hahaha...ok la tu..boleh la masuk paper....abang ipar mama yg pakai spek baju kaler biru muda...dan dua org kanak2 tu la anak sedara mama...Ayien dan Ala...

Thursday, January 26, 2012

Senarai Syarikat Gagal dapat sijil HALAL JAKIM!!!

Ini mama ambil dari FB kawan mama...surat yang dihantar ke Sek2 Agama di Pahang...
tentang senarai syarikat yang tidak berjaya menndapat sijil halal...


























Melihat pada salinan tu..fuhhh banyak...rasa takselamat pulak...iya la kan..kita bukannya ingat sangat nama company...mama rasa lebih baik..nama produk pun dicatat bersama.....

Info ni tahun lepas.mama rasa tahun ni pun masih boleh digunapakai....ermm..bukan senang nak dpt sijil JAKIM balik..kita yg mengguna barang kenalah berhati2 dgn musuh2 dlm selimut ni...

Lunch ala Melaka...

Hai sesayang semua...

Dah LUNCH????...apa ada LUNCH DATE???? so jeles........

Mama hari ni makan kat restoran kat kolej....
Melaka Cuisine...

Kerabu Mangga Nyonya

Nasi putih + Asam pedas ikan kembong + Sayur tauhu goreng
Pastu ada dessertnya...kuih SERI MUKA..tak amik gambar....keseluruhannya ok la...iyalah kan students baru belajar...korang mesti pelik kan kenapa asam pedas tak de kuah...ermmmm..ada cuma kuahnya diletakkan dlm bowl berasingan...dan mama tak ingat nak snap..hahaha...

Kalau students mama masak..mama suka je makan kat kolej je...sebab kasi support sama diorang.....KEEP IT UP my students....love you all....

ENCHANTEUR PARIS......

Mama memang tengah mencari perfume...so dalam dok WINDOW SHOPPING kat salah satu shopping mall kat sini...mama terpandang 1 perfume...harganya berpatutan...cukuplah utk orang sederhana seperti mama hehehe...
ENCHANTEUR PARIS....


Lagipun dalam hati nak la jadi secantik Siti Saleha...aikkk pakai perfume boleh jadi cantik ekk????


Bagi mama boleh aje...sebab bila kita selesa kita akan jadi YAKIN..keyakinan akan bring out the TRUE BEAUTY...cheeewahh..ala duta perfume pulak....(korea lagi mama ni)...

So mama pun beli la...mama beli yang ini...yang kotak KUNING...vanilla rasanya...



Design botolnya cantikkkkk....riben gitu...TAPIIIII....tajam la....tak sesuai utk letak atas meja gitu...iyalah takut anak kena..mama yang memang selalu cuai ni pun asyik kena je..calarlah jugak jari2 mulus mama...
mungkin kena ubah skit...sebab mmg sakit bila kena...
Bau dia best....papa suko....soooo mama pun sukoooooo...hahaha....tapi tak kekal lama sgt...dalam dua atau tiga jam boleh la..pas tu kena preeeetttt balik...tapi bagi mama standard dgn harga dia...so don't complain about that, ok....walaupun KETAJAMAN BOTOLNYA TAK SETAJAM BAUNYA...
Keseluruhannya mama puas hati dgn baunya...cuma part botol tajam menghiris jari2 ku tu yang amat dikesali...tapi tak salah membelinya...make sure JAGA DIRI, okkk....

Tapi ada org cakap design botol ni ala-ala MISS DIOR..


Ermmmm..hampir sama..haaa..yg ni tak tau la tajam ke tak..sebab mama belum try....tapi bila tgk kat Magazine yg ada ads pasal kedua2nya..ermmm hampir sama...


Tulisan Allah pada bungkusan bundle!!

Seingat mama... berita pasal ada tulisan Alif, Lam, Lam, Ha (Allah) pada bungkusan bundle pernah disiarkan kat akhbar..katanya kakak mama..tapi mama sendiri tak pernah tgk berita tu...mama ni mana la baca sgt suratkhabar..hehehe (malu eh)..
Tapi baru2 ni dua orang kakak mama ada la pergi ke kedai bundle kat Pengkalan Chepa,KB..dlm dok leka memilih..kakak sulung mama ternampak ada tulisan Allah kat salah satu bundle kat situ..bila tanya pemilik..dia mengakui yg bundle dia la yg disiarkan kat paper dulu...dia kata orang majlis agama pun dah dtg tgk...dan berminat nak ambilnya...(ketika mama tulis ni..mama tak pasti sama ada org majlis agama dah ambil atau tidak)

So, kakak sulung mama tu pun segera la ambil gambar bundle itu...cuba amati..memang jelas sekali....


Dari pengamatan kami..tulisan tu terbentuk dek kerana ada kain dalam bungkusan itu yg berbelang2...tapi yang mengkagumkan kedudukannya itu..Subhanallah..itu semua percaturan Ilahi..menunjukkan kebesaran ZAT-NYA...jadi kami rasa sekiranya bundle itu dibuka...tulisan itu akan terburai bersama...jadi mama benar2 berharap bungkusan itu tidak dibuka...supaya ramai lagi yg boleh melihatnya...


Wednesday, January 25, 2012

Zizan tolak bayaran RM18,000?

Wahhh..baru kejap je mama menyinggah dekat harian metro online...mama pun ingat nak kongsi la citer pasal pelawak kegemaran mama ni...Zizan Raja Lawak..mama tgk muka dia pun dah nak tergelak...
Mama kongsi ni sebab mana la tau kot2ada yang belum terbaca kisahnya....boleh la baca ...kalau dah baca ..baca la lagi...hahahaha..tak de la...

Rupa-rupanya Zizan telah menolak tawaran untk menjadi emcee di Sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di I-City, Shah Alam..kerana dia lebih teruja dan bersemangat untuk bersama2 menjayakan satu program bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam...


Tawaran yang bernilai RM18,000  itu ditolak oleh Zizan selepas Ustaz Azhar mengajaknya bersama2 utk menjayakan Program Soal Jawab UAI feat Zizan..


Pihak penganjur (kerajaan Negeri Selangor) begitu terharu kerana Zizan tidak mahu menerima sebarang bayaran pun pada malam itu...namun atas desakan penganjur yg terlalu menghormati Zizan, pihak penganjur tetap memberikan RM1,000 kpd Zizan...Zizan tidak mampu menolak...

Alhamdulillah...Zizan tidak memandang keduniaan semata2..semoga Allah memperluaskan jalan keredhaan kpd Zizan....
Sebak dan terharu mama membacanya...korang nak info lebih..baca di HMO....

Lagu Ombak Rindu..Islamic version

Sekarang ni ramai yg teruja utk membetulkan lirik2 lagu komersil agar lebih nmpk Islam..Alhamdulillah..bagi mama itu satu dakwah..almaklumlah..kita sekarang gemar mendengar lagu..so kalau lagu tu boleh memberikan kesedaran dan mendekatkan diri dengan Allah...alangkah baiknya....

Mama tertarik dgn lagu Ombak Rindu yang diislamkan ini..sedap aje...satu usaha murni..Terima Kasih.....kerana memberikan satu idea yg bernas....


Sunday, January 22, 2012

Holiday????

Hai...cuti ke???? ermmm...mama takkk..mama kerja hari ni...esok dan lusa mmg la cuti raya Cina..Gong Xi Fa Cai kepada semua Chinese...

Bestnya kalau boleh pergi bercuti...tak jauh pun tak pe..banyak lagi temapt kat Malaysia ni mama belum pergi...mama teringin rasanya nak ke....



Bukit Tinggi....Comey je kan..lama dah nak pergi...masih tak berkesempatan...huhuhu....


Saturday, January 21, 2012

KITE 2012

Hai semua...
Kepada semua darlings yang berada kat Kelantan terutama sekitar KB jom pergi ke perkarangan Stadium Muhammad ke-4..ada expo gitu..

kite2012

Byk gerai perniagaan...mama and family dah pergi petang tadi..oklah...bagus utk anak2 tgk2..makan2 pun SEDAP....
Anak2 mama syiokk ke san..sampai tak ingat dunia..tak nak balik..bukan apa..kawasan tu kan luas..syiokk la diorang berlari...berlari dgn comot2 sebab tok bah belanja ais krim...
mama dah tulis entry ni kat blog diorang iaitu blog "BILA MAMA BERCERITA..."..jom ke sana ...boleh tgk gambar kegembiraan diorang...hehehe..
JOMMMMM.....



Thursday, January 19, 2012

Ajakan SEKS ada di mana-mana....

Mama ingat mama nak kongsi satu entry dari WALL FB ex-student mama....sesuatu yg memeranjatkan mama namun mungkin kebiasaan untuk zaman sekarang....mama mengucap panjang bila kawan mama bagitau..terus pergi kat FB ex-student mama tu....

Sengaja di'print screen'kan utk menjadi muhasabah kepada diri kita...


Renungan untuk adik2 terutama yang perempuan..walaupun cinta dah menguasai diri...namun ingatlah wajah2 insan tersayang sebelum mengiyakan ajakan manusia bertopengkan SYAITAN..wajah mak ayah di rumah.....yang utama ingatlah ALLAH s.w.t...Ingatlah sebelum menyesal...nauzubillah....


Kawan mama cakap.."habislah doh la budok tu semale...guano dio hari ni.."

Mama pun tak pasti sama ada hari ini dia tersenyum girang dan tidak menyesal....atau dia tiada riak di wajah namun di hati menyesal.....atau dia sedang menangis dan menderita....

Namun mama doakan dia dan teman lelakinya tidak melakukan apa2 semalam.....kerana sekiranya dia melakukan perbuatan terkutuk itu...sampai ke mati pun dia tidak akan dpt melupakannya dan rasa penyesalan tak kan pernah padam...percayalah....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan