CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, September 16, 2009

Muyih The Sailorman..put..put..put..





Alamak Papa kata topi yang Muyih pakai nampak macam topi kelasi..oh no....comei apa...mahal tu......Papa ni sekali sekala pakai macam tu apa salahnya.....huhuhu.....



When Muyih pose like a model...

Nampaknya Muyih dah mengubah stail dalam bergambar...kalau masa baby dulu dia asyik gelak kalau ambil gambar....bila dah besar sikit dia yang sibuk nak ambil gambar org dan susahnya nak suruh senyum kat kamera..After snap baru nak gelak...aiyoooo.....

Tapi baru2 ni masa jejalan ngan Mak Longnya kat Parkson...Mama pun saja je suruh dia pose sikit bila tengok dia syok sgt pose kat cermin kat situ...dia pun mula buat aksi macam model..papa dan Mak Long pun terkejut..Muyih jadi perhatian kat situ..Adik2 salesgirl pun gelak kat dia...

Entah bila start pandai pose... Lepas dia yg sibuk sebut pose...pose..aikk..model direct jurugambar plak...Memang lucu anak Mama sorang ni...

















Syawal Tanpanya....

Tahun ni merupakan tahun pertama Mama sambut hari raya tanpa ibu tercinta....Mama panggil ibu mama Mek....
Semakin hari mendekati Syawal, makin terasa ketiadaannya...Mama memang merinduinya....malah terlalu merinduinya.
Sepanjang hidup Mek, boleh dikatakan setiap hari dia melakukan pengorbanan...baik dari segi tenaga, wang ringgit, masa, perasaan dan keinginan...Mungkin banyak lagi....cuma anakmu yang memang tak mengerti ini kadang teralpa dan terlepas pandang padamu...
Bagi Mama, Mek insan yang teristimewa dan paling mengerti hati dan perasaan Mama, walau Mama yg selalu salah mentafsir hati dan perasaan Mek...

Mama ingat lagi selama Mama hidup dan Mek masih ada, sebaik Mama selesai solat, Mama selalu berdoa agar Mek sempat untuk melihat Mama kahwin, punya anak dan semoga Mama dapat berbakti pada Mek...Tapi bila Mama merenung kembali Mek hanya sempat melihat Mama kahwin dan mempunyai anak..Mama belum sempat berbakti untuk Mek...dek kerana itu Mama terasa sangat dengan kehilangan Mek.. Mama tak sempat beri kesenangan kpd Mek dengan hasil titik peluh Mama..

Malah sampai ke akhir hayat Mek masih berkorban untuk Mama...Mek tak pernah meminta apa2 kerana dia tahu Mama mempunyai masalah kewangan berikutan beberapa perkara buruk yang menimpa Mama dan Papa.. Mek lah orang pertama yang menawarkan pertolongan..Mama tak pernah meminta malah Mama cuba menyembunyikan masalah kami depan Mek tapi sebagai ibu, Mek tahu kesulitan anaknya...
Ya Allah...malunya aku pada Mek...Namun Mek tetap ingin membantu dengan alasan jika anaknya senang hati, dia pun senang...

Terlalu banyak kebaikan Mek sampaikan tak boleh nak digambarkan.... Mek seorang yang tegas dan berdisiplin tp dialah insan yang paling memahami dan sentiasa meletakkan anak2 dan suami sebagai keutamaan..

Lagu 'Masih Jelas' nyanyian Hafiz sentiasa mengingatkan Mama kepada Mek...Mungkin kpd orang orang lain, lagu tu untuk kekasih tapi bagi Mama, lagu itu untuk Mek, kekasih hati dan Matahari di hati Mama '....masih jelas setiap garisan halus bila senyuman kau berikan untukku, masih jelas setiap lekuk penjuru menghiasi wajahmu bila kau renung aku.....'

Mek kasih sayang anakmu ini tetap macam dulu... setiap senyumanmu, pandanganmu, kerlinganmu, nasihatmu, leteranmu, tangisanmu...sentiasa di ingatanku..
Mek masih terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama Mek..banyak lagi cerita yang ingin dikhabarkan pada Mek..masih banyak air mata yang ingin dialirkan di depan Mek....masih banyak ciuman yang ingin dikucup di pipi Mek...masih banyak kerinduan yang ingin dilepaskan dalam pelukan Mek...

Kasih Mek tiada tandingannya bagi kami sekeluarga..perginya Mek kembali kepada kekasihnya yang Agung...tanda tiada gantinya seorang ibu kepada kami...Kami sudah tiada ibu di dunia...Ibu kami menanti di syurga...Kami anak2 memohon doa agar Mek ditempatkan di syurga Allah... Semoga Mek menanti kami di sana... Namun betahkah Mama ke sana...walaupun hati meronta untuk ke syurga...
Ya Allah, semoga kami adalah di antara yang terpilih untuk ke syurga-Mu...walaupun kami tidak layak..Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu..siapa yang layak ke syurga-Mu...
Bila Mek tiada, hanya doa dan bacaan al-Quran sajalah cara untuk kami berinteraksi dengan Mek..Semoga doa dan bacaan kami diterima Allah. Semoga ia dapat menolong Mek di sana...
Mek, kami redha dengan kepergianmu namun sebagai insan biasa hati sentiasa meruntun mengingatkanmu....Semua yang indah adalah apabila bersama denganmu..
Insya-Allah kami akan jaga Ayah sebaik mungkin...walau tak sebaik Mek menjaga Ayah...
Kepada semua...semasa ibumu masih ada di sisi...manfaatkanlah segala masa, harta benda, kasih sayang kepadanya...Namun kebanyakan ibu tidak akan memandang hartamu keran apa yang penting luangkan masa dan berikan kasih sayang yang sejati kepadanya....itu yang mereka inginkan sebenarnya...
Mek, abadilah kau di sana...di sisi Allah Yang Esa....Sayang Mek sangat-sangat.........





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan